Disember 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU !


31.12.2010
beberapa jam saja lagi kita melangkah ke
01.01.2011
bermula lagi azam baru bg mereka yg sering menanamkan azam 
setiap kali tahun baru
tapi...azam tahun lepas mcm mana?
tercapai?
tergantung tanpa tali?
atau tidak pernah usaha pun utk mencapainya?
apa2 pun...
semoga tahun baru ini
kita semua menjadi lebih sempurna
daripada tahun lepas
*memang sukar mencapai sesuatu kesempurnaan itu*
tapi...
*ianya tidak salah jika kita berusaha utk mencapainya*
so..gud luck semua =)

happy new year u ols!






lagu penutup utk tahun 2010 =)


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini






p/s: selamat pengantin baru kepada Umar Ubaydah & Nurul Ain. Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya! =)




Disember 30, 2010

ME'RAPIK'

Okeh..ini cerita semalam = 29/12/2010

Kuar umah kul 11...menaiki bas metro dan menuju ke SOGO!
pusing2 cari 'makcik muda' di SOGO sambil usha2 beg2 berdiskaun 70%
auuu~ sangat teruja melihatnya tapi hanya mampu window shopping saje!
pukol 2 'makcik muda' balik..dan say gudbye padanya
kaki terus melangkah ke destinasi seterusnya.
teman kan si Rango ke tingkat 3!
si Rango kuar masuk fitting room..
setelah 3 kali ke fitting room akhirnya dapat la hasil tangkapannya.
seruan Ilahi tidak dilupakan lalu menuju pula ke masjid Jamek
next station adalah kedai makan
tomyam + ikan bakar! yummy!
okeh..dah kenyang patut g balik
kaki melangkah pula pegi lrt tapi........................
kaki tersimpang ke sebuah kedai buku yg menjual bnyk buku2 agama
wow! teruja seketika dan terlepak la di kedai itu memandangkan ada kerusi
ngeh3

lastly...
balik ke rumah masing2 dgn hasil
sehelai seluar trek jenama 'cheetah' dan sebuah novel sejarah islam 'Umar al-Khattab'

-tamat-



p/s: kononnya 'mc' pada tarikh ini..ceh..(jgn tiru aksi ini pada mereka yg mls dtg kijo!) muahahahha...


Disember 27, 2010

KALAU CINTA - ALIFF AZIZ ft JOANNA

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Aku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Aku rindu
Kaulah ratu




Disember 14, 2010

RANGO








setelah peristiwa gelak sampai tergolek semasa menonton "Tangled a.k.a Rapunzel"
suatu ketika dolu..
kini...
penantian kasut karipap pada cerita
RANGO!!!!
menghentam perut semua peminat kartun pada 4 March 2011..
hoho~~


maklumat selanjutnya cite Rango : klik sini dan baca =)




Rango menyamar jadik kaktus



muka panik kne kejar burung helang





Rango ni seekor sesumpah..tapi tak reti menyamar!
hahahaha..
tak leh lawan Si Pascal Rapunzel betoi!





Disember 13, 2010

CINTA SEJATI





Tak ada yang bisa memahami seluruh rinduku
Selain dirimu yang tlah menyelami
Samudera hatiku ini

Tak ada yang bisa mengerti seluruh jiwaku
Selain dirimu yang telah menggenggam
Seluruh jiwaku ini

Sejauh mana pun kau pergi
Tak kan jauh
Dari hatiku ini…

Kaulah cinta sejati dihatiku
Hingga nanti kumati
Kaulah cinta abadi dijiwaku
Hingga akhir hayatku nanti…



p/s : Lagu khas utk kenalan, sahabat handai, sepupu sepapat kasut karipap yg telah berkahwin, telah bertunang, bakal bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Tahniah kasut karipap ucapkan. Semoga kalian semua mendapat keredhaan dari Allah SWT dan jodoh kalian kekal hingga ke akhirnya. Bahagia bersama melayari kehidupan baru bersama cinta kedua selepas cinta UTAMA kita =)


HINT SI DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



SUMBER: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776




Disember 12, 2010

GADIS BERJUBAH HIJAU

Si gadis duduk sendirian di kerusi itu. Dia memerhatikan org2 yg ada di sekelilingnya. Ada beberapa pasang merpati duduk bermadu kasih di tepi tasik, ada beberapa keluarga sedang berkelah dan si ayah mengejar-ngejar anaknya, dan tidak kurang juga ada yg sedang duduk berseorangan tanpa teman sambil melayan perasaan di taman yg tenang ini. Di taman ini juga la si gadis, duduk sendirian. Memikirkan dirinya, keluarganya, teman2 nya dan juga kehidupannya.

