Ogos 05, 2010

Kasut Karipap Mengembara (Part 1)


Hidup berlandaskan agama dijamin bahagia sepanjang hayat..di dunia mahupun akhirat.
Islam adalah agama yg suci. Sesiapa yg benar2 menghayati dan mengikuti ajaran Allah SWT, pasti terjamin hidupnya.
Jiwa sentiasa tenang, semua perkara menjadi mudah (dgn izin-Nya) dan sebagainya. Seperti mana kita mengasihi NYa pasti Dia akan membalas setiap amalan baik kita padaNya. (insyaAllah)..

Sebuah negeri yg aman damai...mempunyai penduduk yg berbilang bangsa dan agama..
Ada yg mengaku memeluk Islam..tapi tiada amalan Islam yg dilakukan...
Sebuah kg yg mempunyai surau..mengakui seluruh penduduk kg beragama Islam..tetapi, di saat merayakan Hari Raya sahaja surau dipenuhi dgn manusia2 yg mengerjakan solat sunat hari raya...

Mengapa jadi begini??


Penduduk kg masih mengamalkan adat turun temurun..mengakui sejak dulu memeluk agama ISlam namun masih mengekalkan adat..kata mereka 'Biar mati anak, jgn mati Adat'...
Adat???
Adat mereka masih menggunakan tangkal, upacara tertentu utk tujuan tertentu tetapi mengaku menyebut nama Allah dalam setiap upacara itu.. Astagfirullahalazimm...

Agak seronok utk berkongsi adat ini..mungkin bole ambil pengajaran atau pandangan tentang amalan2 seperti ini..yg sama sekali menyekutukan Allah (walaupun bacaan tertentu menyebut nama Allah). Hanya si pengamal tahu dgn siapa dia meminta pertolongan (si pengamal memberitahu memohon pertolongan Allah setiap kali di tanya) Wallahu alam.....

Antara upacara yg akan dilakukan utk kejadian atau tujuan tertentu :

  1. Ahli keluarga mendapat sakit (demam biasanya) : Salah seorg dari ahli keluarga pasti tahu melakukan upacara atau amalan ini. Dia bertindak sebagai seorg yg kononnya melindungi keluarga jika ditimpa bencana. Janji...melakukan upacara yg entah siapa Tok Guru mereka ajar. Jika cucu sakit (contoh), dia akan diminta duduk di hadapan beliau (si pengamal). Kemudian beliau akan menggengam tgn kanan dan meletakkn nya berdekatan dgn mulut. Kemudian beliau akn mula membaca 'Bismillahirahmanirahim' diikuti selawat keatas junjungan Nabi Muhamad saw sbnyk 3 kali. Selesai itu, menyatakn hajatnya memohon agar demam cucunya disembuhkn. Selepas itu, beliau akan mengambil kemenyan, lalu ditaburkn keatas bara api yg sdg menyala...Lalu, bekas kemenyan tadi akan mengelilingi si cucu sebnyk 3 kali pusingan sambil si pengamal menyebut 'Bismillah'..Selesai meng'asap' cucunya, beliau akan mengambil air minum dan meletakkn sedikit kemenyan yg telah diasap utk diminum oleh si cucu...setelah minum sbnyk 3 teguk, baki air tadi disapukan pada ubun2 smpi ke kaki pada kanan tubuh sbnyk 3 kali dan perkara yg sama pada kiri tubuh. Maka, selesailah upacara tersebut. Esok bgun pagi si cucu pasti akn sihat walafiat. Jika masih demam, air yg telah diletakkn dgn sdikit kemenyan perlu diminum setiap hari sehingga si cucu sembuh....

Bersambung Part 2..

p/s : nnti la kasut karipap sambung..ada bnyk lg nk kongsi..huhu~mengupdate belog di waktu bekerja ..ish3...pesanan kasut karipap..jgn tiru upacara ini...sama sekali salah disisi agama! g spital minta ubat sudeeyyy...pastu tawakal pd Allah =)

1 ulasan:

  1. Manusia selalu melebihkan adat dari agama..men'sekular'kan fizik dan metafizik itu yg menyebabkan ramai dikalangan masasyrakat malaysia khususnya melebihkan agama.Pada hal agama adalah merangkumi semua bukan hanya agama tetapi adalah cara hidup...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...