November 28, 2010

BAKTERIA ATAU........

Peristiwa terjadi di kala Bidin dan Bedah keluar bersama di hujung minggu.......

Bidin : Busuk la baju I ni Bedah....

Bedah : Mcm mne tak busuk..U tak basuh 4 minggu! klu kuar dgn I jer, asyik2 baju ni..nampak sangat tak basuh.

Bidin : Ala...I basuh la..tapi masih busuk..bau baju tak jemur bawah matahari. Cuba bau..hapak! Ini semua di sebabkan bakteria...

Bedah : Bakteria?? yeke....

Bidin : Yela...I tau la..sebab tak jemur bwh matahari la baju ni bau hapak. Ada bakteria ni.

Bedah : Ehh U ni..tu bukan bakteria laa.....Itu YIS!!

Bidin : huh??? YIS??? yeke..

Bedah : Iyeeeeeeee............(yakin dan selamba)

Bidin : Woi!!!! Mentang2 I budak sastera U cuba nak kelentong I ye! I belaja sains juga msa sekolah menengah. Siap dapat A+ lagi..I tau la Yis tu ada kat roti..tak kan la ada kat baju..

Bedah : Eh?? tau rupanya....hhahahhahahahahhhahhaha.................ingatkan tak tau!!!!!! (Bedah terus mentertawakan Bidin dgn selamba sampai terbatuk-batuk)

Bidin pula menjadi bengang kerana hampir termakan kelentong Bedah! nasib baik la Bedah tu awek yg die sangat sayang...keekekekke......

November 26, 2010

JIKA SAYA TAK MAMPU PAKAI MINI COOPER! -tribute to Sukma Bintara-

kalau la saya tak leh pakai mini cooper..kete2 berikut adalah pilihan hatiku!
cuteeeeee...hahaha...

ini kelisa


ini suzuki swift


kalau yg atas ni pon x dpt pakai, pilihan terakhir adalah....................














ATOS!!!!!!!! hahahahaha.......







p/s: kekasih ku berkata: atos hodoh la..mcm labi2! hahahhahahaha..mesti beliau bengang tgk kete ni..kekekeke






November 23, 2010

Quran, Telekung & Sejadah



Seorang gadis sedang duduk berteleku di atas sejadah. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan membaca surah Yassin.
Kelihatan dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan. Dia tenang. Dia tidak pernah merasakan ketenangan sebegitu sebelum ini.
Dari raut wajahnya, si gadis tampak ayu mengenakan telekung.
Si gadis termenung seketika. Dia teringat dosa-dosa silam yang pernah dia lakukan. Perlahan-lahan kelopak matanya berair. Dia menarik nafas lagi. Kali ini lebih dalam tarikan nafasnya dari sebelumnya.
Dalam hatinya terdapat keyakinan bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kelihatan sedikit senyuman di bibir manisnya.
Si gadis termenung lagi. Dia melihat telekung yg di pakainya setiap hari untuk menunaikan solat. Ia adalah pemberian daripada ibu kepada sahabat baiknya satu ketika dulu. Si gadis mula merasa sayu. Dia mengalihkan pandangan pula pada Al-Quran yg masih dalam pelukannya.
Al-Quran itu juga adalah hadiah khas untuknya dari seseorang yg dia panggil 'umi'. Hatinya makin sayu dan setitik demi setitik air matanya jatuh ke bumi.
Si gadis memikirkan ibu dan ayah kandungnya di kampung. Solat kah mereka seperti aku? Kata hatinya.
Betapa dia merindui keluarganya di kampung namun ada sesuatu yg menyebabkan dia tidak mahu tinggal di situ.
Si gadis tunduk. Dia merenung pula sejadahnya. Dengan tidak semena-mena air matanya semakin berderai deras. Si gadis perlahan lahan menarik sejadah itu dan memeluknya.
Sambil hatinya berkata, "Ibu, sejadah ini anak mu telah guna dari kamu mengajar aku solat dahulu. Dan kini aku masih menggunakannya"...Tangisan si gadis semakin kuat sambil memeluk sejadah yg pernah digunakan oleh ibunya itu..

November 20, 2010

WAITING FOR THE END


This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
Thats invisible there,
Cuz we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts we're spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,

I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
Thats invisible there,
Coz we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear
(Holding on to what i haven't got!)



kebanyakan buah manis bermula dari putik yg masam, kelat atau pahit.
setiap kejayaan yg gemilang pula selalunya bermula dgn kepayahan,kesengsaran, kegagalan dan cabaran yg hebat.
begitulah proses alam.......
semakin pahit dan seksa sesuatu pengalaman,
semakin nikmatnya manis kejayaan!

