Februari 27, 2011

NESCAFE TIN & ALUNAN PIANO


berjalan-jalan di shopping complex kdg2 membuat kita teringin..terangan-angan..
melihat gelagat org2 yg keluar masuk butik pakaian, kasut,beg tangan,jam berjenama,kedai gadget...
melihat gelagat org2 yg keluar masuk kedai berjenama mahal, mencuba brg2 berjenama dan menuju ke kaunter lalu, mengeluarkan kad kredit!
dgn sekali 'swap' je..brg berjenama mewah sudah menjadi hak milik mereka..
tidak kurg juga yg mengeluarkan berkeping-keping not wang berwarna hijau kebiruan di kaunter pembayaran..

pergh! manusia...
itu lah lumrah manusia...ada yg bernasib baik seperti mereka..
dan ada juga yg kurg bernasib baik...mungkin hanya mampu menunggu 'sale' atau pasar malam tiba utk memiliki brgan berjenama 'mewah'...

manusia memerlukan wang..dan wang diperlukan...
namun, biar lah cukup serba serbi..asalkan hati kaya raya dgn 'wang'...
dan tujuan hidup kita bukanlah hanya pd wang...
wang tidak mampu pun membeli kebahagian..walau bahagia ianya tidak kekal lama..

ciptalah kebahagian walau wang tidak banyak sekali pun...
walau kita tidak mampu seperti mereka yg berkad kredit dan mempunyai berkeping2 not tunai...
walau ada yg makan dan minumnya setiap hari dikedai yg minum dlm jug kecik dan makan sambil diiringi alunan muzik piano dlm sangkar yg dihias indah...
kita tetap mampu mencipta kebahagian sendiri....

hanya minum nescafe sejuk dalam tin sambil mendengar alunan piano di luar kedai...
dan melihat pelanggan2 yg makan minum dalam kedai tersebut..
kita mampu bergelak tawa sambil bergosip2 atau mungkin mengira jumlah pelanggan kedai makan mewah tersebut...

hasilnya sama saja dgn pelanggan kedai tersebut..masih dngr alunan muzik piano yg sama dgn mereka..
cuma bezanya..tidak dpt merasa makanan dan minuman di sana..
tapi cukup.....cukup bagi mereka yg gemar pada nescafe tin!
hati tetap bahagia..walaupun tidak mewah namun kbahagian hati individu tidak pernah mampu dibeli dgn wang!






kasutkaripap: selain minum nescafe di luar kedai2 mewah, boleh juga buat benda lain yg kalian rasa suka buat!

Februari 26, 2011

KISAH NENEK SKEMA !

ini adalah suatu kisah tentang seorang nenek di ofis X (bukan nama sebenar).
nenek ini X gelar sbagai nenek skema!
sebab apa? sebab keskemaan nya adalah melampau hingga semua benda yg urgent menjadi lambat.
dan semua benda yg simple menjadi sngt susah.

X merupakan pekerja baru di ofis tersebut. maka X cuma mendengar cerita2 skema nenek ini dr ofismate nya.
sehingga la pada suatu hari, X akhirnya terkena penangan nenek skema!

nak dipendekkan cerita...
nenek skema kerjanya adalah membuat minit mesyuarat..dan kejenya simple!
copy dan paste item2 yg X telah penat list smpi mata juling mengadap pc serta angka2..
list tu bukan lah 2 3..tapi ada sampai 50 keatas!
selain menaip, X juga kena kira betol2, cek resit betol2, minta sain kat org2 berjawatan yg kadang ada kadang takde..X memang dibantu tapi, kerja2 ni semua bukan X buat tiap hari kerana X ada bnyk lagi tanggungjwb menjaga 'anak2' dan keje meng'list' ni hanyalah minor dpd tugas sbnr X.

suatu hari...
nenek skema menalipon Y (rakan kongsi keje).
nenek skema meminta Y bertemu dgn nya kerana ada BANYAK kesalahan pada benda yg nak di buat minit mesyuarat tu.
Y dgn blur2 ayam pun dtg bertemu nenek skema..

*situasi ini yg berlaku pada Y*

nenek skema: Y! you sudah cek betul2 benda ni sblum hantar pada sy?

Y : sudah..saya sudah cek (dgn slang ckp cam omputeh*kononnye*)
nenek skema: U kata sudah cek..kenapa item kat PR ni tak sama jumlah dgn FMC ? 

(tak tau ape tu PR dan FMC pun xpe..teruskan membaca)

Y : err..sbb yg kat FMC ni, item yg terakhir sy lupa tulis no..tu pasal tak sama.. 
(yg sebenarnya, takde siapa peduli pun FMC ngn PR tu jumlah item tak sama, yg penting resit ada dan jumlah resit betul sudah cukup!)

nenek skema: haiya...u lain kali cek betul2...I ada banyak lg kerja tau..tiap hari i balik malam cek u punya kerja (kerja yg dia tak perlu buat pun sbnrnya)..i cek satu2 item yg u tulis..
(org kat finance tak peduli pun salah benda2 gitu)..

Y : *cuma sengih kambing je dngr nenek membebel*


begitulah serba sedikit cerita nenek skema...X pun dah dimalukan oleh nenek skema kat opis tu (lainkali pula cerita pengalaman X)..ramai kot pekerja lain..nasib la X fikir nenek skema tu lebih tua dan X lg muda..jadi rasa hormat itu masih ada..nenek skema agak melampau kebelakangan ini..dan suka perli yg menyakitkan hati..adakah kerana nenek di ambang menopause? *kekekekke*



kasutkaripap: cerita X yg diceritakan kepada Z dan Y adalah watak sampingan!

