Mac 29, 2012

EPISODE 1


Ini kisah seorang 'Aku'. Kisah yang sebenarnya hanya diketahui oleh Sang Khalik. Yang telah ditetapkan oleh-NYA sejak dari azali lagi.

Orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu peribahasa yang sering digunakan oleh orang kebanyakan. Tapi, lenturnya buluh itu ke arah mana ? Barat? Utara? Selatan? Atau Timur? Jika kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk melentur buluh tersebut, maka kita bertanggungjawab melenturnya ke arah yang membawa kepada kebaikan. Bukan dengan membantu melentur sahaja kemudian, membiarkan buluh itu sendiri memilih arah !

Ketika orang lain memiliki segalanya, aku juga berkata, aku mempunyai segalanya apa yang orang punya. Mereka berharta, aku juga punya. Mereka berkeluarga, aku juga punya. Namun, semakin lama semakin aku sedari, aku tidak punya rasa 'bahagia'. Hari-hari aku biasa. Tiada rasa. Nikmat yang diberikan juga tidak dirasa. Apalagi mengucapkan rasa syukur setiap kali bangun keesokkan harinya. Sungguh ! Tiada terasa nikmat hidup.

Dosa mulai menjadi teman. Aku terjerumus. Aku tercampak di satu 'lembah' yang penuh dengan kejahatan. Penuh kotor. Jijik lagi hina. Tidak pernah aku terfikir untuk menghabiskan sisa hidup dengan melakukan dosa. Pahala? Langsung tidak pernah terlintas dibenak. Yang aku tahu, dosa yang ku lakukan semuanya 'biasa'. Masya Allah.

Namun, disaat masih melakukan dosa dan kemungkaran kepada Allah swt, DIA tidak pernah melupakan makhluk istimewa ciptaan-NYA. Rezeki demi rezeki aku terima. Umur makin dipanjangkan, nikmat dunia masih diberikan, ruang dan peluang banyak dibukankan untuk aku. Tetapi, aku masih belum menyedari akan semua itu. Aku masih leka, lalai.

Maka, dengan takdir Allah swt Yang Maha Berkuasa. DIA memberikan aku akal untuk berfikir. DIA memberikan aku situasi dimana aku boleh berfikir. DIA mencampakkan aku rasa kesedihan. Kesedihan dan rasa tidak tenteram dalam menjalani hidup. Hari-hariku penuh dengan ketakutan. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati setiap hambaNYA.

Disaat hati mula berfikir untuk menjadi lebih baik, Allah Maha Mendengar. DIA telah berikan aku orang-orang sekeliling yang baik dan beriman. Subahanallah ! Jiwa aku sentiasa bergetar setiap kali teringatkan kisah silam. Kisah yang tidak mungkin dapat dipadam seperti memadam kesan pensel pada kertas. Ia adalah parut yang paling dalam untuk diubati. Hanya taubat dan sabar sebagai ubatnya.

Tetapi, semua itu bukan mudah untuk diubati. Hati yang meronta-ronta ingin kembali kepada fitrah seakan-akan disekat. Mengapa? Mengapa? Aku tercari-cari jawapan sehingga suatu ketika. Aku membuka kalam Allah swt. Aku cuba membacanya. Lama.....

Aku tidak tahu membaca ! Aku teringat akan bagaimana teman-teman lain bersolat. Aku cuba mengambil wuduk yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu betul atau tidak caranya. Aku menghampar sejadah. Berdiri tegak sambil mengingati niat yang harus ku bacakan sebelum bermula. 2 minit... 3 minit... Ahh! Bahasa arabnya sahaja aku tidak tahu ! Aku teringat ustazah di sekolah satu ketika dahulu pernah berkata, “Bahasa melayu pun boleh”. Barulah aku membaca niat.

Aku mengangkat takbir. Air mata jatuh menitis. Aku tidak tahu bagaimana bacaan dalam solat ! Aku tidak tahu aku seperti apa dihadapan Allah swt ketika itu. Aku merasa hina. Aku terduduk di atas sejadah. Aku menangis. Menangis. Dan terus menangis...

Bersambung..

Mac 23, 2012

ISTIMEWA UNTUK IBU-IBU COMEL !!

