Disember 30, 2011

ISTIKARAH CINTA


Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..


DI ATAS SATU CINTA



Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya

Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku 



Disember 28, 2011

Disember 23, 2011

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH


Sebuah cerita yang di adaptasi daripada novel Buya Hamka. Di Bawah Lindungan Ka'abah.
Novel yang sangat indah. Hasil adaptasinya juga memuaskan hati. Satu contoh adaptasi novel ke filem yang baik.




kasutkaripap: Cinta itu sentiasa dan kekal milik Allah swt. Subahanallah.


Disember 22, 2011

KISAH SEORANG AIMAN #4

Aiman memandang langit. Hamparan langit yang berwarna biru menyejukkan hati Aiman. Subahanallah. Maha Suci Allah. Hanya kalimah itu yang mampu diucapkan Aiman. Fikirannya berpusat pada kebesaran Ilahi. 
Perlahan-lahan, segala kekusutan, segala bebanan yang dirasakan di dalam hatinya juga perlahan-lahan hilang ibarat awan yang berserakan setelah ditiup angin.
Allahu Akhbar. Allah saja tempat mengadu.





KEBENARAN SELALUNYA PAHIT




kasutkaripap: selalunya kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan..tapi jangan risau, lama kelamaan kita mampu menerima kebenaran itu. *berdasarkan pengalaman*





TAFAKKUR


Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A...adakah tempat kembali
A...adakah selain Allah

Disember 21, 2011

KISAH SEORANG AIMAN #3

Aiman terkejut dari tidurnya. Pantas, Aiman meletakkan telapak tangannya ke dada. Jantungnya dirasakan berdegup laju. Seperti baharu saja menamatkan larian sejauh 100 meter. 2 minit, 3 minit, jantungnya masih berdegup kencang. 

Aiman menjeling jam yang terletak di sisi tilamnya. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Aiman membatu. Emosi yang baru dialami di dalam mimpi tadi masih terasa. Perjalanan mimpi tadi masih segar dalam kotak fikirannya. Watak, perwatakan mahupun plot mimpi tersebut. 

Ahh. Aiman mengeluh. Aiman mula memikirkan bagaimana keadaannya sebelum tidur tadi. Adakah solat sebelum tidur? Adakah berwuduk sebelum tidur? Adakah membaca surah dari kalam Allah sebelum tidur? 
Sekali lagi keluhan Aiman kedengaran. Tidak. Semuanya tidak dilakukan Aiman. Seingatnya, dia tertidur ketika sedang membaca buku. 

Tiba-tiba Aiman tersentak. Sayup-sayup kedengaran orang sedang mengaji dari masjid berdekatan rumahnya. Aiman beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Tanpa disedari sedikit sebanyak perasaan berburuk sangka pada manusia lain timbul. Ya Allah. Mungkin mimpi tadi adalah gangguan daripada syaitan untuk merosakkan ukhuwah di antara manusia. Tidak! Fikir Aiman. 

Aiman segera bangkit. Menuju ke bilik air dan membersihkan diri untuk bertemu Sang Khalik. Hanya padaNya tempat mengadu dan hanya padaNya tempat berlindung.





RABU BISU #3

RABU BISU #2

RABU BISU #1

Disember 20, 2011

BANGUN !

kadang-kadang
mimpi bisa membolak balikkan emosi
mimpi bisa mempengaruhi fikiran
mimpi bisa merosakkan fikiran

ahh ! mimpi
kau tak sedar pun !
kembalilah ke alam yang nyata
kembalilah ke landasan fikiran yang benar
agar tidak tergelincir dari fitrah manusiawi

jangan !
hanya kerana mimpi
kau tersasar jauh
kerna
'rahsia mimpi' itu
hanya DIA yang mengetahui





Disember 19, 2011

BERITA KEPADA KAWAN


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk disampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan

tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati bergetar menampak kering reruntuhan
perjalanan ini pun seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih

kawan coba dengar apa jawapnya
ketika ia ku tanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

barangkali di sana ada jawapnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita yang selalu

salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

 ~ Ebeit G. Ade.

Disember 15, 2011

ADA YANG TAK KENA LAH !

Kedai makan...
Kadang-kadang terfikir...
Bila kita mengunjungi kedai makan melayu Islam, ada sesetengah kedai yang gemar memasang surah-surah tertentu sepanjang masa perniagaan mereka..
Tidak kurang juga kedai-kedai makan yang gemar memasang lagu-lagu nasyid..