Februari 23, 2011

MIMPI KU HANYA MIMPI

pernah tak korang bermimpi satu mimpi yang sama pada malam yg berlainan?
saya ada satu mimpi yg situasinya sentiasa sama setiap kali bermimpi...
bukan dalam sebulan 6 7 kali mimpi benda sama...
tapi mimpi ini akan datang tiap tahun..dan setiap tahun akan 2 3 kali mimpi sama..
sejak saya berumur 12 tahun lagi saya sering bermimpi benda sama..
sampai la sekarang......

mimpi itu adalah 'saya memandu kenderaan dalam keadaan terpaksa..biasanya kereta pacuan 4 roda dan manual'...
seingat saya sebelum tidur saya tidak berangan angan mahu beli kereta sbb saya biasanya tdo bila mata dah betul2 ngantuk..
dan masa2 ini la saya boleh bermimpi begini..

setiap kali mimpi saya akan terpaksa berhadapan dgn situasi di mana saya terpaksa memandu kereta..
umur sekarang memang lah berlesen..tapi saya mimpi terpaksa bawa kereta dr sy berumur 12 thn lagi..
dan saya tidak ada lesen pon...
nak kata kemaruk nak lesen kete pon takde sampai boleh bawa mimpi...

atau...........
mimpi ini hanya mimpi dan tiada pon maksud..
saya berkongsi mimpi ini sbb sy rasa pelik...
dari kecik sampai da tua bangka asyik mimpi yg sama..
kdg2 mimpi ni buat saya tak yakin pegang stering kete..haha..




kasutkaripap: hanya Dia yg lebih tahu apa disebalik kejadian.

TIGA KALI SEMINGGU

membaca adalah jambatan ilmu..
dan semalam saya menghabis kan sisa2 sang malam dgn membaca...
buku yg dibeli bulan lepas yang tak sempat baca..sbb selama ni asyik main kenken je memalam..

buku bertajuk 'Tiga Kali Seminggu' adalah hasil tulisan Dr.Faisal Tehrani..
dalam buku ini ada 15 buah cerita yg mencabar minda..
bukan cerita adventure tapi adalah himpunan cerpen karya Dr.Faisal Tehrani...
cerita2 ini mengandungi ayat yg mudah di fahami dan bukan lah ayat2 yg sarat......

cerita2nya seperti hidup (sebab ada cerita yg sebenarnya adalah pengalaman penulis)...
watak2nya juga hidup dalam otak saya ketika membaca..
situasinya boleh saya rasai, sehingga kan saya boleh menangis pada cerita sedih, marah pada cerita yg berunsurkan politik dan sinis pada masyarakat kita, dan boleh gelak bila tiba pada cerita yg saya kira kelakar juga...

semuanya ada dalam buku ini...
cerita yg saya baca seolah2 saya berada di antara zaman moden dan zaman Rasullulah saw, zaman Adam dan Hawa di turunkan ke bumi dan zaman perang2...
belum pernah lg saya membaca cerita2 seperti ini...dan ianya benar2 bermain dgn emosi saya ketika membaca!

jika anda penggemar buku..
jangan lupa letakkan buku ini dalam senarai BUKU WAJIB BACA anda..
sangat2 menarik dan tidak menyesal selepas baca !
bukankah berkongsi ilmu itu satu perkara yg baik =)


cover buku

untuk review buku ini..boleh layari blog Dr.Faisal Tehrani sendiri..
KLIK SINI






kasutkaripap: benar2 teruja pada setiap buku yg memberikan 'penangan' pada diri saya.... =)

Februari 22, 2011

KEMBALI LAGI !


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) / KLIBF  KL BOOK FAIR
KEMBALI LAGI !!





tahun ini adalah kali yang ke-30 event ini berlangsung!
dan semestinya saya mahu pergi tahun ini.
mesti pergi!
sebab tahun lepas sangat bz dan tak sempat pegi..

jadi....
PBAKL 2011 akan berlangsung pada :




TARIKH : 22 APRIL hingga 1 MEI 2011
TEMPAT : TUN RAZAK HALL 1, TUN RAZAK HALL 2, TUN RAZAK HALL 3 & 4, LEGAR PUTRA, TUN HUSSEIN ONN HALL




sumber : laman rasmi pwtc :: event calendar 2011



kasutkaripap: mesti pegi! huahuahua...



CIKGU BUKAN CIKGU #1

Februari 2011.

saya tak pernah rasa ingin jadi cikgu sekolah..
tapi dulu2 masa kecik2 ada juga lah letak cita2 guru bila cikgu sekolah tanya..
ala...masa tu guru,doktor,polis,jururawat adalah antara profesien2 yg amat popular dlm kalangan budak sekolah..
dah tu je yg slalu tgk kt tv..

ada orang kata..
jadi cikgu adalah pilihan terakhir..
penat2 belajar engineer kat universiti tapi akhirnya jadik cikgu sbb tak dpt keje dlm kos yg beliau ceburi..
jadiknya, cikgu adalah keje yg paling selamat..
cuti bnyk, gaji jalan, elaun macam2...

tapi..tak semua fikir begitu..
ada yg memang nk jadik cikgu sbb minat, mak ayh suruh, dan mcm2 lagi sebab..(ikut org la)

berbalik kepada saya sndri...mak ayah saya asyik suruh sy jadi cikgu..
tapi baru2 ni la..masa saya kecik2 dulu ambik aliran sains mak ayah suh jadi doktor pula..
ni dah grad aliran sains, suh jadik cikgu..katanya senang,masa depan cerah..

ya..memang betul masa depan sengat cerah..
kawan2 saya yg jadik cikgu tu amatlah saya jeles melihat mereka kerana masa depan mereka adalah terjamin di bawah 'title' cikgu..
tapi bagi saya...............saya tak berapa nak jadik cikgu..

walaupun begitu...............saya suka mengajar!
mengajar dan berkongsi ilmu adalah sesuatu yg saya ingin kan..
tapi..kenapa saya tak mahu jadi cikgu?
kan lebih senang berkongsi ilmu sambil dpt duit?
jawapannya....................saya pon tak tahu!