Salam....
Entri khas untuk ibu-ibu yang mahu berjimat dengan lampin pakai buang !
Kini ada lampin yang boleh basuh, mudah pakai dan comel lagi...
Banyak pilihan warna juga menjimatkan wang...
Bayangkan ..... Dalam 3 tahun beli lampin pakai buang boleh belanja dalam RM3500..
Tapi dengan FILIA CLOTHDIAPERS hanya belanja dalam RM1000-RM2000 dalam masa 3 tahun !
Jimat kan ???
Lagi......boleh recycle untuk anak yang seterusnya...
Haaa.... Siapa kata tak berbaloi beli ??? Sangat berbaloi...



Menjaga alam sekitar bukan ?
pakai pun senang....


Comel kan ? Kalau lampin pakai buang, pasti tak menarik... :)

Macam mana ?? 
Berminat...
Jika berminat boleh lah ke page FB Filia Cloth Diapers ni..


Ready stock !
Cara-cara order bole tanya di wall FB atau PM sahaja...
Bila lagi nak JIMAT !

angry bird pom ada !


Ready stock !


APA TUNGGU LAGI ...
JOM BERALIH KEPADA FILIA CLOTHDIAPERS !

Mac 13, 2012

NOTA UNTUK DIFIKIRKAN


Bercinta bertahun...

Berkahwin dengan orang lain...

Siapa jodoh ? 

Yang bercinta bertahun tadi atau yang telah dikahwini ?

Yang telah dikahwini itu adakah seorang perampas dari yang bercinta tadi ?

Manusia.......

Boleh buat teori yang pelbagai...

Sedangkan rahsia jodoh itu Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Boleh jadi yang dikahwini kekal, boleh jadi sebaliknya dan kembali kepada yang dicintai semula tadi...

Atau boleh jadi keduanya...

Terang bukan ? Bukan manusia yang menentukan semuanya...

Semuanya atas kuasa Allah SWT...

 


Mac 12, 2012

HIJAB YANG MENGHALANG HIDAYAH !

1. Jahil

••►Disebabkan keperluan Ilmu untuk mencapai hidayah, maka Ahli Sunnah mewajibkan menutut ilmu di atas setiap muslimin dan muslimat

2. Bid’ah

Amal soleh yang kita kerjakan mesti selari dengan dengan 2 syarat:

••►Demi Allah SWT dan suci daripada Syirik

••►Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian, semua amalan yang tidak pernah Rasululah SAW lakukan pasti Allah SWT menolaknya tanpa diragui.

3. Dosa-dosa besar yang berkaitan batin

••►Orang yang memilki sifat-sifat rohani yang keji atau sifat-sifat mazmumah seperti Takabbur,hasad, ujub, bangga dengan diri. sendiri, bakhil, melakukan perkara sia-sia serta perbuatan berzina, minum arak, mencuri dan sebagainya daripada kategori sifat-sifat mazmumah, maka pemilik kepada sifat-sifat tersebut sebenarnya adalah manusia yang terhalang daripada mendapat Hidayah Allah SWT, walaupun pada zahirnya dia seorang yang berpakaian Islam setiap hari

4. Perbuatan dosa besar secara luaran atau tindakan

••►Orang yang berusaha kearah mencuri sesuatu secara bijak seperti melalui akaun dan projek-projek kerajaan, pengusaha yang mencari arak dan lain-lain usaha kearah mendapat dosa-dosa besar. Semuanya pasti terhalang daripada mendapat hidayah Allah SWT, walaupun disertai dengan taubat.selagi pakaian dan segala kemudahan hidupnya berhasil daripada perkata haram pasti dia bukan dari golongan yang mendapat hidayah Allah SWT, begitu juga daging tubuhnya yang sebesar zarah yang terhasil daripada makan haram tidak dibunag daripada tubuhnya, pasti Allah SWT menolak Taubat Nasuhanya, Haji dan Umrah yang Ikhlas, solat dan Puasa yang sempurna, sedangkan tubuh yang berada di atas sejadah adalah Tubuh dan Tulang yang bercampur dengan perkara-perkara haram pasti Allah SWT menolak amalan dan doa mereka

••►Lelaki memandang aurat perempuan adalah zina mata ianya merupakan zina kecil, jika perbuatan ini berterusan boleh menyebabkan dosa besar.