Bagus..
Mungkin itu satu cara 'tauke' kedai makan 'berdakwah' cara mereka..
Pelanggan yang datang, dan mendengar bacaan surah akan menjadi pahala untuk sesiapa Muslim yang mendengarnya..
Ya. Mungkin itu tujuannya..

Tetapi..
Sesetengah kedai, setiap hari memasang surah-surah suci Al-Quran dan diselang selikan lagu nasyid untuk hari berikutnya kelihatan tidak kena !
Tidak kena mengapa?

Pelayan kedai makan, malahan tukang masak tidak menutup aurat dengan sempurna !
Sedih..

Saya tidak katakan ia tidak bagus..
Bagus!
Saya menyokong usaha 'tauke' kedai yang mungkin ingin 'berdakwah' dengan cara mereka sendiri...
tetapi..usaha biarlah kena dengan hukum yang sepatutnya..
Tak begitu ?

Disember 14, 2011

CARIKAN AKU CALON ISTERI SEPERTI INI !

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

*Berfikir sejenak* 
Sekiranya seorang lelaki soleh sedang mencari calon bidadarinya paling kurang 2/3 menepati ciri-ciri di atas, bagaimana ?
Adakah ia realistik atau gedik?
Setiap manusia punya kekurangan sendiri..
Namun, sudah fitrah manusiawi juga mahukan yang sempurna..
Tetapi, bukalah mata..
Berfikiran secara realistik..
Asalkan calon pasangan hidup kita letakkan syarat mengamalkan dan menghayati agama, sudah cukup !
InsyaAllah..


" Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.
Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah "
 
Petikan daripada artikel iluvislam.com










RABU TANPA KATA #1


- gaya pakcik ni sama dengan gaya saya kat tempat kerja sekarang..-

Disember 13, 2011

TAHU TAPI TAK PEDULI




sumber : KLIK SINI





kasutkaripap: kadang2 kita tahu sesuatu perkara itu salah..tapi syaitan sentiasa menghasut kita untuk terus kemukakan pelbagai alasan dan akhirnya....kita tewas. Nauzubillah !


Disember 12, 2011

KALA MUSIM HUJAN CICAK TERSEPIT

Langit kelihatan mendung..
Angin mula bertiup kencang..
Kelihatan dua orang gadis berjalan seiringan..
Sambil mempercepatkan langkah..

Titis-titis air mulai turun..
Kaki dua orang gadis itu mula kelihatan seperti berlari-lari anak..
Sebaik saja kaki mencecah tangga rumah..
Jutaan titisan air hujan mulai membasahi muka bumi yang sepanjang hari kehausan..

Kaki gadis tadi mulai mendaki anak-anak tangga..
Langkah mereka kelihatan perlahan kerana merasakan sedikit ketegangan pada kaki..
Anak tangga pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya...

Tiba di hadapan rumah..
Anak kunci dikeluarkan..
Kelihatan si gadis berhati-hati membuka mangga pintu rumah..
Seperti ada sesuatu yang perlu di ambil perhatian..
Mangga berjaya dibuka dan pintu mengangakan isi rumah..

Tiba-tiba...
Satu suara kedengaran...
"Ada bau tak sedap"...
Hidung mula memainkan peranan..
"Ya, bau bangkai"..

Si gadis menoleh sebelum menutup pintu..
Nun di satu sudut pintu..
Kelihatan dua benda yang sudah keras melekat pada engsel pintu..
Dua gadis berpandangan...
Dua gadis menguntum senyuman..
Dua gadis serentak berkata..."Cicak tersepit !"

Disember 08, 2011

BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA BERTUDUNG LABUH #2

Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya kerana sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.
Saya juga pernah menghadiri temuduga untuk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa kerana tidak terpilih.

Seperti yang umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.

Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?

Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan dan tidak pernah dikaji.

Timbul rasa jengkel juga di hati, '"selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".

Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah kerana senior juga begitu.

Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pada waktu petang, atau latihan untuk hari sukan kerana tiada seorang pun guru yang menegur. Kalau ada pun, bukan saya yang ditegurnya. Saya rasa selamat untuk memakai tudung segi tiga.

Begitu juga apabila keluar dari asrama, selain daripada outing pada waktu persekolahan, terutama apabila bersiar-siar dengan keluarga atau kawan-kawan, saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yang lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.