dulu, saya pernah ajar sepupu2 saya subjek2 yg mereka lemah..
tapi saya jenis yg tak sabar..nak je marah bila diorang tak faham apa yg saya ajar..
jadi...saya mula berfikir bahawa saya tak sesuai mengajar walaupun hakikatnya saya suka mengajar..
mungkin cara saya tak betul atau ,
mungkin saya perlu sedikit bersabar kerana tahap penerimaan data seseorang tidak sama dgn org lain...
dan inilah yg menjadikan saya tidak yakin utk mengajar sesiapa secara serius..

namun..semua itu dulu....
kerana sesuatu telah berlaku yang membuatkan nafsu mengajar saya membuak-buak..
kerana peristiwa terpaksa itu lah..
saya merasakan saya enjoy mengajar orang!





kasutkaripap : apa2 pendapat kasut karipap hanyalah sekadar pendapat..tidak bertujuan utk apa2 dan tidak menujukannya kepada siapa2.

AKU YANG ASING



Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali

Aku yang selalu perhatikanmu
Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu
Kau kan hilang di waktu siang

Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta
Itu memang buta

Harap kau sudi mendengar
Deruan janji jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu



kasutkaripap: saya suka group Hujan!!

Februari 21, 2011

SELAMAT PAGI SAYANG !




Selamat pagi sayang
Bulan telah hilang
Buka mata sayang
Hari kian siang dan mendatang
Tak ingin ku lepas semua

Jangan bangkit sayang
Biar seketika
Dakap lebih lama
Ku mahu senyuman yang sempurna
Mencintai sepenuhnya
 Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra
Kerna itu sahaja yang daku pinta

Jangan pergi sayang
Lupakan sahaja
Usah keluar sayang
Ku mahu kau ada setiap masa
Ku tak mahu keseorangan

Biar selamanya
Hanya kau dan aku bergerak perlahan menghenti masa
Namun kita hanya oh manusia biasa
Yang hanya mampu menikmati indahnya kita berdua
 
 
 



kasutkaripap : dah tengah hari dah pon! haha...


MENUNGGU 10 MAC 2011

wah! wah! wah!
tak sabar nak tunggu 10 Mac 2011...
sebab apa?
sebab..........tak sbr nak tgk kehebatan cerita Hikayat Merong Mahawangsa yg di gembar gemburkan selama ini!
kos penghasilan filem ini sebanyak RM 8juta....
adakah kutipan filem ini nanti akan pulang modal saja atau ?????? lebih!
wuhuuu...
lagi2 tgk The Making cerita nie..
lagiiiiiiiiiiiiiiiiii.................la rasa tak sabar! wehewwwww~
so...layan la video bawah nie dulu sementara tunggu 10 Mac ye!












kasutkaripap: 10 MAC !!!!! mesti tengok..hebat ke tak hebat Jehan Miskin dlm cite ni.*wakakakaka*

Februari 20, 2011

PETROSAINS wehewwwww~


mari menimba ilmu sambil bermain di petrosains klcc...
bestttt~
3 jam berpusing2 di setiap galeri dgn gelak tawa dan mencuba semua permainan sains yg ada..
paling tak leh lupa naek helikopter yg tak terbang pon..
tapi....
weeeww! rasa cam betol je masa dlm ribut yg kuat!
takottttt~

gamba ambek sikit je...
sbb saya takde kamera mahal2...
cuma ada kamera henset remote terchenta je...

hahaha..
ape pun...saya puas!
dan birthday girl pada hari tu juga nampaknya sngt gembira berjalan jalan...
pasni nak kumpul duit..
nak masuk akuaria pula..(ini adalah perangai2 org yg tak penah g klcc)...
kah.kah.kah...



ini sel tumbuhan tau! haha


ini helikopter itu!


ini adalah kami yg gembira..kui3





kasutkaripap: tensen betol tak dapat buat puzzle budak2 tu. hahaha..bawa kete pon leh langgar kucing! dan saya ada dua keping tiket diskaun pg akuaria dan petrosains lagi..sape nak ikut??????

Februari 18, 2011

KALAU INGIN, BELAJARLAH


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.







KasutKaripap : artikel from iluvislam.com

KISAH BAYANG-BAYANG

suatu hari ekhlas berperang dgn diri sendiri....
di pegangnya bantal dan cuba utk memukul bayang2 nya...
"hoi...bayang2ku..setiap perbuatanmu menjadi luka di hati org lain"...
bayang2 menjawab, "itu salah si mulut!"...
ekhlas menambah..."mengapa pula dgn si mulut?"..
Bayang2 terus mempertahankan dirinya..."si mulut la suka berkata apa saja padahal hati berkata lain!"..bayang2 menambah.."itu lah sebabnya ramai yg terluka dgn si mulut!"
...
"tapi bukankan dari hati bermula dan anggota mula bergerak mengikut kata hati ?" tanya ekhlas lagi...
"ya...tapi kamu mengatakan lain pada org lain..sedangkan hati kamu lain...kamu ada perasaan was2..perasaan yg dtgnya dr bisikan syaitan utk buat kamu was2...mengapa kamu tidak mengikut kata hati dan katakan melalui lidah dari hati kamu..mengapa berkata yg sebaliknya?"

............................................
si bayang2 berlalu pergi...
dia meninggalkan ekhlas.....
keseorgan...
dgn meninggalkan satu persoalan pada ekhlas...
"bila la agaknya kau akan berfikiran matang? asyik fikirkan diri sndri saja!"

