Jun 30, 2011

MONOLOG #3

" Malu lah pada Allah akibat menangis kerana manusia !!!! Kenapa perlu sedih dan mengalirkan air mata dengan mudah kerana kecewa atau sakit kerana perbuatan manusia, padahal mengalirkan air mata kerana Allah lebih besar maknanya. Malah ia sangat mulia di sisi Dia." Maha Suci Allah.



MONOLOG #2

" Allah swt jadikan kita dalam keadaan suci bersih putih tanpa cacat cela..adilkah kita andai kita kembali pada Dia dalam keadaan kotor ?"


MAAF..



"meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu"

"maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta"






Jun 29, 2011

I BELIEVE



IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
 MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe



Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

***DOWNLOAD MP3:: 4shared SINI.. ziddu SINI ...


Jun 28, 2011

IMAN VS AQAL

Disebalik peristiwa Israk dan Mikraj...
Ia menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah swt...sejauh mana kita mempercayai perkara ghaib..
sejauh mana kepercayaan kita terhadap Rasulullah saw...

Jangan gunakan logik akal semata-mata dalam perkara ini, kerana jika membuat pertimbangan mengikut logik akal, maka kita mungkin akan mendustakan Rasulullah saw. Nauzubillah.

Marilah kita mengikuti semangat Abu Bakar RA yang selalu berada di belakang Rasulullah, membenarkan perkataan Rasulullah dan sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam dan tidak sekali kali mempertikaikannya apalagi memperlekehkan.


Ayuh, kita buang sikap seperti Abu Jahal yang telah mendustakan baginda Rasulullah saw dari kehidupan kita kerana sikap begini akan membawa kita jauh daripada agama Islam yang sebenar. Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu kita. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan melalui jiwa yang suci dan ikhlas.


"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "
(Surah as-Sof ayat 8)



Baca artikel ini. KLIK dan INI...juga INI....dan INI juga..






KEADAAN SEORANG ISTERI DI SYURGA

  1. Jika seorang wanita meninggal sebelum sempat berkahwin dengan mana-mana lelaki maka Allah swt akan menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia. Rasulullah saw telah bersabda " Tidaklah ada di syurga seorang bujang."(HR. Muslim). 
  2. Seorang wanita yang suaminya tidak masuk ke syurga, jika wanita itu adalah ahli syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum kahwin maka salah seorang dari merekalah yang akan menikahi wanita tersebut.
  3. Seorang wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin dan dia termasuk sebagai ahli syurga, dia akan bersama suami yang menikahinya saat ditinggalkan.
  4. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak lagi berkahwin lain, setelah dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.
  5. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian dia berkahwin lagi, maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah berkahwin dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir." dan perkataan Hudzaifah kepada isterinya,"Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalanku. Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia. Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk berkahwin lagi sepeninggalan beliau, kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga."


Wallahua'lam



 (http://forum.islamstory.com)






Jun 27, 2011

GELI GELI PANKREAS

pagi ini..........

pacik : u better pegi sambung study la..buat part time..aiyooo...yooo...

gadis : hehehe...dun want sambung study dis year la unkel (uncle)..

pacik : whyyy ?????? u muda lagi..better u sambung sekarang..aiyaa..

gadis : hikhikhik...i nak kawen dulu la..nanti bila i ambik master nanti itu dowry mahal..kesian bakal suami saya..kekeke..

pacik : hohhh???? kawen?? hahaha...aya..jgn kasi mahal-mahal la dowry...

gadis : kui3...gurau saja la unkel...nanti saya sambung study next year...

pacik : tak apa la..tak apa la..u mahu kawin dulu pun tak apa..nanti i datang lawat u...

gadis : *pipi blushing2* hahahahahhaahhhaa..............



****berlaku penambahan pada teks oleh penulis tapi isi perbualan adalah sama.





kasut&karipap: ahaks..maaf la entri sedikit itchy2 hari ini..tukar mood yang sedikit pelik pagi ini akibat badan tak berapa stabil. huh! tapi.......................hati berbunga-bunga sebab sudah ada panduan untuk perjalanan di masa hadapan. dan semoga ALLAH SWT memudahkan segalanya......... (haha..stop buat spekulasi kawan2..jgn fikir bukan2)

Jun 23, 2011

# 1 : MATA YANG TIDAK MENANGIS



Kisah I :
Pada abad ke-11 tahun hijrah. Tersebutlah satu cerita tentang seorang lelaki. Kerja sehariannya hanya berseronok dan mengunjungi tempat-tempat hiburan. Larut malam barulah dia pulang ke rumah dengan terhuyung-hayang akibat mabuk. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah, lelaki itu mendengar sayup2 seorang penduduk kampung membaca Quran. Ayat yang didengarnya adalah ayat 16 surah al-Hadid.