Bermula dari tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga, tiada input yang saya dapati sama ada dalam waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yang menceritakan kepada kami mengapa para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.

Yang ada hanya guru yang menyindir kami dengan kata-kata:

"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecik". Saya hanya mencebik. Apa salahnya tudung kecil!

Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tetapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tetapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.
"Yang penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".

Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang-undang sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yang gah dan hebat yang lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas daripada paras siku.

Peraturan ini boleh diterima lagi kerana ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tetapi, para pelajar yang "rimas" telah dididik oleh para senior supaya memendekkan tudung dalam erti kata yang lain, tudung yang labuh diubah suai agar ianya atas daripada siku.

Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada untuk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.

Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dari kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa-apa sahaja yang disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.

Tetapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib dan Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yang menutup hanya separuh, track suit yang mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.

Tambahan lagi, di dalam kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dalam solat, tudung yang jarang akan dihukum, tudung yang tidak melebihi bahu akan di denda, seakan-akan peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.

Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan dan muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yang jiwanya masih terbelenggu dengan dosa termasuk saya.

Tetapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah-olah Allah S.W.T  ingin menjaga kami para pelajar wanita daripada terjerumus dalam dosa. Allah S.W.T  ingin menjaga kami daripada pandangan jahat lelaki berhati kotor. Allah S.W.T  ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.

Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis-majlis ilmu yang dihadiri mula membuka hati saya yang tepu dengan dosa. Selain itu, ada beberapa senior yang bertudung labuh yang membuatkan hati saya terdetik:

"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh".

Kagum. Mereka satu dalam sejuta. Permata di celahan kaca.

Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yang baru dikenali ketika orientasi yang pada awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kepada tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.

Katanya, hatinya terdetik untuk berubah apabila menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yang kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yang berusia 18 tahun di Timur Tengah yang digali semula selepas tiga jam untuk dibedah siasat. Meskipun hanya tiga jam berada dalam liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.

Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah-olah dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah dan lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.

Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak, dan berzina. Lalu terdetik dalam hati sahabat saya andai kata beliau mati, apakah sudah bersedia dengan amalan yang dilakukan?

Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?

Perubahan yang dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yang bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dengan kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.

Di awal tahun tingkatan lima, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yang menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dalam lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.

Saya terfikir bagaimana sahabat saya yang bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dalam lumpur, dengan tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.

Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yang bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas dan takut untuk berada di hadapan lelaki.

Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah-olah mereka nampak apa yang sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yang jarang dan nipis.

Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dengan mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak-kakak yang bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Kerana tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.

Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan lima. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Daripada tudung bawal ke arah tudung cotton yang tebal.

Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tetapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani untuk konsisten.

Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba-tiba teringatkan tudung labuh saya yang dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yang kini hanya terperuk dalam almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut kerana saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.

Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kepada ibu dan kepada sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.

Tiba waktu prep, saya meminta roommate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dengan sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.

Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut untuk seketika. Tetapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura-pura tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.

Bermula dari hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tetapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yang mungkin tidak tahu kerap mengusik dengan kata-kata yang lebih kurang, "kaya betul lah korang, banyak duit nak beli kain!", "boleh buat sapu lantai lah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".

Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dalam kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".
Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami untuk istiqomah. Lalu, saya dan sahabat terus menfotostat kolum itu dan ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yang bertudung labuh.

Kelegaan yang amat. Bermula dari hari itu, kami kurang menerima usikan-usikan mereka.

Terima kasih Allah S.W.T kerana memberi ilham kepada Fatimah Syarha untuk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!

Kuncinya hanya satu, jika kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah kerana Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. Insya-Allah.
Semoga pengalaman yang biasa ini dapat membantu.





kasutkaripap : semoga Allah memberikan kita petunjuk serta hidayahNya. Ameen..




Disember 07, 2011

RABU TANPA KATA #2

- soleh tak semestinya 'skema' , 'cool' tak semestinya buat maksiat -

RABU TANPA KATA #1









BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA BERTUDUNG LABUH

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah 

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh 

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah 

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit 

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut 

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.


Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh 

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.


Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat 

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


sumber: pengalaman Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.



kasutkaripap: tudung labuh tak semestinya pelajar/pernah belajar di sekolah agama..ia kerana aurat seorang muslimah..yang perlukan perubahan, perlahan-lahan...dan istiqamah. InsyaAllah..selepas itu rasai lah betapa manisnya dan tenang hidup kita =)


Disember 05, 2011

TAKUT

Ketika masih kecil....
aku takut untuk menjadi dewasa..

setelah kaki melangkah ke alam persekolahan..
aku takut melangkah ke alam kerjaya..

bila alam remaja sudah mula diterokai...
aku takut melangkah ke peringkat seterusnya...dewasa...

namun..manusia perlu melalui semua peringkat tersebut..
dan sebenarnya ia bukan lah satu permulaan dan mati juga bukan satu pengakhiran..

mengapa aku menjadi takut ?
bukankah Syaikh Ibnu ‘Athaillah pernah berkata :

“Janganlah sekali-kali kamu berasa ragu atas janji Allah yang telah dijanjikan-Nya, sedangkan waktunya sudah pasti (akan datang), tetapi ia belum datang, agar keraguan kamu itu tidak akan mengotori basirah (pandangan batin) dan tidak memadamkan cahaya  nuranimu.”

Nah ! Apa lagi yang perlu aku takutkan...
Berdoa adalah jalan yang paling terbaik..
Sesuatu yang kita sendiri tidak pasti pada masa hadapan, jika kita inginkannya...
maka berdoalah !

“Dan apabila bertanya hamba-hamba-Ku kepada engkau tentang Aku, maka (katakanlah), ‘sesungguhnya Aku adalah  Maha Dekat. Aku memperkenankan  permohonan orang yang berdoa jika dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka memperkenankan (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka sentiasa dalam kebenaran.”  (Surah al-Baqarah: 186)


Demikianlah.....
apa yang telah dijanjikan oleh Allah Taala...
Setiap manusia yang beriman kepada-Nya, berharap dan memohon kepada-Nya, Allah berjanji akan mengabulkan doa buat hamba-hamba-Nya.
Namun, adakalanya doa itu tidak hadir seperti yang diharapkan...
Apabila suatu doa belum dikabulkan, bukan bermakna Dia tidak menepati janji-Nya.
Bukanlah Dia bersifat seperti ciptaan-Nya.
Dia Maha Menepati Janji.

Janganlah  kerana berlakunya keadaan yang tidak memihak kepada orang yang berdoa menyebabkan dia ragu-ragu  akan janji-Nya.
Apabila telah datang keraguan pada hati manusia, maka akan reduplah cahaya iman yang menerangi pandangan mata hati manusia.

“Janganlah kerana  terlambatnya pemberian Allah itu  walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihkan-Nya  untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendaki-Nya untuk engkau, bukan  pada waktu yang engkau kehendaki.” (Ibnu ‘Athaillah)

Sekiranya hamba yang berdoa itu mengerti bahawa doa yang dikabulkan di akhirat kelak lebih mulia dan baik dari diperkenankan ketika hidupnya di dunia, nescaya mereka akan berharap agar semua doanya itu akan diperkenankan di akhirat kelak.

Sesungguhnya......
manusia itu perlu bersyukur....
apa yang telah ditentukan kepada setiap manusia itu adalah apa yang terbaik buatnya, walau kadang kala yang datang itu kurang menyenangkan.
Mungkin ada hikmah dan teladan di sebalik kejadian.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedangkan ia adalah amat buruk kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 216)

Hadith Rasulullah s.a.w:

“Tiada seseorang pun yang berdoa melainkan Allah pasti akan mengabulkan doanya atau dihindarkan bahaya daripadanya atau diampuninya sebahagian dari dosanya selama dia tidak berdoa untuk sesuatu yang mengarah kepada kemaksiatan atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim.”

Jadi..jangan bimbang...
Letakkan lah sepenuhnya kebimbangan kita pada Allah Taala..
Kerana DIA lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui..
DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..
dan jangan pernah takut untuk menghadapi peringkat seterusnya...
kerana Allah Taala telah mengaturkan segalanya !


 Mereka yang bertemu kerana Allah
Tidak akan berpisah
Jasad yang menuju jauh ke pelusuk dunia
Jiwa dekat dirasai menghampiri tangan dan genggaman
Jika jasad kelak sirna kerana masa dan zaman
Jiwa tidak sirna di bawah takluk Tuhan
Jiwa yang pasak atas nama Allah
Bukan milik jasad yang lemah
Allah knows the best

 


kasutkaripap : berpegang pada yang SATU pasti takut tiada lagi ! Keep Faith In Allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...