Februari 17, 2011

TUNGGAL

pernah suatu ketika dahulu...ku suarakan soalan ini pada mak...
"mak, saya nak abg ngn kakak kandung boleh?"...
mak menjawab,"hish! buang tebiat ke tanya soklan gitu?"...
kecewa....
mak saudara mengatakan kepada ku...
"ala....sekarang kamu baru umur 7thun...belum rezeki la tu kamu ada adik...mungkin nasib kamu sama mcm si polan bin si polan..umur 17 thn baru dapat adik"...
kata2 mak sedara sedik sebanyak memberi semangat..

tunggu..dan tunggu dan tunggu..
kini daku sudah berumur 17thn...
"mak, saya tak dapat adik lagi?"...
"sabar ya..mungkin takde rezeki lagi"...
sekali lagi harapan musnah...

dan...mulai saat itu..
hati sentiasa mengharapkan dan berdoa agar mendapat seorg adik....

melangkah ke menara gading....
berada jauh dari keluarga....
kawan2 semua berkata " saya ada 5 org adik beradik"...ada juga.."saya ada 11 org adik beradik"
dalam hati ku berkata...wow!
dan tiba giliran ku...."saya anak tunggal, tiada adik beradik"....
dan semuanya hampir memberi respon...."kesiannya'....

begitu lah setiap kali menyentuh tntg bilangan adik beradik...
daku tidak pernah menyatakan ayat ini pada rakan2 ku...
"saya nak keluar hujung minggu ni..nak jumpa abg"
"kakak saya datang melawat saya"
"adik saya rindu kat saya la..tiap minggu kena balik kalau tak dia nangis ingatkan saya"...
"minggu depan kakak dan abg saya nak kawin..jemput la semua dtg ye!"...

tak pernah!
dan diri sentiasa berlagak...
 berlagak sbg seorg adik, berlagak sbg seorg kakak (kononnya) pd rakan2 yg lebih tua atau jauh lebih muda dr diri sndri...
dan satu sifat yg tidak lari dari anak tunggal seperti diri ini...manja....manja...dan manja....


walaupun 'monster kecik' ni adik angkat saja..tapi sngt2 bersyukur...kerana akhirnya saya ada adik yg suka gigit saya ! =)




kasutkaripap : homesick =(

SAHABAT SELAMANYA




Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…







 KasutKaripap : Sahabat Selamanya - Padi =)

MR.SOCKSMAN !


saya adalah supehero tanah air!
KeluangMan pun x boleh kalahkan saya...
saya adalah MR.SoCKSMAn !!!!!!!




hahahaha...
hanya dgn sekali hembusan beraura stokin..
semua musuh pasti kiok!


kasutkaripap: ini ala2 greenHornet!

Citra Cinta

Dulu kala..... saya bercita-cita mau jadi ustazah.... tp terlalu rock sgt... hehehe... Pastu  saya semakin mau jadi cikgu.... tp.. semua itu telah berlalu.... mungkin.. itu bukan rezekiku... 

Tp... sekarang.... sekarang baru terfikir scara lunak...... syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan hati dan akal... . untuk aku merasai dan menilai.... Apakah yang dimaksudkan dengan Manis...... Pahit....... Perit........ Suka...... Duka....... Penat...... dan seumpamanya....