“Belum sampaikah lagi masanya untuk orang yang beriman, bagi khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Quran) yang diturunkan? Janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang lalu hati mereka menjadi keras dan ramai di antaranya orang yang fasik derhaka.”

Setelah sampai di rumah, sebelum tidur lelaki itu mengulangi bacaan ayat itu dalam hatinya. Tanpa disedari air matanya mengalir, hatinya tiba-tiba berasa takut dan gentar dengan segala dosa yang dilakukannya selama ini. Selepas malam itu, lelaki itu mula mengubah cara hidupnya. Dia mengisi hidupnya dengan mencari ilmu, membuat kebaikan dan mentaati perintah Allah. Lelaki itu adalah Fudhail bin Iyad.

Fudhail kembali ke jalan yang benar dan mengalirkan air matanya kerana menyesali perbuatannya yang lepas. Dengan izin Allah, mata seperti itu termasuk mata yang tidak akan menangis pada hari kiamat.


Kiash II:
Dalam surah Yusuf, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf yang menolak ajakan Siti Zulaikha bagi melakukan perbuatan tidak baik. Akibatnya beliau dipenjarakan kerana menolak permintaan itu. Namun, Nabi Yusuf lebih rela masuk penjara asalkan beliau tidak melanggar perintah Allah. Oleh sebab itu, matanya termasuk mata yang tidak menangis pada hari kiamat kerana terpelihara daripada dosa melihat perkara-perkara yang tidak dibenarkan Allah.


Kisah III:
Ibnu Taimiyah adalah seorang pejuang Islam. Pekerjaannya sehari-hari adalah menyebarkan ajaran Islam, sekaligus menegakkan kebenarannya. Pada siang hari, beliau mengajarkan Islam kepada generasi muda serta mematahkan usaha-usaha cuba menghancurkan agama oleh golongan yang berniat buruk. Pada sebelah malam, beliau membahagikan masa membaca, menulis buku dan mengajar agama Islam. Aktiviti-aktiviti mala mini diteruskan walaupun beliau dipenjarakan oleh pihak berkuasa. Pendek kata, sedikit sahaja waktu tidur Ibnu Taimiyah. Dengan kuasa Allah dan kasih sayang-Nya, jenis mata ini juga tidak akan menangis pada hari kiamat kelak.




# 1 : MATA YANG MENANGIS



Nabi Muhammad saw pernah berkata, “Semua mata akan menangis pada hari kiamat kerana takut kecuali tiga jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takutkan Allah. Kedua, mata yang dipalingkan daripada perkara diharamkan Allah. Ketiga, mata yang tidak tidur kerana mempertahankan agama Allah.”

…………………………………………………………………

Adakah mata kita akan menangis pada hari kiamat kelak ???????????????



JANGAN MALAS !


Malas adalah satu contoh ajakan hawa nafsu. Apabila kita menurut kemalasan ia akan membelit kita sehingga kita menjadi lebih pemalas.

Ada ketika kita menjadikan penat sebagai satu alasan supaya tidak pergi ke masjid. Penyelesaiannya, adalah dengan melawan rasa penat itu. Ketika terlintas rasa malas, kita hendaklah melawan perasaan malas itu dengan tetap mengangkat kaki ke masjid. Pasti, rasa malas itu akan lenyap sedikit demi sedikit, seiring dengan langkah-langkah kita kesana.

“Kemudian sajalah saya berwuduk. Lebih baik saya berwuduk di masjid”. Kita mungkin pernah mengungkapkan atau terfikir seperti ini. Ungkapan begini juga kita perlu lawan! Apabila ketika itu kita tiada halangan untuk siap berwuduk sejak dari rumah, kita mungkin tidak perlu menunggu orang ramai yang hendak mengambil wuduk juga di masjid. Kerana, bagi orang yang berwuduk di rumah lalu bergegas melangkah ke masjid, setiap langkah kita akan menjadi penghapus dosa serta mengangkat darjat kita. Subahanallah.