November 18, 2010

GAMBARAN HARI KIAMAT

Entri ini dpt dr inbox email sy..yg difoward..drpda org lain..jadi sy mau kongsi ngn kwn2 juge~~
.
.
.
.
.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.




Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




sumber: Amar Sufi

LEBUHRAYA DAN PAPAN TANDA JALAN

kami sesat....

highway mane tah....

mental tgk lampu yg bnyk dan tiada apa pun di kiri dan kanan jalan tu...

mental tgk lampu2 bangunan dr atas highway tu...

bukannya berkata "wah, indahnya KL di waktu malam kerana bnyk lampu"...

tapi sebaliknya " ahh..mentalnya tgk bangunan kat bwh ni sedangkan kat sini satu bangunan pon xde!"...

lalu tol 5 6 kali....

habis RM10...

akak tol entah perasan entah tak kitorg dah byr tol bnyk kali...

itu highway.....kes papan tanda jalan...

sekejap jumpa papan tanda kata g kiri....

kejap lagi kata jalan terus...

kejap lg jumpa 500m exit di hadapan..

tapi satu exit pun x jmpe...

cth: KL-Seremban 500m di hadapan..

cari punya cari exit tu tetibe kat papan tanda tulis "Exit ke Pelabuhan Klang"..

klu org2 yg mmng tak biasa ngn KL mesti la dah pening kepala kan....mcm kitorg...

2 jam sesat sudah cukup! cukup utk buat kitorg trauma tgk highway dan papan tanda jalan...

sungguh! lepas ni klu g memana pastikan jalan jgn nk ikut flyover je..kan dah SESAT!








p/s: Alhamdulillah..tidak berlaku apa2 kemalangan mahu pun sebarang pergaduhan..semuanya kerana SABAR =)

KACAU

Bila kita buat kerja...benda dah biasa kita buat..tetiba je ada org yg kacau kerja kita..
arah kita itu ini...sedangkan sebelum ini dia tak ambil peduli pun...ahh!



ini memang kacau......


ko sape? aku sape?



kita sama je kan..cuma ko lama sikit keje dr aku...


perlukah ajar aku mcm mana nak potong selofon tape??
macam mana nak kunci pintu??
macam mana nak tekan suis lampu??


klu betul nk bg contoh ko dah lama keje dr aku....tak boleh ker tunjuk dgn baik??
mana budi bahasa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ENTAH LA!! AKU PUN TAK TAU JAWAPANNYA...
AKU SIMPULKAN...PERANGAI NGKO MEMANG MCM NI KOT!!!

November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua umat Islam di dunia...

Kalau makan kuih raya jgn sampai gigi rosak!!
Jangan tiru aksi gambar di bawah ye!




Maaf zahir batin =)

November 15, 2010

Kasut Karipap Mengembara (Part 2)

Ini adalah sambungan entri sebelum ini...before ni ada part 1..ok..skrg nak sambung part 2 pula..
Ape? Lupa entri lepas...takpe..klik sini bole ngat balik punye....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
  1. Apabila si cucu mendapat pekerjaan: Okay, bila seseorang daripada ahli keluarga dapat pekerjaan, katakan si cucu. Si cucu akan diberikan satu tangkal. Biasanya ia adalah kain putih yg dijahit bentuk empat segi kecil dan didalamnye adalah kemenyan yg telah diasap dan dibacakan tah pa pe. Tangkal ini digelar "simpulan mati". Jangan buang, jangan langkah atau bawa masuk toilet dan jgn hilangkan. Kalau tidak buruk padahnya, kata si pemberi tangkal. Tangkal ni kne bawa selalu. Katanya lagi baik simpan dlm dompet. Jadi tak ilang. So, pada hari pertama kerja..bawa tangkal ini bersama. Di hari pertama anda masuk opis, salam (shake hand) dgn semua orang. Jangan ada sorang pun yg tertinggal anda salam. Pada hari kedua, anda dilarang salam. Sila berikan senyuman sahaja kepada ofismate. Pada hari2 seterusnya, jalani hari dengan biasa kerana tangkal itu sentiasa ada bersama anda. Sesiapa yang tidak mendengar arahan yg anda keluarkan (walaupun keje kuli je) org tersebut pasti tidak akan kelihatan lagi bekerja di opis kamu. Dan ofismate yg lain akan sentiasa tunduk dan patuh pada anda.