Bak kata puisi ku:.......
~~~Masa demi masa berlalu sudah…….,
Kemana kaki jalan melangkah……,
Liku-liku kehidupan mengukir sejarah…..,
Kini saatnya berpotret diri……..,
Berbenah dari segala keburukan…….,
Meningkatkan semua kebaikan~~~~

p/s: saya budak baik~~~ jadi saya mau jadi solehah~~~ hehe...~~

Februari 16, 2011

TITISAN PERASAAN





setitis air dari kelopak mata yg sedikit berkedut,
titisan air yg membawa pelbagai perasaan,
sedih, gembira, tawa, duka, nestapa dan berbagai lagi....

titisan air yg diharapkan oleh si pemiliknya
dapat,
membasuh segala kedukaan,
mengekspresikan segala kegembiraan,
membasuh segala perkara yg menyesakkan dada..

mengharapkan segala yg negatif pergi bersama titisan2 itu,
mengharapkan segala yg positif dapat dikongsi bersama yg melihat titisan itu,
mengharapkan.......sebuah harapan....

BOTH OF THEM ARE DAMN SWEET !

saya tak tau kenapa sy buat entri ni...
pagi2 lagi saya buka fb...
saya terpandang album kawan saya kat fb..
they are really sweet...
walopun saya tak tahu apa sebenarnya yg ada dalam hati mereka..
tapi saya sangat suka kan mereka...
soooooooo....sweeeeetttt la!
i even imagine diorang ader baby...mesti comel! mcm gamba nie :



see...see...so sweet kan? kan? hahahaha..




hahahaha...
mintak2 la kawan saya berdua nie tak ngamuk ngan entri sy nie..
but BOTH OF THEM ARE SOOOO SWEEET LAH!






kasutkaripap: kalau nak ngamuk..ngamuk lain kali bila jumpa sy ye =)

Februari 14, 2011

Payung Para2 Sakura

Otakku ligat memikirkan bisnes apakah yang dapat menjadikan aku lebih wang saku disaat hujung bulan....... pikir punya pikir.... gua mendapat ilham... ilham yang diperoleh dari hasil imaginasi akalku.....


 ......................................... "ya.... bisnes..... yes... yes......., tapi nak jual apa???", aku memikirnya kembali .............................................














"Ya..ya.... jual payung.... ya... jual payung...... senang.... dapat duit saku... waktu panas org guna payung gak, waktu hujan pun makin ramai yang guna.... uhh... otak aku mmg ligat la....", jelas aku yang disertai nada gelak yang muhahahahaha.

p/s: belilah barangan tempatan...... bye..... bebeh...... 

V-DAY KATANYA.....

.....................
,,,.,,,,,,,,,
,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,
,,,,,,,
,,,,,
,,,,
,,,
,,
,,
,,
,,,
,,,




sori....takdok entri ape pon..saja bikin gempak!

hahahhahahahaha..................





kasut karipap: mode gilo2 itik..itik pun x gilo cam ni...

EPIK TERUNA DAN DARA

pada suatu hari yang indah....
aktiviti membuang rasa bosan berlangsung...
klcc adalah pilihan pada hari ini..
sorg tak penah tgk klcc...dan sorang lagi penah tgk klcc tapi x penah lagi ukur suria klcc..

lalu kedua2 insan itu berjalan jalan lah dgn penuh 'darat'nya (ore klate kata)...
si teruna berjalan sambil menggantung camera beliau di leher dgn penuh bergaya nya...
dan si dara pula melilau lilau melihat gelagat org di sekitar...

tiba di satu sudut...
kelihatan beberapa pasangan merpati yg sedang bercintan cintun...
dgn tidak membuang masa..
si teruna meminta si dara buat2 posing..padahal dia nak ambik gamba org2 yg tgh dating...
menurut saja kata si teruna..lalu si dara pun buat2 gaya 'peace'...

klik..klik..dan klik 10 kali lagi....
si teruna pun puas hati....
5 minit kemudian..si dara bersuara 'saya nak main camera tu bole?'..
teruna berkata dgn nada itik 'ambik la...pakai auto je..manual kamu tak reti'
si dara pon dgn sengih yg lebar telah mengambil alih camera tersebut...

2 gamba...3 gamba...8 gamba...10 gamba....19 gamba....dan...dan lagi....
pegi tempat lain lagi...
dan lagi...
dan lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
tiba-tiba.......
'wei! dah pegang camera tu terus dah lupa pasangan die ada kt sini!'.....
satu suara garau telah menegur si dara..
rupanya....
si teruna dah mengamok! kerana camera....si dara tak hirau pon si teruna dalam beberapa minit...




hahahahahahhahahaha.......

Februari 12, 2011

KISAH YANG SEDIH

aku dipertemukan kepada mu oleh seorang lelaki yg berseluar getah..
di suatu tempat yg baru bagiku..
pertama kalinya aku begitu teruja melihat dirimu..
dirimu begitu menarik!
belum pernah aku melihat yang lain seperti dirimu!

Lelaki berseluar getah memberitahu sedikit sebanyak tentang dirimu kepadaku..
aku semakin tahu asal usul mu..
sifat dirimu..
kelemahan dirimu..
dan banyak lagi...
 dan mulai saat itu..aku lah yang akan sentiasa berada di sisimu..
menjaga mu....kata si lelaki berseluar getah...
'kau mesti tahu akan semua tentang dirinya! kerana tiada seorang pun yg akan memahaminya selain kau.'

pada mulanya, aku sangat gementar!
pelbagai perkara bermain di minda ku..
ini lah pertama kalinya aku perlu berkerjasama dengan si dia..
tanpa aku mengetahui pun atau berkenalan lama dgn si dia..
ohhh..aku mengeluh..

namun..hari demi hari...aku semakin mengenalimu..
itu pun berkat tunjuk ajar dan sedikit paksaan untuk mengenalimu dari si lelaki berseluar getah..
*time kasih la pada beliau*

setelah beberapa minggu perkenalan dengan mu...
aku semakin rapat..
setiap masa jika perlu berkerjasama dgn mu..
aku pasti akan menunjukkan komitmen yg tinggi!
pasti...

kau ku jaga dgn penuh kelembutan..
penuh kasih sayang...
betapa aku berbangga kerana ramai org yg bertanya kan perihal kamu kepada ku..
setiap kali kau bermasalah dgn org lain..
aku la yg akan menjawabnya..
aku lah yg akan memujuk mu utk berkomunikasi dgn baik pada mereka..
walaupun aku baru mengenali mu..