Apabila kita sudah sampai di masjid, jika timbul perasaan alangkah baiknya berada di tempat yang memudahkan kita keluar nanti, sekali lagi kita perlu melawannya! Ketika kita mampu melawan segala hawa nafsu , kita akan memiliki keperibadian yang tegas dan fokus pada tujuan. Jika mahukan kebaikan dalam solat, kita akan berusaha agar duduk kita tidak menghalang orang lain yang lalu lalang. Lalu kita mencari saf solat paling depan.

Begitu juga dengan zikir. Selepas solat, bagi orang yang kurang tekadnya, dia akan pergi segera selepas sahaja selesai solat. Padahal, zikir tidak memerlukan masa yang lama, maksimum hanya 10 minit. Ketika berdoa, tekadkan sepenuh hati kita menghayati apa yang kita lafazkan kerana setiap zikir-zikir dan doa-doa yang kita ucapkan semuanya akan kembali kepada diri sendiri juga.

Muncul rasa malas dalam mengerjakan ibadah bererti kita sedang dikuasai dengan hawa nafsu. Hawa nafsu sudah merasuk dan menguasai hati kita. Maka, kita harus segera melawan. Ayuh kita bangun dan lawan agar kita menjadi hamba yang lebih taat kepada Tuhan !








kasut&karipap: jangan malas2 ye..malas tu disertai ngan syaitan. tak mau kawan dgn syaitan ok!

Jun 22, 2011

ADIL KAH KITA PADA ALLAH ?

Allah letakkan roh kita pada ibu kita...
Maka lahir lah kita yang suci bersih tanpa secalit dosa..
Allah berikan rezeki dan tambahkan nikmat kepada keluarga kita...
Berkat kelahiran kita...

Allah murahkan rezeki keluarga agar kita mampu di berikan pendidikan oleh kedua orang tua kita...
Allah permudahkan hidup kita..membesar tanpa sebarang masalah..sihat walafiat...

Kemudian kta melonjak ke alam dewasa...
Akal dan fikiran yang Allah kurniakan kepada kita sangat istimewa..
Namun, kita sendiri telah tunduk kepada nafsu !

Allah berikan kita nafsu kerana Dia tahu, makhluk hebat ciptaan-Nya mampu mengawal nafsu..
Tapi, bila kita sudah menjauhi Allah..
Kita tunduk pada nafsu..
Kita lalai dan hanyut dalam keindahan duniawi..

Tetapi...Allah masih berikan kita nikmat..
Kita masih terus hidup senang dari hari ke hari...
Walau kita tidak solat...
Walau kita masih membuka aurat...
Walau kita tidak mengikuti ajarannya..
Walau lidah hanya mengakui Allah namun hati tidak sepenuhnya pada Allah...
Allah tetap bagi kita nikmat hidup...
Allah beri kita keputusan peperiksaan yang cemerlang...
Allah beri kita kerja yang bagus..
Allah temukan kita dengan pasangan yang baik...
Allah permudahkan kita membina keluarga...
Malah Allah tambahkan lagi rezeki kita setelah mendirikan rumah tangga......

Tetapi kita?????
Apa kita buat untuk Allah ???
Sedangkan Allah hanya mahu kita mentaati-Nya..
Mengikuti segala ajaran dan suruhan agama-Nya..
Sedangkan setiap ajaran dan suruhan-Nya jika kita lakukan adalah semua untuk kita..
Mungkin kita terfikir.."ahh..aku hidup senang juga walau tak solat"...Nauzubillah..
Di dunia memang kita hidup senang..tapi di akhirat ???
Yakin kah kita di akhirat akan diselamatkan dengan kasih sayang Allah ?
Sedangkan kita di dunia pun tidak mengasihi Allah ?

Jadi..marilah kita sama-sama fikirkan..
Apa yang kita sudah lakukan sepanjang hidup kita hingga hari ini...
Jangan katakan "Aku tak dapat HIDAYAH lagi"...
Silap ! Anda silap jika berkata begitu...
HIDAYAH memang milik Allah..Dia berikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya..
Maka itulah..kita kena mencari HIDAYAH Allah !
Kerana Allah Maha Adil kepada setiap hamba-Nya..


Jun 21, 2011

DIMANA KETENANGAN HAKIKI ?


Kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.


Dimanakah kita hendak mencari ketenangan yang hakiki ??
Baca selanjutnya di SINI.