Astaghfirullahhalazim..



Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)



Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)


p/s: marilah kita sama2 ingat mengingati bahawa syirik itu adalah dosa yg besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT .

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah al-Nisa, ayat 116)


Jauhkan diri dan segera bertaubat sebelum ajal menjemput. Fikir2kan dan selamat beramal =)







sumber:wikipedia dan pengalaman.


November 14, 2010

sesal

..........kerana mulut badan binasa............






...kenapa???....









..sebab tak jaga lidah....







...terlajak perahu boleh undur....











...terlajak kata???....















...terima PADAHnya!.......menyesal?









......tidak bermakna apa2 sesalan jika sudah dibenci....







...harapan??? ***hhhmmm..........













bila syaitan sudah merasuk jiwa....apa yg dikata semuanya tdk dsedari...iblis ketawa gembira kerana sudah berjaya.....

November 11, 2010

SEKODENG!



Syafiq seorang pelajar sekolah menengah yang nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Dia gemar keluar malam walaupun tinggal di asrama. Namun, dia sangat hebat melanggar peraturan sehingga belum pernah lagi ditangkap oleh warden asrama Ini kerana dia seorang yang sangat licik melarikan dirinya di malam hari. Entah apa saja lah yang beliau buat keluar memalam...

Pada suatu malam, Syafiq sendirian di bilik asramanya. Dia bercadang untuk tidak keluar pada malam itu. Sedang dia dalam kebosanan, dia terfikir satu idea yang sangat gila pada pelajar lain....iaitu menceroboh asrama perempuan. Syafiq mula menyusun strategi. Dia harus mencari seorang rakan 'sekodeng'nya. Dia mula menyenaraikan kaki2 skodeng yg terkenal di sekolah beliau. Akhirnya, Syafiq memilih Che Mat. Seorang kaki buli full time yg terkenal di kalangan junior dan part timer seorang kaki sekodeng. Lengkap! Dan serta merta Syafiq terus pergi mencari Che Mat untuk berkolaborasi dengannya dalam projek terbaru beliau.

Maka, pada suatu pagi yang dingin, termeterai la perjanjian antara Syafiq dan Che Mat untuk melaksanakan projek mereka. Malam khamis bersamaan hari rabu telah menjadi saksi perlaksanaan rancangan yg agak tak senonoh mereka dua bersahabat.
Dengan kepakaran masing2 mereka telah berjaya masuk ke dalam asrama perempuan sekolah mereka tepat pada pukul 11 malam. Mereka mendapat info bahawa ada sesetengah pelajar perempuan suka mandi memalam dan cuci baju memalam buta. Maka, info tersebut menjadikan mereka semakin yakin akan kejayaan projek sekodeng mereka.

Malam pertama projek berjalan dengan lancar. Setiap kejadian yg mereka lalui mereka kongsi bersama. Ape yg seronok ntah. Sehingga lah pada suatu malam....malam terakhir Syafiq dan Che Mat kelihatan berkeliaran di kawasan sekolah...

.............................................................................................................................................................

Malam itu seperti biasa, Syafiq dan Che Mat bercadang ingin melaksanakan projek mereka. Berbekalkan lampu suluh mereka mulai menyusup masuk ke kawasan asrama perempuan pada pukul 11.30 malam. Pada masa ini, biasanya sesetengah pelajar ada yg masih nak mandi dan basuh baju tanpa pengetahuan warden yg suruh tutup lampu bilik pukul 11 malam. Syafiq mengarahkan Che Mat utk cepat kerana bimbang ada yang melihat mereka. Dengan pantas, mereka sudah berada di bangunan asrama. Kali ini, mereka mahu menyekodeng pelajar pompuan mandi di tingkat paling atas sekali kerana sudah bosan melihat pelajar2 pompuan di tingkat bawah.

Dalam beberapa minit saja, mereka berdua sudah berada di tingkat atas. Entah ilmu apa mereka guna. Syafiq mula mencari jalan untuk naik ke atas loteng tandas dan mencari ruang2 untuk merangkak masuk. Setelah jalan rahsia ditemui, Che Mat dan Syafiq mula memanjat dan merangkak mencari port yg sesuai. Kedengaran bunyi air yg baru dipasang dari salah satu bilik air menandakan seorg pelajar perempuan baru saja mula mandi.