namun aku merasakan kita mempunyai frekuensi yg sama!


hari demi hari..
minggu demi minggu..
bulan demi bulan...
aku semakin menyayangi dirimu..
kini aku turut menyayangi empat lagi saudaramu...
lalu..kau 5 bersaudara mendapat kasih syg yg sama rata dari ku!


namun....
panas tidak selalunya smpi ke petang..
boleh jadi hujan turun di tengah hari..
begitu lah kisah ku dgn dirimu...
tidak selamanya kau akan berada bersamaku..
kau akan bersama dgn tuan baru mu di luar sana!
kau telah di pinjam oleh seseorang utk satu tempoh yg tidak aku ketahui..
dan kau mungkin akan dilupakan keran kau sudah ada pengganti!
pengganti yg tidak sesukar dirimu!
ohhhh....................ANALOG CONTROL SYSTEM MODULS.....
mengapa kau di pisahkan dgn ku????

pilu...sedih...sayu...
kerana kau adalah equipment pertama yg aku pelajari ketika mula2 masuk berkerja..
kerana kau la equipment pertama yg membuat aku pening kepala..
kerana kau lah aku menjadi 'tutor' sambilan yg tdk diiktiraf...
kerana kau.....aku belajar sesuatu yg baru! sesuatu yg belum pernah aku pelajari sebelum ini...

hari ini...tepat 4.30 ptg..
kau telah pergi bersama dgn tuan baru...
namun...kesedihan hatiku agak terubat..
kerana kau menaiki kereta Alza berwarna hitam...
kereta idaman hatiku...
kau pasti selamat dan akan dijaga dgn baik oleh tuan baru mu..
selamat tinggal my first equipment.....lepas ni peluang bg jawapan eksperimen kat student2 sudah tiada lagi..
kerana kau dan 4 lagi saudara kau suka buat hal time amali...
student pon suka aku tlg buatkan amali diorg! sbb aku pun x kesah...aku dah mengenali dirimu lebih lama dari student2 yg pertama kali melihat mu! sekian saja kisah kita...
mungkin lain kali...kita akan bertemu lagi.....


Tinggal kenangan :


walaupon dirimu tidak pernah ku jumpa sebelum ini..tapi aku masih mengingati ketensenan ku cuba utk mengenali dirimu!




di sini lah pertama kalinya aku berjumpa dirimu


mereka lah yg telah membalut dirimu dgn kotak!
dia telah siap dibalut dgn kotak...wuuuu..
detik2 akhir bersama...
lalu...dua uncles telah membawa dia pergi....waaaaaa
dia menaiki kereta Alza milik tuan barunya...terubat sikit sedih sbb tgk Alza ni cantek! =)
bye2 Alza....ehh..silap..bye2 equipment! jumpa lg lain kali...



Kasutkaripap : pasni kena belajar equipment baru pula....nampak mudah ibarat bermain pasir (quotes dr bos!)....so..kita tengok mcm mana la nanti...lepas ni Miss Sabrina sudah tidak jadi tutor terjun! nama ape pula tutor terjun kali ni =p

Februari 10, 2011

LAIN PADANG LAIN BELALANG

banyak2 padang yg ada di negara kita..
tak semua padang mempunyai jenis belalang yang sama..
tak percaya?
pegi padang ragbi upm dan carik belalang...
pastu pegi pula padang bola belakang rumah saya tepi hutan kat sabah...cari la belalang..
mesti spesis lain lain...

sebenarnya entri kali ini adalah adalah satu komen dr seorang blogger terhadap filem Khurafat arahan Syamsul Yusof..
akhirnya saya terjumpa juga satu komen lain daripada yg lain..
komen yg bukan memuji tapi sebaliknya..

"Nama cerita ini sepatutnye ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai seperti Syirik Si Syamsul Pembantu Perubatan ataupun Jangan Pandang Atas atau Tepi. Terlalu terang, nyata dan lagi bersuluh cerita ini amat jauh untuk dikaitkan dengan istilah dan nama KHURAFAT kerana kebanyakkan kejadian yang berlaku dlm filem ini lebih memaparkan kejadian syirik dan bukanye khurafat. Fine, lu punye cerita, lu punye suke nak letak tajuk ape kan. Gua tahu lu dah dapat juta-juta lemon. Tapi, nampak sangat Syamsul mengelak untuk meniru gaya Si Ahmad Idham iaitu musuh beliau kerana semua hantu tak reti datang daripada belakang. Kebanyakkan hantu datang daripada depan, tepi atau atas. Maybe sebab akhirnye hantu-hantu sedar manusia takde side mirror dan dorang sedar main belakang tu haram. Lagipun hantu-hantu pun bosan dah muncul dari belakang, C.L.I.C.H.E.

Bunyi saspen ------------->>> Hantu muka tak siap plastic surgery

Seperti cerita-cerita seram keluaran syarikat produksi Malaysia yang lain, cerita Khurafat ini terlalu dan amatlah terlalu banyak menggunakan elemen terkejut dan bermain dengan muzik saspen yang sehingga kini tidak lagi sesaspen mana dan menjadi bahan saspen olok-olok dalam kalangan pengusaha filem tempatan. Elemen bunyi saspen yang disertakan dengan hantu wanita yang suka main cak-cak amatlah bosan dan menghampakan.

Lagi satu, hantu yang sepatutnye menghantui si Syamsul adalah hantu lelaki dan bukan hantu bertetek berambut panjang suka memeluk lelaki kerana minyak dagu ataupun minyak senyonyong yang diperolehi Syamsul adalah daripada mayat seorang lelaki. Bak kata tok bomoh Latif Borgiba, roh yang ada didalam badan minah clubbing tersebut adalah dari mayat lelaki tersebut. Isn't it obvious that the ghost should be a male looking ghost? Wahai Syamsul, sebelum buat filem sila buat skrip, plot dan research dahulu ya. Jangan sampai anak bini tujuh keturunan menanggung malu berganda-ganda.


Khurafat ini sesunguhnya tidak lebih daripada cerita-cerita bergenre seram yang lain. Twist yang dipaparkan di hujung cerita juga amatlah cliche. Sesuai dengan gaya pemikiran warga Melayu yang malas menonton cerita-cerita seram Jepun dan Korea yang membuatkan mereka berfikir dengan amat dalam dan menyelesaikan misteri dengan sendirinya. Story play seolah-olah ingin mencari siapa empunya hantu sedangkan obviously hantu itu mesti ade kaitan dengan si minah clubbing bergigi jarang tersebut. Gua akan tabik cerita ini kalau mampu men-twist-kan this so called Khurafat dengan menunjukkan bahawa si durjana sebenar adalah si pembawa van jenazah yang fail cakap utara. Btw Syamsul, hospital mana ko shooting yang all the time blackout takde eletrik tu? Syamsul, read my lips C.L.I.C.H.E!"