RAGAM

bos lama.........
"haih..macam mana bos nak nilai kerja kita kalau dia pun tak pernah nak jenguk kita keje camne !"
.
.
.
.
.
.
"yeay! bos aku dah tukar. minta2 la lagi bagus dr bos lama."
.
.
.
.
.
.
.
.
bos baru....
"aisehhh....macam2 la bos ni nak minta..nak itu la..ini la...macam2!"
.
.
.
.
.
.
.
.
banyak betul ragam kan ?
semua kita mesti nampak ada saja yang tak kena.
yela..kita orang bawahan.
kita tak tahu orang atasan bagaimana.
orang atasan pula tak tahu orang bawahan macam mana.
maka...bila masing2 dah macam ni..
maka...jadi la macam atas tu..
kenapa jadi macam yang atas tu atau lebih mudah la...kenapa kita banyak bunyi atau rasa asyik tak puas hati je????
>>>>>>>>>>>>>jawapannya: tepuk dada tanya diri..saya pun tak leh jawab..sebab saya pun kadang2 buat ragam juga di tempat kerja..hehe.
apa2 pun...mari muhasabah diri..tujuan kita berkerja..sedar kan diri yang kita ni makan gaji (agaknya kalau kita bos suatu hari nanti, anak2 buah kita yg kat bawah pun akan banyak ragam macam kita juga) dan.....bersikap rasa bertanggungjawab...dan....yang paling penting berkerja KERANA ALLAH SWT. 

salah satu ujian yang paling besar Allah turunkan adalah...........mencari rezeki dari sumber yang HALAL! 
jadi....ikhlas kan diri..ikut saja kemahuan bos..kecuali bos suruh kita buat perkara yang melanggar hukum Allah atau yang tak masuk dek akal.
sekian.

ini bukan gaya penulis ketika tensen ye !


kasut&karipap : situasi di atas adalah situasi penulis sendiri..kerana penulis juga adalah manusia biasa yang banyak ragam. Apa2 pun..penulis akan cuba ber'positif'. tata..

Jun 20, 2011

BIAR BETUL NI ???

hahaha...
ini adalah kenyataannya...
zaman kanak2 saya sudah kembali...
kucing robot biru yang kini 'menghantui' saya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahaha..ini 'DORABASE'..kisah Kuroemon dan rakan2 nya yang gilakan baseball..
kalo susah jumpa buku Dorabase ni bulih baca online kat SINI.

buku DOrabase ni bukan karya asal Fujiko tu..ni adalah karya anak murid Fujiko..
yela...Fujiko Doraemon tu kan dah takde..
Selain buku Dorabase ni..ada lagi buku Doraemon dan Kawan-kawan..
tapi tak jumpa pula online..pernah baca komik je (tu pun pinjam dari anak murid tuisyen! hahaha)..

jadi...siapa2 yang nak mengintai kembali zaman kegemilangan Doraemon dulu..
bulih la baca buku Dorabase ni..(malas carik buku, pegi baca manga online)..
hahahha...bia la nak cakap saya ni kanak2 ke hape..
yang penting..sayo suko !!!!! *ngeh3*






kasut&karipap : haha..buek malu yo kalau anak murid tuisyen sy tengok blog ni =P






RASA GEMBIRA


GEMBIRA...
gembira tu satu perasaan yang suka...
orang kata sukaaaaa sangatttt....
bila kita rasa gembira kita pasti akan senyum satu hari..atau paling lama pun 2 hari...kalau senyum sebulan tu tak pernah jumpa pula...
betul tak?
bila kita rasa sukaaaaa sangattttt..kita rasa nak cerita je perkara yang mengembirakan itu pada semua orang!
nak buat macam dalam drama2...nak jerit bagitau suma orang..kan?
tapi..itu gembira kerana manusia atau benda....
gembira kerana manusia adalah satu gembira yang tidak kekal lama...
sesuatu perasaan yang akan hilang dan tidak membawa apa2 makna untuk kita bila rasa gembira itu sudah habis....

Berlainan dengan gembira kerana Allah SWT...
gembira kerana Allah SWT adalah suatu perasaan gembira yang sangat berbeza !
ianya tidak mampu kita luahkan dengan kata-kata..
apalagi luahkan seperti adegan2 dalam drama tv....
rasa gembira itu tidak putus2....
ia akan membuatkan kita tidak putus2 mengucapkan "Terima Kasih ALLAH".."Terima Kasih ALLAH"..
Terima Kasih Ya Allah....sambil mata menitiskan air mata yang tidak putus2..
serasa kita ingin sahaja datang ke sisi Allah dan bersua dengan-Nya pada saat itu jika mampu...

benar..rasa gembira itu kita tidak mampu luahkan....
hanya perkataan "Syukur Alhamdulillah"...
Syukur...Syukur...Syukur..yang tidak terhingga...