Si gadis melihat kanak2 yg sedang berlari-lari, kejar mengejar sesama mereka sambil bergelak tawa. Kanak-kanak....aahh..mereka masih kecil dan seronoknye jika aku juga seperti mereka, tidak perlu memikirkan masalah. Fikir si gadis.

Si gadis beralih pula ke kiri taman. Dilihatnya seorang gadis lain bertudung litup dan berjubah hijau sedang membaca buku sambil duduk bersantai. Si gadis memerhatikan lagi gadis berjubah hijau itu. Wajahnya sngt cantik dan bercahaya, senyumnya manis sekali sekala gadis itu melihat kanak2 yg bermain bola tidak berapa jauh dgn nya. Dari pandangan mata si gadis, dia dapat merasakan yg gadis berjubah hijau itu pasti baik orgnya, tutur kata yg sopan dan hormatkn org tua.

Si gadis mengeluh kecil. Dalam hatinya berkata, alangkah baiknya jika aku seperti itu. Tapi si gadis sedar. Dia tidak mungkin jadi seperti org lain. Dia tetap dia. Namanya tetap sama. Wajahnya juga tetap sama. Yang membezakan cuma hati. Jika hatinya bersih pasti semua anggotanya bersih, suci. Si gadis tunduk melihat tanah. Air matanya gugur ke bumi lagi. Ini lah yg sentiasa berlaku pada si gadis setiap kali memikirkan tentang dirinya. Dalam hatinya berdoa agar dia terpelihara dari kejahatan dan sentiasa di bawah redha Allah SWT..air mata terus mengalir lagi.



Disember 09, 2010

SAYA SUKA MEREKA!!

Mereka sangat cute dan kelakar!!!!! really luv them!



Rapunzel!!



Eugene "Flynn Rider"



Pascal the Chameleon









Geng Penjahat yg tak ganas mne pon! haha





Maksim





Mother Gothel

PARANORMAL 2


Posisi barisan simetri ini akan memudahkan proses pengikatan oksigen dan oksidasi. Atom besi yang bersifat paramagnetic dan ferromagnetic – dalam molekul hemoglobin yang tersusun simetri tadi akan membuat darah juga bersifat magnetic teratur. Fenomena yang dihasilkan antara lain sebagai berikut :

1. Tubuh manusia akan mengeluarkan medan magnet dan memiliki dua kutub; kutub utara dan kutub selatan.
2. darah bersifat magnet yang mengalir akan menimbulkan medan magnet yang dinamik (memancarkan gelombang electromagnet)

Pancaran medan magnet dari tubuh org tadi akan berinteraksi dengan medan magnet bumi mahupun dari medan magnet yang berada pada org lain. Kemudian, jika dua kutub yang dipancarkan sama arah dengan medan magnet luar, org itu akan tertolak ke belakang. Jika org tersebut membentuk sudut dengan arah medan magnet luar, orang itu juga akan terputar.
Medan magnet yang dipancarkan mampu menginduksi, mengimbas org lain sehingga kelihatan seperti tertarik atau memutarkan tubuh org lain tanpa menyentuhnya.

Hal ini juga terjadi dalam proses penyembuhan. Pancaran gelombang electromagnet dari tubuh seseorang yang mempunyai darah terpolarisasi (polarization) menghasilkan tenaga (panas) dan aura. Pancaran ini dapat ‘dilihat’ oleh org lain melalui satu tuning iaitu inteferens atau resonan dari dua gelombang yang berasal dari kedua org tadi ketika frekuensi mereka sama. Interferen ini akan menjadi laluan informasi antara kedua org tadi. Pada jarak yang jauh, fenomena ini disebut telepati. Sedangkan fenomena biologi akibat polarisasi darah adalah seperti berikut :

1. Darah yg molekulnya teratur dan terpolarisasi akan mudah dioksida, dibersihkan dari sel2 asing. Sel2 organ tubuh yg rosak akan mudah pulih kembali daripada zat2 makanan yang di bawa oleh darah. Ini bermaksud metabolisme kita menjadi lancar.
2. kuman atau virus yang boleh menyebabkan penyakit tidak mampu mendekati tubuh kita kerana akan ditolak oleh medan magnet tubuh.