# Siapa perasan rumah mak Syamsul tu sama macam rumah pak cik baring terbang kena rasuk tu?



Kasut Karipap :
Syirik - Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Khurafat  Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

Baca selanjutnya : http://fromglassesandlenses.blogspot.com/2011/02/movie-khurafat.html#ixzz1DOTxNXUK 

Februari 08, 2011

BOYFRIEND OR BAGFRIEND ?

sekadar gambar hiasan


Okeh..
apa anda rasa bila tengok si lelaki membawakan beg tangan pasangan nya berjalan-jalan di shopping complex?
Gentleman kah? atau...sakit mata?

tapi kebiasaanya....bila melihat boypren a.k.a bagfren ni...saya suka gelak...

bukan apa...
cuba bayangkan lelaki berambut pacak dan jambu sedang mengepit bag makwe nya yang berjenama Prada, Gucci, atau beg pasar malam sekali pun sambil berjalan2...
sesuai? nak2 kalau beg makwe tu ada labuci2...warna terang dan kilat2...
pasti tak sesuai kan...


okeh..kalau kes makwe/bini yang pegi toilet, berada di kwsn yg ramai org dan risau beg kita tu dicopet, tgh dukung baby or tengah handle beg2 shopping lain..
lalu pakwe/suami bawakan beg..
ini lain cerita..
jejaka2 ini tidak termasuk dalam kategori 'bagfren'...


yang cuba entri ini katakan ialah...
pakwe yg bawakan beg makwe sedangkan makwe tak ade pegang ape2 barang pon...
dan saje2 minta pakwe pegangkan beg...


tapi..tidak semua orang berfikiran seperti saya..
ada sesetengah wanita juga yg percaya bila pasangannya tolong bawa beg  tangan mereka sambil berjalan2
adalah tidak menjadi masalah..
kdg2 pasangan mereka yg sendiri tawarkan diri pegang beg tangan Gucci bling2 mereka...
dan mungkin wanita ini merasakan bahawa pasangannya itu seorang yg caring....ouch!


tapi..kadang2 saya terfikir juga..
wanita yg minta pasangannya bawakan beg tangan tu adakah mempunyai sifat ego yg tinggi?
dan lelaki yg sanggup bawa beg tangan pasangannya tak boleh ker kata "no way! lelaki macho cm sy bawa beg Bling2 awk?"...


orait...
isu ini sebenarnya pernah di soalkan di ruangan Yahoo! Answer Singapore tahun lepas...(klu tak silap)..
soalannya berbunyi : Apa anda rasa/fikir bila lelaki membawa beg tangan pasangannya?


Respon yang diterima pasti lah ada yang positif dan ada yang negatif...


Seorang lelaki bernama Kevin menyokong adanya sifat 'bagfren' ni pada teman wanita...
Dia berkata 'kalau org yg kita syg mengadu beg nya berat tak kan kita tak tolong? kalau tak tolong cuba fikir balik adakah kita benar2 sayang pd pasangan kita?'........


Komen dari seseorang yg bernama Dephne ni saya paling suka sekali!
Daphne berkata "Saya sangat2 bersetuju bahawa lelaki yg membawa beg pasangannya pasti akan di'queen control' satu hari nanti. kecuali lah pasangannya tu cacat. Wanita sepatutnya bawa beg mereka sendiri.Berat sangat ker?"....


Ada komen2 lain dari pengguna Yahoo! juga yang menyokong...
ada kata...lelaki kne la bawa beg pasangannya..baru nampak gentleman! *err...lelaki di luar sana setuju?*


dan banyak lagi lah komen2 di luar sana.............
malas lak nak taip semuanya..hahahaha


last sekali...
Jejaka2 : Bila pasangan minta pegangkan beg sedangkan dia free je tak bawa ape2 barang, sila ignore kemahuannya dgn sopan!
Wanita2 : Sila fikir 5 6 kali sebelum minta pasangan pegangkan beg...kecuali, dalam situasi2 tertentu seperti saya dah sebutkan di atas...
si Jejaka pon ken lah faham bila perlu dan tak perlu!




Kasut Karipap : Baca dan fikir..bukan baca dan hentam! Tapi..secara jujurnya kasut karipap secara peribadi kdg2 tak seronok tgk situasi begini di mana2 kecuali masa2 tertentu!


Februari 05, 2011

SAYA DAH KAWEN LA !


Tepat 9 malam....saya menaiki bas metro untuk balik ke rumah..encik penjual tiket sengih2 melihat saya naik..maklum lah saya pelanggan kedua bas tersebut..hati resah gelisah tapi terpaksa naik bas memandangkan wang ada ciput je dlm dompet nak naik teksi..saya cuba berfikiran positif..dalam hati berdoa agar lebih ramai lagi penumpang selepas ini..

Tunggu punya tunggu sudah 20 minit..masih belum ada lagi penumpang lain yg naik..driver bas sudah pun duduk di tempatnya..ahh..hati semakin tidak keruan...namun, menjadi lega setelah beberapa minit kemudian 5-6 orang penumpang berlari2 mengejar bas sebelum bas meninggalkan mereka...

Encik penjual tiket pun mula menjalankan tugasnya memungut tambang...
tiba giliran saya....

Encik Tiket : Nak pegi mana ?? 
Cik Saya : Taman Bunga Raya..
Encik Tiket : ohhh..ngatkan pegi Genting Kelang...baru balik kerja ker?
Cik Saya : Ha'a..baru balik kerja..

Tiba-tiba encik tiket menghulurkan tangannya..saya terkejut kerana beliau menghulurkan tgn utk bersalaman..

Encik Tiket : Hai...saya xxxxxxxx (entah la! tak ngat die sebut nama ape).. awak?
Cik Saya : err...saya Sharina...(sambil mengangkat tangan tanda tidak mahu menyambut salam dari beliau..ishh! giler ker nak salam bukan muhrim gue)...
Encik Tiket : ohh...Sarina..dah kawen ker belum ?
Cik Saya : *dengan konfiden* Dah! saya dah kawen! *sambil tangan disorokkan didalam beg..takot2 beliau cek jari gue ada cincin ke tak*..
Encik Tiket : Oh..yeke dah kawen? Anak dah berape ?
Cik Saya : Anak takde lagi..saya baru je kawen..
Encik Tiket : Ohh..maaf2..saya ingatkan masih belajar tadi..muka nampak muda lagi..macam belum kawen..
Cik Saya : eh..tak lah..saya dah kawen dah..saya dah habis belajar 3 tahun lepas.