Sahabat2....marilah mencari kegembiraan..
mencari keceriaan hati melalui jalan Allah SWT..
kerana gembira yang disebabkan manusia atau kebendaan tidak akan kekal lama...
malah ia mampu melalaikan kita...
sedangkan kegembiraan yang kita cari kerana Allah akan membuat kita sentiasa mengingati Allah SWT..
InsyaAllah..jiwa kita akan sentiasa merasa GEMBIRA dan TENANG !


“Tuhan,jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami..dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Kau Maha Pemberi”





kasut&karipap : Terima kasih Ya Allah...Terima kasih..(sungguh tidak terkata)...

Jun 17, 2011

MONOLOG

aku mencari...
mencari sesuatu yang hilang...
mencari sesuatu yang mungkin sepatutnya aku peroleh sejak awal...
mencari sesuatu..
sesuatu yang sesuatu itu...

namun..
Dia punya perancangan...
aku tidak menyalahkan sesiapa kerana aku tidak mendapat sesuatu itu sedari dulu...
ya...benar..
perancangan Dia..
agar aku mampu membuka mata hati ku sendiri...
agar aku lebih dekat pada-Nya..

sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik untukku...
biar aku tidak mendapat apa yang sepatutnya dari awal...
namun aku belum terlambat...
jalan untuk aku mencari sesuatu itu masih terbuka..
terbuka luas....seluas-luasnya..
kerana Dia Yang Maha Berkuasa..


malah aku...
perlu berusaha..
berusaha dan berdoa...
berusaha dan istiqamah..
berusaha dan berserah...
dan tetap berusaha menuju 'sesuatu' itu...........................






kasut&karipap : 17:26 ; 17 June 2011 ; Jumaat.

JANGAN KELIRU.


Jenayah rogol dan zina sepatutnya jangan disamakan !

Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

-Dr.Mohd Asri Zainul Abidin-
selanjutnya di SINI.


AWAS WANITA ! INI JANJI DAN SUMPAH IBLIS


Wanita adalah makanan lazat bagi Iblis untuk menghimpunkan kaum lelaki ke medan ‘kesesatan’ dan ‘neraka’.Janji dan sumpah Iblis terhadap wanita dengan panah-panah yang mengandungi racun adalah secara bertahap tetapi pasti.

Menghilangkan Definisi Hijab – dalam tahap ini Iblis membisikkan kepada wanita, bahawa    pakaian apapun termasuk hijab itu tidak ada kaitannya dengan agama, ianya sekadar gaya hiasan pada wanita. Akibatnya, ketika zaman semakin berubah, atau kebudayaan manusia berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Jika seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
  • Membuka bahagian tangan – Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada wanita agar ada sedikit meningkatkan fesyen iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah, tidak apa-apa, kan masih bertudung dan pakai baju panjang?” begitu bisikan syaitan. Akhirnya, si wanita memakai pakaian fesyen yang baru dan menampakkan tangannya, dan ternyata lelaki melihatnya seperti biasa. Maka syaitan membisikkan, “Hah, tidak ada apa-apa kan?”
  • Membuka leher dan dada – setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan membisikkan perkara baru. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen pakaian yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu.” Cubalah! Orang lain pasti tidak peduli kerana hanya sebahagian saja yang terbuka. Maka, lahirlah fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya.
  • Berpakaian tetapi telanjang – Syaitan berbisik lagi “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Banyak fesyen dan kain yang nipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Akibatnya, kini pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah. Semakin hari semakin ketat dan transparent. Maka, jadilah wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
  • Agak di buka sedikit – setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. “Pakaian yang seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, sebaiknya di belah sehingga lutut atau mendekati paha. Dengan itu kamu lebih selesa, lebih kelihatan lincah.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika duduk dan di dalam kenderaan.




Kasut&Karipap : Ingatlah syaitan hanya pandai menjanjikan dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan di dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan.





Jun 16, 2011

KISAH SATU TENGAH HARI

suatu tengah hari yang tengah hari...