••►Memandang sesuatu dosa adalah perkara remeh dan kecil seperti perbuatan merokok

••►Merasa selesa dengan dosa dan berbahagia dengan perbuatan dosa, perasaan selesa dengan dosa adalah lebih bahaya daripada melakukan dosa

••►Melakukan maksiat secara sembunyi tetapi berulang melakukannya

5. Memandang remeh dosa kecil

••►Dosa-dosa kecil yang telah sebati dengan kehidupan harian, kerana orang-orang mukmin tidak akan merosakkan amalan atau perbuatan soleh kepada Allah SWT dengan dosa-dosa kecil, kenapa kita harus merosakkan nasi yang kita makan dengan najis seperti tahi ayam.

6. Syirik kepada Allah yang kita tidak sedar

••►Zaman moden begini syaitan telah menggunakan segala kecanggihan IT dan Teknologi untuk merosakkan pandangan mata dengan nikmat berzina melalui mata, mulut berzina melalui perbualan-perbualan lucah dan lain-lain kecanggihan yang telah merosak kehidupan manusia segala-galanya syaitan baluti dan hiasi dengan seni ukiran syaitan.

Dan (ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya[464] kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik: "Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan (sekutu-sekutu) Kami?."

[464] Semua makhluk Allah yang mukallaf.

Kemudian tiadalah fitnah [465] mereka, kecuali mengatakan: "Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah".

[465] Yang dimaksud dengan fitnah di sini ialah jawaban yang berupa kedustaan.

Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan.
(Surah Al An'aam,ayat 22,23,24)

7. Berlebih-lebihan dalam perkara yang diharuskan seperti memakai pakaian yang diharamkan.

••►Perut yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram. Pasti segala tenaga dan kudrat tubuh yang bersumberkan perkara haram tidak akan dapat memancarkan Cahaya dan Tenaga Allah SWT yang suci murni

8. Bencana yang diterima menyebabkan dia melakukan kelalaian.

••►Hidup yang dipenuhi dengan kelalian. Lihatlah setiap hari aktiviti tidak menuju ke Rumah Allah SWT, Setiap hari kita tidak rindu kepada wajah Allah SWT, kita penuhi perbuatan sia-sia sehingga kita menipu diri kita dengan dikir barat Islam , piala bola dunia Islam, nyanyian dan nasyid Islam, Al-Quran dibaca berserta muzik secara Islam, sukan berbentuk Islam dan sebagainya kita cuma namakan segala ciptaan kita dengan Islam , lalu kita berdoa kepada Allah SWT agar amalan yang kita ciptakan mendapat pahala disisi Allah SWT

9. Terlalu fanatik kepada budaya dan adat yang tidak membawa keuntungan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW

••►Menjadikan budaya dan adat kita sebagai ibadat kepada Allah SWT, kita sanggup katakan permainan wau,dikir barat dan sebagainya adalah satu ibadat. Sesungguhnya kita tidak segan dan silu memaksa Allah SWT menerima permainan budaya kita sebagai ibadat, sedangkan sunnah Rasulullah SAW telah Allah SWT Nobatkan sebagai Ibadat dan Allah SWT telah janjikan sunnah Rasulullah SAW akan tetap diberkati sehingga Hari Kiamat
10. Golongan yang Cintakan perkara-perkara berikut :
  • Kepentingan peribadi.
  • Syaitan.
  • Dunia
  • Hawa Nafsu

••►Telah membudayakan manusia agar segala kemudahan nikmat dunia dan pancaindera yang Allah SWT kurnikan benar-benar tidak digunakan untuk Allah SWT, malah dengan tidak segan dan silu maka manusia zaman ini telah melakukannya dengan penuh ketaatan kepada syaitan, segala nikmat dan pancaindera telah dikerahkan kepada program-program berbentuk maksiat setiap saat



Mac 05, 2012

MAJLIS ILMU YANG PATUT WANITA DATANG !



UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN INGIN MENDAFTARKAN DIRI , LAYARI 


AYUH ! SAMA-SAMA BERUBAH UNTUK MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...