Bagaimana pula dengan khasiat air yg ‘dibacakan’ dengan doa untuk di minum? Doa pada hakikatnya adalah informasi, pesanan, tenaga yang disimpan ke dalam air yang diberikan khas untuk org2 tertentu. Jika yg meminumnya bukan org yg dimaksudkan dalam doa tersebut, ia tidak akan memberi kesan apa2. Sabda Rasulullah SAW, air zamzam itu berkhasiat sesuai dengan niat si peminumnya.

Menurut Ali bin Abi Talib r.a., Hajarul Aswad kelak di akhirat akan diberikan mulut dan lidah. Ia akan bersaksi bagi org yg pernah menciumnya. Ka’bah juga disusun dari batu2 purba yg menyerap tenaga keimanan org2 yg bertawaf mengelilinginya. Batu2 Ka’bah ini menampung arus tenaga jarak jauh dari semua solat yg kita lakukan (kerana kita menghadapnya sbg kiblat). Tenaga2 ini tadi akan menjadi kekuatan yang dahsyat dimana akan disalurkan doa2 kita dengan cepat ke arsy.



Wallahualam..



disclaimer : Sumber dari buku Mukjizat Sains dalam Al-Quran hasil tulisan Bambang Pranggono & Dini Handayani.


Disember 08, 2010

PARANORMAL 1


"Alif Laam Miim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka."

(Q.S.Al-Baqarah [2]:1-3)


Sejak awal Islam telah menetapkan bahawa mempercayai perkara ghaib adalah salah satu syarat untuk menjadi org yang bertakwa. Al-Qurthubi menjelaskan bahawa al-ghaibi secara bahasa adalah segala sesuatu yang tidak ada bersama kita, atau yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. At-Thabary menuliskan dalam tafsirnya bahawa menurut Qatadah, al-ghaib adalah syurga, neraka, hidup sesudah mati dan hari kiamat. Rabi’ bin Anas menambahnya dengan mengatakan al ghaib adalah Al-Quran.


Ilmu ghaib hanya milik Allah, dan ini ditafsirkan melalui Surah Al An’aam (6) ayat 59,


“Dan pada-Nya kunci2 keghaiban yang tidak diketahui kecuali oleh-Nya”


Dalam mentafsir ayat tesebut, al-Qurtubi melalui hadis Bukhari dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kunci2 keghaiban ada lima, tidak ada yang tahu kecuali Allah; Jantina janin dalam rahim, apa yang berlaku esok hari, bila hujan akan turun, di bumi mana seseorang akan mati dan bilakah terjadinya kiamat.”

Dua daripada perkara ghaib itu kita sudah mampu ketahui. Melalui alat pengesan jantina janin yang kini digunakan di hampir kesemua hospital di dunia, Melalui satelit dan ilmu meteorology yang memberi ramalan cuaca. Tiga lagi perkara ghaib mungkin akan diketahui suatu hari nanti. (Kesemua contoh ini berlaku dengan izin Allah SWT jua)


Terdapat hal2 aneh, ghaib yang masih menjadi misteri tanpa dapat dijelaskan dengan rasional akal sehingga kini. Para pendeta Budhha di Tibet mampu terapung setinggi 50 cm di udara semasa sedang bertafakur, bomoh Voodoo Afrika yang mencucuk patung dengan jarum mampu membuat org di tempat lain menjerit kesakitan, bomoh santau yang mengirimkan benda2 kotor pada perut musuhnya dan banyak lagi ilmu2 ghaib dan pelik seperti ini sedang berlaku di pelosok dunia dan ianya masih belum difahami dengan akal. Oleh kerana ianya tidak sesuai di masukkan dalam cabang2 ilmu pengetahuan yang normal, maka ia di sebut paranormal.