Kedua sahabat itu mempercepatkan gerakan mereka untuk sampai ke bhgian ats bilik air tersebut. Berbekalkan kebolehan dan kebijaksanaan masing2 mereka berjaya berada betul2 di atas siling bilik air pelajar yg mandi itu. Tanpa membuang masa mereka mula mengintai melalui celah2 papan yang sudah berlubang sana sini. Mata mereka mencari cari tuan punya badan yg mandi memalam buta itu. Beberapa saat mencari mata mereka tertangkap satu jasad yg bg mereka sangat cantik walaupun ianya membelakangi mereka.

Perempuan itu berkulit putih dan berambut panjang paras pinggang. Wanginya juga sangat harum. Mereka terbuai sejenak. Mulut mereka ternganga, menunjukkan betapa mereka kagum dgn ciptaan Tuhan. Sedang mereka asyik memerhatikan perempuan itu, tiba2 perempuan tersebut berpaling dan melihat ke arah Syafiq dan Che Mat sedang mengintai. Mereka berdua menjadi panik dan kaku. Wajah mereka berdua bertukar menjadi pucat dan badan menjadi seram sejuk..kedua mereka tergamam, ingin lari tetapi kaki seperti di kunci..dan malam itu, menjadi malam terakhir mereka melakukan kegiatan sekodeng pelajar pompuan mandi dan serta merta menjadi hari terakhir mereka dua bersahabat berada di sekolah tersebut.

Tiada siapa pun yang tahu mereka pindah ke mana dan apa yg telah terjadi kepada mereka berdua.


...........................................................................................................................................................

Perempuan itu sangat cantik. Kulitnya putih dan rambutnya panjang sehingga paras pinggang. Baunya juga sangat wangi. Membuai sesiapa sahaja yang menghidunya. Perempuan itu menyanyi kecil sambil mandi. Suaranya agak merdu walaupun kedengaran perlahan.

Tiba2 perempuan itu berpaling ke arah Syafiq dan Che Mat yang sedang mengintai. Dengan serta merta, wajah yang cantik telah bertukar menjadi sangat hodoh! Kulit mukanya sudah terburai. Isi2 pipi jatuh ke lantai dan ia menyeringai sehingga menampakkan gigi taringnya.

Ketika itu Syafiq dan Che Mat menjadi kaku. Wajah menjadi pucat lesi dan seluruh badan menjadi seram sejuk.

Kemudian..........mereka sedar.......kedua mereka sudah berbaring di atas katil di rumah masing2 selama 3 bulan.......................................................................................................



P/S: Imaginasi kasut karipap semata-mata. Watak tidak ada kena mengena dgn sesiapa. Jika ada ia hanya lah satu kebetulan.


AKU PELAKON DAN DUNIA INI ADALAH PENTASKU!

Sedar atau tidak...kita adalah pelakon....dunia adalah pentasnya...
Skrip??? Kita sendiri buat la...melainkan 'pak turut' itu lain cerita...ikut skrip org lain dan gerak geri org lain..copyright! yes...tepat! copyright..

Setiap hari adalah episode...setiap jam, minit, saat adalah babak2....
Jadi selama kita hidup adalah satu filem!
Siapa yg menontonnya?? Siapa 'pengarah' yg akan berkata 'cut'? Dan siapa yg akan menamatkan cerita atau lakonan kita.......fikir la....

Pasti la DIA...yg telah memulakan dan pasti DIA juga yg akan mengakhiri semuanya....

Tanya diri...lakonan kita sempurna kah di dunia ini? Adakah kita akan jadi 'pelakon terbaik' selepas kehidupan di dunia ini? Atau menjadi 'pelakon yg terteruk' ?

Adakah kita pelakon yg akan bersenang lenang selepas layar dunia ini?
Bagaimana mahu mendapat kehidupan senang lenang selepas layar dunia?
Jawapannya mudah saja..... jadi lah pelakon yg berwatak baik, menyusun cerita sendiri dgn baik dan berada di landasan yg betul....
Bagaimana mahu menjadi pelakon berwatak baik? Adakah kita perlukan 'bakat'??
oh tidak......'bakat' tidak perlu..kerana...kita telah dicipta sebagai pelakon yg sngt sempurna!

--Perlukah berlakon selepas episode layar dunia tamat?
--Apa ciri2 umum pelakon yg teruk dan akan susah selepas tamat episode layar dunia?
--Apa itu? Apa ini??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bersambung....
(ada yg tersirat disebalik yg tersurat)



p/s: kasut karipap tulis apa yg dia rasa nak tulis...sebab kasut karipap juga adalah pelakon yg sama dgn korg..penulisan ini juga sebahagian lakonan kasut karipap di dunia ini...jadi, terpulang la dgn pembaca..mahu terima atau tidak..kamu berhak! mahu kritik? kritik la..semua ini takde kne mngene dgn mana2 individu tertentu..ia berlaku spontan..sebab "INI SEBAHAGIAN DARIPADA SKRIP/JALAN CERITA KASUT KARIPAP DI PENTASNYA SENDIRI"..