Blaus Biru : Hai, mengajar kat sini juga ker ?
Baju Kurung Biru : Eh, tak..saya staf bukan akademik.. =)
Balus Biru : Oooo...lama awak break ?
Baju Kurung Biru : (erk!)..oh, kitorang rehat shift..tadi kawan dah rehat sejam. ni giliran saya pula..
Blaus Biru : ooo..yeke...emm..bagusnya awak...
Baju Kurung Biru : hehe...bagus kenapa?
Blaus Biru : bagusnya awak..pakai tudung labuh..dulu sekolah agama ke?
Baju Kurung Biru : err..err..saya sekolah biasa je dulu...
Blaus Biru : ooooo...
Baju Kurung Biru : Err..saya pergi dulu ya. Jumpa lagi =)
Blaus Biru : Bye...=)


........................................................................................................................
-TAMMAT-

MURTAD !

Terdapat dua jenis hukuman dalam Islam bagi orang yang murtad iaitu hukuman di dunia dan hukuman di akhirat. Hukuman murtad di hari akhirat adalah kekal selamanya di dalam neraka.Ini adalah berdasarkan firman Allah swt;

"Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia dalam kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)." 
(Surah al-Baqarah, 2:217)

Manakala hukuman murtad di dunia adalah hukum bunuh. 
(Pelaku di beri peluang 3 hari bertaubat, jika tidak mahu bertaubat maka bunuhlah)..

Sabda Rasulullah saw;

"Sesiapa yang menukar agamanya , maka hendaklah dibunuh" 
(Hadis diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan hadith ini adalah hadis sahih)

"Tidak dihalalkan darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allahdan sesungguhnya aku utusan Allah kecuali salah satu daripada tiga: orang yang telah berkahwin berzina, hutang nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya (Islam) serta keluar dari jamaah (umat Islam)." 
(Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidhi)

..............................................................................................................................

 
Negara kita negara Islam..
Pemerintah kita pemerintah Islam..
??????????????



kasut&karipap: hukum bunuh bagi orang yang melakukan murtad adalah adil ! siapa kata ianya kejam..baca KISAH RAJA & KEMATIAN dan fikirlah sendiri..kenapa Allah swt menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang murtad.



Jun 15, 2011

HASIL TANGKAPAN HARI INI

tepat pukul 4 petang tadi...
segmen game2 dengan blogger dari Ben Ashaari pun telah tamat...ramai join..list blog semua ada kat SINI.

terima kasih daun keladi yang menerjah atau terterjah blog ini ye...
Encik Kasut dan Setokin punya follower pun makin ramai sejak join segmen2 ni...
aiseh..hahaha..

jadi...semoga dengan bertambahnya rakan blog..
harap2 kita sama2 dapat berkongsi apa juga bentuk ilmu dan informasi yang berguna...
dan..hubungan silaturahim sesama insan dapat ditingkatkan !




kasut&karipap: mana tahu bila tiba ajal kita...insan2 ini lah yang akan menyedekahkan Al-Fatihah buat bekalan tambahan kita di akhirat sana =)   (lagi2 ahli group LAMBAT SIAP yang berjaya ditubuhkan hari ni ! sila doa untuk saya tau.tau.hehehe.)

Jun 14, 2011

.............

Orang tua yang membuat perkara-perkara salah akan mendapat balasan dan seksaannya lebih berat daripada orang muda yang membuat kesalahan sama. 

Menurut Nabi Muhamad SAW, terdapat tiga orang yang tidak dipedulikan Allah SWT dan tidak dibersihkan dosa-dosanya pada hari kiamat. Dua daripadanya adalah orang tua yang berzina dan orang miskin yang takbur ataupun bercakap besar.

Orang muda yang berzina itu berdosa besar tetapi orang tua yang berzina lebih besar dosanya kerana dia berada pada hujung usianya. Dia sudah hampir dengan kematian yang akan membawanya bertemu dengan Allah SWT.






kasut&karipap: semoga kita dijauhkan daripada lalai dan melakukan perkara yg dilarang.

KISAH RAJA & KEMATIAN


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sepanjang hidupnya bersikap zalim iaitu suka berbuat sesuka hati dan menindas rakyat. Suatu hari, dia jatuh sakit. Para doktor memberitahu raja itu supaya bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal sahaja kerana penyakitnya tidak boleh sembuh kecuali dengan memakan sejenis ikan. Namun ketika itu bukan musim ikan itu naik ke permukaan laut. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat supaya mengiringi ikan-ikan itu naik ke permukaan laut. Lalu, raja yang zalim tadi dapat makan ikan tersebut dan sembuh.

