Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan

Ogos 16, 2011

MAKAN BELALANG


Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya: 
"Kami berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan di mana kami pernah memakan belalang."
(Hadis Riwayat Bukhari)
**************************************

Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syarak daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari segala macam binatang yang hidup di dalam air. Perkara ini disebabkan suatu keadaan yang tidak memungkinkan kita untuk menyembelihnya menjadikan ia halal dimakan.







Ogos 04, 2011

PAHALA TETAP ADA

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang lelaki berkata : 'Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)



kasutkaripap: Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

SYURGA UNTUK ORANG BERPUASA

Daripada Sahl bin Sa'ad berkata: 
Bersabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: 'Dimanakah orang “ orang yang telah berpuasa?' Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
**************************

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. 

Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. 

Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.




kasutkaripap: semoga ibadah puasa kita kerana Allah swt dan bukan kerana niat lain..

KEMBALI KE ASALNYA

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya: "Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan). "Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:"Assalamualaikuma" (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:"Assalamualaika warahmatullah" (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah: "Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang."
(Hadis Riwayat Muslim)
*********************************

Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. 
Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. 

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " 
(al Bayyinah:4-6).





kasutkaripap: jika kita hargai diri sendiri bermakna kita mencintai Allah swt. kerana kita adalah makhluk yang dijadikannya dengan begitu sempurna...sanggup kah kita merosakkan tubuh kita sedangkan Allah telah jadikan kita dengan begitu baik??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...