Pada masa kini, ada hal2 ajaib dan mistik sudah mampu dijelaskan secara ilmiah. Prof.Ir.Lilik Hendradjaya, M.Sc., Ph.D., berhasil menjelaskan secara teori ilmu fizikal tentang fenomena penumpuan tenaga melalui latihan pernafasan. Ramai org mengaitkan perkara seperti ini adalah ilmu ghaib, mistik dan berlaku dgn bantuan jin. Tetapi beliau menguraikan bahawa darah manusia tersusun dari atom oksigen dan atom besi (Fe). Ketika kita bernafas dgn normal, oksigen yang banyak dalam paru2 dan molekul darah dgn mudah menyerap oksigen terbabit dan terus mengalir. Untuk mendapatkan kadar oksigen dgn jumlah yang sama, molekul darah (hemoglobin) akan ‘berbaris’ secara bersiri dgn urutan: atom besi (Fe)-rantai protein-Fe-rantai protein, dsb. Akhirnya, darah dalam pembuluh darah akan membentuk barisan simetri. (bersambung part 2)



Wallahualam..



disclaimer : Sumber dari buku Mukjizat Sains dalam Al-Quran hasil tulisan Bambang Pranggono & Dini Handayani.




Disember 06, 2010

DULU SILAT..KINI SHUFFLE YO!

Kalau dulu2 org yang nak sanding ader silat2.....
Sekarang......silat2 tak main la bro!
Yo ! Yo! Shuffle la bro......






Something wrong somewhere right???


SALAM MAAL HIJRAH SEMUA !!

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman







p/s: mari meng'hijrah'kan diri ke arah kebaikan...jadikan tahun yg lepas sbg pengajaran dan yg lepas biarkan berlalu..semoga tahun baru bakal mewarnai kita dgn satu perubahan baru bertepatan dgn lirik lagu di atas! renung2 kan dan mari muhasabah diri =)


Disember 04, 2010

PUISI SELAMAT PAGI CINTA


Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong

Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan
Aku jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah di terokai

Warna ku ungu jiwa ku biru
Menunggu cintaku
Umpama si buta yang melihat syurga
Umpama lampu yang malapnya hitam

Lalu menunggu aku terus
Kini malam tiba lagi
Kerana tinggalkan cahaya matahari

Di bebankan dengan bunyi rintisan hujan
Seperti mahu saja aku mengejar
Gunung yang besarnya tidak terdakap
Seperti itu jugalah
Rindu aku pada.....mu

Kini aku harus menunggu
Atau hilang saja di dataran yang luas...

Disember 02, 2010

OMG! IT'S RAPUNZEL





walaupun umur sudah mencecah 15 tahun keatas dan tidak melebihi 30 thn....
saya tidak malu mengatakan bahawa...

SAYA MEMANG PEMINAT KARTUN !


HIDAYAH

gambar sekadar hiasan


Si gadis merenung skrin komputer di atas mejanya. Dia sedang melayari laman web sosial yg popular di zaman ini untuk mengikuti perkembangan rakan2 lamanya. Si gadis mencari seseorang yg pernah dikenalinya dulu. Dia mula menaip dan melarikan cursor ke nama yg dicari. Dengan satu klik, profil rakannya itu terpapar.

Si gadis membaca dan meneliti setiap apa yg terpapar di skrin komputer tersebut. Sesekali si gadis tersenyum membaca status, sesekali si gadis berasa kagum melihat foto2 yg di'upload' tuan punya profil.. Dia tersenyum lagi, dia teringat ketika mula2 mengenali rakannya itu.

Setahun lepas...
Si gadis berkenalan dengan K (bukan nama sebenar). K merupakan rakan kepada rakan sekolah rendahnya. Perkenalan dgn K merupakan satu perkara biasa kerana di tempat baru pasti si gadis akan bertemu dgn rakan baru. K dikenalinya semasa mengikuti satu persatuan kepimpinan. K baik orangnya. Dia sangat peramah dan banyak cakap seperti si gadis. Seperti gadis2 lain, K juga suka berfesyen. Pakaian selalu 'up to date', ketat, make-up dan sebagainya.

Selepas hampir 3 tahun menemui K di laman web sosial...
Si gadis terpegun. Melihat penampilan K selepas beberapa tahun tidak bertemu. Walaupun hanya melalui alam maya (laman web) si gadis percaya, K sudah berubah. K sangat cantik bertudung litup dan berjubah. Dari setiap aktiviti yg di sertainya, foto2 dan cara K mengekspresikan dirinya begitu berbeza sekali dr mula2 mengenali K. Si gadis sangat terharu sehingga menitiskan air matanya. Si gadis tersenyum sambil air mata terus mengalir. Tidak putus2 mengucapkan Alhamdulillah...Syukur pada Yang Maha Agung..Yang Maha Pengasih..Allah SWT...Ada sesuatu di benak fikiran si gadis..Namun jauh di sudut hatinya, si gadis sangat2 bersyukur dan yakin kerana dia juga di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk bertaubat dan menerima petunjuk dariNya.