Pada waktu yang sama, seorang raja di negeri lain turut jatuh sakit. Baginda adalah seorang raja yang adil dan banyak membuat amalan kebaikan. Para doktor bersepakat, penawar kepada penyakitnya adalah ikan yang sama. Namun, mereka memberitahu raja itu supaya tidak risau kerana ikan itu sedang muncul dengan banyaknya di permukaan laut. Namun Allah memerintahkan semua malaikat mengiringi ikan-ikan tadi balik semula ke sarangnya di dasar laut. Raja yang adil itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Di alam malakut iaitu di alam malaikat dan roh, para malaikat berasa hairan dengan fenomena itu. Mengapa harapan raja yang zalim itu dipenuhi Allah, namun doa raja yang adil tidak dikabulkan? Allah menjelaskan,

"Walaupun raja yang zalim banyak membuat dosa, pernah juga dia berbuat baik. Demi kasih sayang-Ku, Aku berikan balasan atas amalan baiknya. Sebelum dia meninggal dunia, masih ada perbuatan baiknya yang belum Aku balas. Lalu Aku segera membalasnya supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan membawa dosa-dosanya. Begitu juga dengan raja yang bersikap baik itu. Walaupun dia banyak berbuat baik, pernah juga dia berbuat kesalahan. Aku balas semua keburukannya dengan bencana. Menjelang ajalnya, masih ada dosa yang belum Aku balas. Lalu Aku tolak doanya meminta sembuh, supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan kebaikan-kebaikannya."




kasut&karipap:
dengan kisah ini kasut&karipap harap kita semua dapat memahami tentang konsep kematian sebagai satu penyucian diri. Usah iri hati pada mereka yang banyak melakukan perbuatan menyalahi hukum agama dan perintah Tuhan namun tetap berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Ini kerana, saat mereka kembali kepada Tuhan mereka berlumuran kotoran dan dosa. Tetapi, kita pula jangan pernah berasa diri kita suci dan merasa amalan kita sudah cukup. Sentiasa lah tambahkan amalan dan berdoa pada Allah Taala agar kita mati dalam Iman yang kukuh.. Wallahualam.

Jun 13, 2011

SAYA SAYANG KAMU KAMU KAMU & KAMU




Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


(Surah Al-Hujurat 49: Ayat 13)

Jun 10, 2011

SAHABAT AWAL DAN AKHIR


kita sahabat, teman, rakan, atau kawan ?
di dalam kamus dewan mungkin ia sama sahaja..
tapi..dalam kamus kehidupan ianya berbeza..
bukan beza sikit..
tapi beza banyak..
sahabat lebih sahabat daripada teman..
teman, kurang teman daripada sahabat..
kawan, tidak lebih daripada rakan..
rakan, tidak lebih daripada sahabat..
dan...sahabat adalah sahabat yang lebih daripada teman, rakan atau kawan...

dalam kamus kehidupan..
sahabat besar maknanya...
sahabat hadir dalam suka..sahabat hadir dalam duka..
sahabat adalah sahabat..
di dunia..di akhirat..

andai seseorang itu bersama kita semata-mata kerana dunia..
dia bukan sahabat..
dia adalah teman yang hanya mahu bertemankan kita..
dia adalah rakan yang kita jarang-jarang jumpa..
dia adalah kawan..yang kita hanya kenali dan tegur bila jumpa saja...

tapi sahabat.....
dia sahabat kita di dunia..tapi tidak pernah lupa mengingatkan kita tentang akhirat..
sahabat bukan sahaja mencintai kita..
namun meletakkan ALLAH SWT sebagai cinta yang terAGUNG..
dia juga mencintai Rasul..
dia sahabat...yang boleh berkongsi SYURGA dengan kita!
begitu lah sahabat...dunia dan akhirat.

jangan pernah berkata "ah, dia sudah lupa kawan..."
"ah, dia sudah lupa kawan"...
KAWAN??? letak kembali diri anda di hadapan..soal diri sendiri..
adakah kita layak bergelar SAHABAT atau sekadar KAWAN? atau teman atau rakan...
kerana perkataan SAHABAT itu sendiri sudah memberikan satu makna yg BESAR !


"Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah."





kasut&karipap: Salam Jumaat Sahabat2 kesayangan ku :) dan sayang kasut dan stokin.. hahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...