Encik Tiket : ohh..maaf2...maaf ye..saya cuma nak sembang je..jangan bagitau kat suami awak pula ye..saya cuma nak sembang. Minta maaf...

Beliau pon berlalu pergi ke penumpang lain sambil tersengih-sengih...*kerang busuk agaknya atau tak pecaya cakap gue*...ahh..lantak lah! janji gue selamat...huhu...

Akhirnya saya sampai ke destinasi dengan selamat..
so, kalau naik bas tu lagi maksudnya saya kena ingat
'suami saya dan pengalaman belajar 3 tahun lepas'....
hahahahha...






Kasut Karipap : Tipu sunat =)

Februari 04, 2011

BILA WAJAHMU AKU BAYANGKAN



Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Bila kasih mu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku di cinta
(Pernah dulu pernah ku bercinta)
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Di cinta begini
(Bercinta begini)

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu




kasut karipap : tanpa kerusi , meja mungkin tidak lengkap....dan tanpa belon yang berwarna warni..mana mungkin belon kelihatan sangat menceriakan kanak-kanak =)

ORANG KETIGA


cik manja...cik manja boleh tak jangan ganggu sy?
walaupun awk bersama saya dah 22 tahun lebih...
tapi awak tak boleh selamanya ikut saya...
tolong lah cik manja...
tak semua org suka awak..
awak kadang2 jadi org ketiga dalam hubungan sepasang merpati....
cik manja...awak tak kasihankan sy ker?
cik manja...saya terpaksa pisah dengan awak...
awak pergi lah cari orang lain....jangan ikut saya..boleh kan???
cik manja....cik manja...jawap lah...
cik manja........
ok..ok...jangan nangis cik manja...
saya tak marah...
okay....awak boleh bersama saya lagi..
tapi awak kena sembunyikan diri awak..boleh???
boleh kan...awak kan pernah sembunyi dulu....sejak akhir2 nie je awak suka tunjukkan diri terang2an..
saya tak suka...
saya harap cik manja faham....ye....awak sembunyi ye...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.terima kasih cik manja....
.
.
.
.

Februari 03, 2011

KISAH ENCIK BANGLA

sepetang di restoran kegemaran kami....
dengan ber'order'kan sepinggan set ayam tiga ketul dan strawberry cheese cake sebagai pencuci mulut..
tiba-tiba Aiman bersuara...
" Balqis..bak sini laptop! nak main fesbuk jap"...
BAlqis dgn malasnya mengambil laptop comelnya dr dalam beg Tropicana berwarna hitam...
"Nah..try la connect wi-fi kat sini"...Balqis menambah..
beberapa saat kemudian...
"ala...mintak security key pulak la"...rungut Aiman..
"Tanya la kat pekerja tu"...balas Balqis..
dgn tidak membuang masa Aiman dengan confident memanggil seorang encik pekerja yg bermuka ala-ala bangla..(bangla kot..huhu)..
"bang, ape password wi-fi kat sini ye?"... tanya Aiman..
dengan tidak buang masa encik pekerja mengeluarkan pen dari dalam kocek bajunya..
Balqis segera menyerahkan tisu untuk encik pekerja menulis sesuatu..
dengan senyuman..encik pekerja menyerahkan password kepada Aiman...
Aiman mengucapkan terima kasih...
sambil memegang tisu tadi Aiman sedikit konfius...password yg diberikan encik pekerja tadi adalah no tepon 017-xxxxxxx....
"eh? ni password ker no tepon mamat bangla ni?"...rungut Aiman..
"Ala...awk cuba la dulu...mana tau betul."..Balqis memarahi Aiman...
Aiman pun mencuba.....
connecting.........failed! Limited connection...
"laa....mamat bangla nie memain ker? ntah2 ni bukan password! die x faham kot sy minta apa...kot2 la nie no tepon die..die ngat sy minta no.tepon die"..... marah Aiman kpd Balqis..
"hahaha..entah2 nie no tepon die! mesti mamat tu ngat awk minat kat die! ahahhaha"....gelak Balqis dgn bersungguh-sungguh...
selama setengah jam AIman dan Balqis dok gelak kerana menyangka mamat bangla tu tersilap bagi password dan memberi mereka no.tepon beliau kpd kami! ingat kitorg minat die ke ape?! hahaha..

selang beberapa minit setelah puas ketawa, Aiman mengusulkan kepada Balqis untuk meminta password wi-fi dpd mamat melayu yang jaga kaunter..faham sket apa kitorg nak..
Aiman dgn gelak yg masih bersisa pergi ke kaunter dan bertanyakn tentang hal itu...
3 minit kemudian....
"Nah Balqis! mamat bangla tu betul lah! memang password wi-fi kat sini no tepon 017-xxxxxxx...hahahahha! tadi masa nak taip salah tekan no 9! ngatkan no 1..."....hahahahahahha...gelak Aiman sambil memberitahu kpd Balqis kesilapannya..
"Alamak....hampeh la! Penat kte gelak kat mamat bangla tu..kesian die! Tak pasal2 die dapat pahala kite ngumpat"....balas Balqis..
Kemudian Aiman dan Balqis gelak lagi! kali ni gelakkan diri masing2..dan lebih2 lagi si Aiman! 
Perasan sungguh si Aiman..ngat mamat bangla tu tinggalkan no.tepon utk die! siap tersipu-sipu malu lg! 
pigidah.....hahahahahahha....


Pengajaran: Jangan sangka mamat bangla tak faham 'Security Key" wi-fi...(cuma tulisan die je tak cantik..no 9 pun leh tertukar dgn no 1)...hahahahhahahahahahha.............


Februari 02, 2011

GERAM

okeh!
dah  3 4 kali dah gue kol number tepon empat angka tu!
3 4 kali juga lah asyik tak masuk jer...
kali ni gue siap dah faks segala..
kalau tak leh setel juga gue tuka no.tepon!
arghhh...
geram..geram..geram...

YANG MANA SATU ?

ngeh3....
kasut karipap memang suke animasi!
tapi kasut karipap pon suke Jay Chou juge...
waaaa....
habesss.???? yang mana satu wajib tgk nie??? huhuhuhuhu~~



beruang Yogi yang comel ????


atau.......................


encik Jay Chou yg jambu ????




wawawawawawa.......*hehehehe*





p/s: amazing Jay Chou...he can speak English very well in dis movie...(rather than before i mean)..hehe

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...