Allah berfirman,

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)




FIRST TIME CERITA PASAL TEMPAT KERJA

Tepat pukol 11.00 pagi....sekumpulan pelajar datang serbu aku mase tgh main Pirates Ahoy di tempat kijo. Sume tanya soalan pelik. Sume tanya tutor diorg kat mana? Aku yg rase bengong2 sebab tetibe di serbu panik sedikit. Ahh...aku tak tau jawab ku!

Bebudak ni tanya lagi. "Miss, bukan kah hari ni ada demo?".
Aku tanya sape cakap?. Bebudak jawab "tutor!"...sudah....aku makin bengong jadinya..mana tutornye? Takde pon inform kat aku sblum nie. Aku tanya lagi. "Nak demo bila?". Bebudak jwb "hari ni!"...

Aha! aku makin panik. Ape ni..nape tutor tak inform aku awl2..takde la aku panik smpi tersasar kapal lanun aku. Hati mula geram. Terus tinggal bebudak, angkat fon opis dan dail number tutor tu.

Tutt..tutt..tutt........tak berjawab!
Ni yg buat aku geram ni!
3 minit.....
1 minit...

Aku dah malas nak kol, aku terus cari bebudak lagi...ehhh..mereka da hilang!
Mana mereka?? Aku meluru ke makmal sebelah. Pintu terbuka!

Lor......tutor tu dah datang rupenye dan tgh gado2 manje ngn bebudak tadi.
Aku menghampiri mereka. Rase geram la juga. Tapi cam kesian pon ada sbb tutor tu muka inesen..cess! Aku tak jadi nak geram.

Aku pegi sengih kat tutor dan terus pegi duduk ats kerusi tepi mamat satu tempat keje yg tgh main Tumbuhan VS Zomba. Aku bebel sendiri. Geram juga aku , dah tak peduli dah muka inesen tutor tu. Aku biar tutor dan bebudak gaduh2 manja seketika.

5 minit.....

3 minit.....

Tutor mnghampiri aku!
" Esok, ada amali ye. Saya datang. Tapi awak tolong buat demo ye".
"Ok. No problem."
Chewah..aku memang takde masalah. Tapi aku sepatutnya bukan buat demo2 ni. Aku tak di benarkan mengajar sebab keje aku bukan mengajar. Tapi kerana aku hanya sang kancil, aku kne la juga buat sbb aku tau..

jadi......besok aku berlagak jadi cekgu! muahahahhahaha.....






p/s: klu ikut kan hati, aku nak je bagi keputusan amali ni kat bebudak. Perfect result kot! aku siap ambik gamba lagi. Hahaha..kalau jual kat student dapat duit dok? kui3...tapi tak baik begitu.....kene JUJUR pADA ILMU walopun bukan meniru tapi diorg usaha la mcm mane pon nak dpt jawapan.hahahahahahahahahhaha..

Disember 01, 2010

ABAH DAN ABIE

Abie : Abah, tadi ustazah kat sekolah ajar jenis2 najis.

Abah : Faham tak ustazah ajar ape?

Abie : Faham.

Abah : Okeh. Kalau faham cuba bagitau abah berapa jenis najis?

Abie : Najis ada 3 jenis. Najis ringan, najis pertengahan dan najis berat.

Abah : Bagus..ape contohnye?

Abie : Najis ringan adalah taik cicak, manakala najis pertengahan adalah tahi manusia dan najis berat besar kemungkinan adalah taik otromen..

Abah : #%^^#$^**(((^$@##$.....



p/s : abah pon kne tau sebelum tanye anak. dan pembelajaran adalah bermula daripada rumah! lagi2 abah adalah ketua keluarga @ nakhoda. sekali nakhoda hilang arah, seluruh kapal dan anak2 kapal turut hilang arah..




disclaimer : idea dicedok dr majalah APO?. Belilah APO? selalu =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...