November 09, 2010

TA-TA-BAHA-SE....tatabahasa

Watak I:
Aiman-pekerja sebuah makmal di universiti yg diberi nama sempena nama bapa kemerdekaan negara kita.

Watak II:
Pensyarah-seorg yg berumur lingkungan 40-an, bukan warganegara Malaysia, lbih kurang 5 thn keatas tinggal di Malaysia, fasih berbahasa Malaysia.

Lokasi: Makmal

Masa: opis hour


..........................................................................................................

Pensyarah : Awak pekerja baru di sini? Bila kamu mula bekerja?

Aiman: Ye..sy baru lagi..sy baru start keje minggu lepas. Dah lebih kurang 2 minggu.

Pensyarah: Awak dulu belajar di mana?

Aiman: Dulu sy belajar DEKAT upm...

Pensyarah: DEKAT upm? DEKAT upm atau DI upm?

Aiman: hah?? betul la...sy belajar kat upm...

Pensyarah: Awak tidak boleh tipu saya. Saya belajar bahasa malaysia. Saya sudah lama tinggal di sini, malaysia..dulu saya mengajar DI uniten. (tibe2 bersuara tinggi)

Aiman: erkk......saya belajar DI upm..

Pensyarah: Haaa...itu baru betul. Kamu tidak boleh menipu saya. Saya belajar bahasa. Saya mengajar di uniten 3 tahun. DEKAT dengan upm..itu baru betul...

Aiman: eerrr.....ye..ye...saya belajar DI upm. Baru kerja sini lepas habis belajar..

Pensyarah: DI upm lain kali...bukan DEKAT upm...uniten baru lah DEKAT upm...

Aiman: errr....ye..ye...(sengih saje)

.......................................................................................................


p/s: hahaha...padan muka si Aiman..nama je spm A1 BM, tapi tatabahasa hancus...(sbb dah biase gune bhse pasar maciam ini)..hahahha....kan dah malu ngn org lua...org lua pula yg betulkn tatabhsa kte...

November 08, 2010

KENAPA SAYA MAHU JADI KANAK-KANAK SEMULA?


saya ada sebab sendiri kenapa saya mahu jadi kanak2 semula di zaman siber ini :

1- Saya boleh mandi kat public tanpa baju..saya tak malu sebab sy budak lg...
2- Saya boleh nangis kuat2 kt public minta mak belikan teddy bear..sy tak malu..sbb sy kanak2 lg
3- Saya mahu jadi kanak2 zaman sekarang..bole demand baju cantik2..sbb dulu2 saya tak leh demand..walau kepala botak kne pakai gaun jg sbb mak dah beli..x comelnye..
4- Saya mahu jadi kanak2 zaman skrg sbb skrg ade kamera besa2 yg digital..tak payah beli kodak dah..jd sy bole pose comel2...
5- Saya bole buat fesbuk masa umur sy 7 thn dan pasti dah bnyk hasil ternakan sy dlm kebun2 fesbuk menjelang umur skrg....wah~lumayan!
6- apa lagi ea?? nanti la sy sambung....sy nak g bilik termenung jap...fikir! hahahaha...








p/s: kasut karipap bole membesar kalau tuan yg pakainye kaki makin besar~~kekekeke..

November 05, 2010

INGAT SAYA TAK?

Bila awak tgh sunyi...takde sape nak berbual dgn awk..
Awak ingat sy tak??

Bila awk tgk cite katun sorg2...takde sape duk tepi awk tgk sekali...
Awak ingat sy tak?

Bila awk makan ayam goreng dgn kawan2 awk....bergelak tawa dgn mereka..
Awak ingat sy tak?

Bila awk naik bas sorg2...takde sape kt tepi awk yg awk bole kcu tidurnye...
Awak ingat sy tak?

Bila awk dgr lagu kenangan kita kt pasar malam...
Awak ingat sy tak?

Bila awk tgk pasangan, wanitanya berjubah/berbaju kurung dan jejakanya hanya berseluar jeans T-shrt biasa....sedang awk berjalan seorg diri...
Awak ingat sy tak?

