Wanita adalah makanan lazat bagi Iblis untuk menghimpunkan kaum lelaki ke medan ‘kesesatan’ dan ‘neraka’.Janji dan sumpah Iblis terhadap wanita dengan panah-panah yang mengandungi racun adalah secara bertahap tetapi pasti.
Menghilangkan Definisi Hijab – dalam tahap ini Iblis membisikkan kepada wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab itu tidak ada kaitannya dengan agama, ianya sekadar gaya hiasan pada wanita. Akibatnya, ketika zaman semakin berubah, atau kebudayaan manusia berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Jika seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
- Membuka bahagian tangan – Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada wanita agar ada sedikit meningkatkan fesyen iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah, tidak apa-apa, kan masih bertudung dan pakai baju panjang?” begitu bisikan syaitan. Akhirnya, si wanita memakai pakaian fesyen yang baru dan menampakkan tangannya, dan ternyata lelaki melihatnya seperti biasa. Maka syaitan membisikkan, “Hah, tidak ada apa-apa kan?”
- Membuka leher dan dada – setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan membisikkan perkara baru. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen pakaian yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu.” Cubalah! Orang lain pasti tidak peduli kerana hanya sebahagian saja yang terbuka. Maka, lahirlah fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya.
- Berpakaian tetapi telanjang – Syaitan berbisik lagi “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Banyak fesyen dan kain yang nipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Akibatnya, kini pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah. Semakin hari semakin ketat dan transparent. Maka, jadilah wanita yang disebut oleh Nabi SAW sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
- Agak di buka sedikit – setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. “Pakaian yang seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, sebaiknya di belah sehingga lutut atau mendekati paha. Dengan itu kamu lebih selesa, lebih kelihatan lincah.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika duduk dan di dalam kenderaan.
Kasut&Karipap : Ingatlah syaitan hanya pandai menjanjikan dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan di dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan.
ya karipap.... inilah pentingnya pakaian yang dianjurkan sptmana termaktud dlm hukm2 Islam...........
BalasPadamSyaitan bijak mengaturkan strategik~~~~~