Bila solat....dalam doa awak....
Awak ada DOAKAN sy tak?

.............................................................................................................................................

November 04, 2010

CERITA SEEKOR KUMAN

Cerita Seekor Kuman...
Kasut karipap tak tau la sejak bila cite nie wujud kat alam maya nie...
tapi.....
cerita die cool!
kreatif!
memang sempoi ar...
kalo nk tau cite nie cne....
tgk la kt vdeo bwh nie..
nie episode 1 part 1
episode lain cari sendiri ye!!

selamat menonton...dan Sam Kuman cool laaaa =)









JELITA VS TAMPAN

Jelita bermaksud cantik...
Kejelitaan pula bermaksud perihal kecantikan seseorang..
Jelita sering di kaitkan dgn wanita..
anda berpendapat bgimana? adakah lelaki juga boleh dikatakan jelita?

Tampan...
Tampan pula bermaksud elok paras rupa, cantik,kacak,segak (rujukan klik sini)..
Ketampanan pula bermaksud perihal tampan,kecantikan dan keelokan seseorg..
biasanya tampan dikaitkan dgn lelaki... adakah wanita boleh dikatakan tampan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tampan dan jelita mempunyai maksud yg sama bukan?
Cuma...perkataan 'tampan' dan 'jelita' berbeza utk membezakan mana utk wanita dan mana satu utk lelaki...
Jadi....tidak salah sbnrnye klu kte kata wanita itu tampan dan lelaki itu jelita..sbb kedua2 mksudnya adalah sama iaitu 'lelaki dan wanita itu elok paras rupa'....setuju??
tapi..ini menurut pandangan kasut karipap je....

dalam karangan/bina ayat mengikut tatabahasa yg betul..jgn memandai ikut ayat2 di atas ye! kang cekgu marah kasut karipap tak nak bertanggungjawab =)

sampai jumpa lg bersama cikgu tatabahasa :: Cikgu Karipap..hehe





Soalan cepu emas :
Gambar di atas dalam kategori ape??
A. Tampan
B. Jelita
C. Elok paras lupa
D. Chantek
E. Tiada jawapan di atas




ahhahahahahahhahaa.............

ESOK

esok adalah Deepavali..
selamat menyambut pesta cahaya kepada yg menyambut..

esok otomatik adalah hari cuti..
hari cuti...
hari rehat..
pasti seronok jika ke Jalan Masjid India esok..

ape ade kat sne?
sebab nama jalan die ada india..
so...sesuai la ngn sambutan Deepavali kan?

jadi...
esok nk buat ape??
aktiviti menarik yg boleh di lakukan seorg diri?
yg x perlu berbelanja lebih..
yg puas kan hati..

atau.....
duk umah je tdo!
hbis cerita.....


- ingin tidur lena seperti bayi sambil memeluk bantal busuk -



-tamat-

UNTUK PEREMPUAN

JANGAN mengejarnya
JANGAN mencarinya
Dia yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat

JANGAN mengejarku dan JANGAN mencariku
Aku yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat

TIDAKLAH MAWAR HAMPIRI KUMBANG
BUKANLAH CINTA BILA KAU KEJAR
Tenanglah tenang dia kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam
Bahkan dia takkan bertahan tanpamu

Sibukan harimu jangan fikirkanku
Takdir yang kan menuntunku
Pulang kepada mu
Di hari yang tepat

TIDAK LAH MAWAR HAMPIRI KUMBANG
BUKANLAH CINTA BILA KAU KEJAR
Tenanglah tenang aku kan datang
Dan memungutmu ke hatiku yang terdalam
Bahkan ku takkan bertahan tanpamu

AKU YANG KAN DATANG..
Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
(menghampirimu)


SO7 - Untuk Perempuan



K.I.T.A

Disaat kita bersama
Diwaktu kita tertawa
Menangis merenung oleh cinta

Kucuba hapuskan rasa
Rasa dimana kau melayang jauh
dari jiwaku juga mimpiku

Biarlah biarlah hariku dan harimu
Terbelenggu satu lewat ucapan manismu





Dan kau bisikkan kata cinta
Kau telah percikkan rasa sayang
Pastikan kita seirama
Walau terikat rasa hina

Sekilas kau tampak layu
Jika kau rindukan gelak tawa
yg warnai lembar jalan

Kita reguk dan teguklah
mimpiku dan mimpimu

Terbelenggu satu lewat
ucapan janjimu

MIMPI



'Nightmare ! '






















Nota kaki : Mahu tidur tanpa mimpi ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...