Mac 29, 2011

BUANG PERASAAN NEGATIF

 
Ketika diri dalam kegelisahan, marah, penuh kebencian...
risau, dendam, sedih....
malah berputus asa.....
ketika diri.....
tidak dapat memendam perasaan itu dalam diri sendiri.
bila lama disimpan...
ia mampu menjadi bisul yang bernanah di dalam hati...
lalu......
kesihatan rohani kita akan terjejas..
 
 
Berdoa lah....
Ceritakanlah perasaan kita pada Allah swt...
Jika ada seseorang yang mampu membimbing kita..
yang mampu tenangkan kesedihan kita..
yang mampu menjadikan berat kepada ringan...
ceritakanlah pada seseorang itu...
jika tidak mampu melalui lisan...
gunakanlah tulisan..... 

Tulisan mampu menumpahkan...
mencurahkan seluruh isi hati kita...
cara ini paling mudah sekali....
sama seperti yang sedang saya lakukan sekarang....
menulis....

tetapi....ada cara yang lebih efektif....
berDOA...
jangan biarkan perasaan2 negatif ini merosakkan jiwa kita...
memohon pada Allah swt untuk membuang perasaan negatif...
mengubah menjadi positif..
dengan DOA..
kita mampu membuang perasaan sedih, kecewa.....
dengan ini...perasaan negatif kita akan menjadi positif...

Sesungguhnya....
Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Dia tidak akan membiarkan hambaNya berjalan bersendirian...
Allah swt Menyayangi kita 
Dia tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita..

Bila perasaan negatif mula berkurangan...
ucaplah Alhamdulillah..
puji syukur pada Allah swt...
kerana hanya Allah yang memberikan kesedihan...
dan kerana Allah kesedihan kita berkurang...
dan jangan lalai mengingati Allah swt 
kerana Dia yg telah mengambil kesedihan itu daripada kita...

 
 
Dan mereka berkata: 
"Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang telah
menghilangkan dukacita daripada kami. 
Sesungguhnya Rab (Tuhan) kami adalah
al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Shakur (Maha Mensyukuri).” 
Surah Al-Fatir : ayat 34 


 
kasutkaripap: Ya Allah Ya Tuhan kami...buang lah perasaan negatif ini dari diri kami.
jauhkan perasaan negatif ini daripada diri kami..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami alami..
Engkau Maha Adil Ya Allah... 

Mac 25, 2011

BERSYUKUR JIKA SUSAH

semalam pada pukul 00.53......
henset vibrate bawah bantal...
mesej rupanya..dengan mata yg dibuka sebelah je saya membaca mesej....

"hello. i am amanda. i kat upm. final sem. i am working on my thesis right now under dr.zat. i had borrowed your thesis from pusat sumber as my guideline. can i have your presentation slides? i need it for my reference. if can...send me by email .......@gmail.com "

selesai membaca mesej..oleh kerana sudah larut malam...
dan mengantuk yg amat sangat..saya bercadang esok pagi saja cek slide viva dulu2 ada lagi tak...

pagi menjelma...
laptop dibuka dan terus mencari folder thesis dlm file2 lama...
Alhamdulillah...ada lagi saya simpan rupanya..
saya membuka dulu slide itu sblum hantar kpd amanda..
sesekali tersenyum sendiri bila teringat masa viva final year project tahun lepas..
dengan terketar-ketarnya...
dengan bahasa inglish yg 'broken' habis !
dan yg paling hebat lg..sy buat viva sedangkan sy tak ada result for my project lagi !
nota siku: sepatutnya viva dibuat utk tunjuk kat pengadil *lec* dr proses smpi dapat result!

lalu..kenangan fyp (final year project) menjelma kembali...
betapa bersusah payahnya keluar masuk lab..
membancuh larutan utk dijadikan sample...*buat kaca*
merayu-rayu kat kawan2 utk tolong dalam lab..
bau2 bulu tangan dan jari2 yg terbakar akibat suhu yg sangat tinggi dalam furnace...
dengan lab kot dan sarung tangan yg berlapis-lapis serta memakai penutup muka ala2 org keje bengkel (buat welding)...
disamping menghidu fosfat 3 kali seminggu....
selama lebih kurang 5 bulan siapkan sample saja...
dan lepas 5 bulan...rupanya sample sy mengalami masalah !

tension tau masa tu..
lalu setiap hari la sy mencari supervisor fyp utk merujuk hal tersebut..
oleh kerana supervisor sy sering sibuk dan takde kat ofis...
saya akan dtg dan tanya PA dia dulu..
PA tu pun dah kenal saya dan mungkin juga dah naik bosan tgk sy..ahahaha...

akhirnya satu keputusan dibuat dan saya kena tukar objektif fyp saya!
wahhhh....hanya Tuhan saja yg tahu...dalam 3 bulan terakhir saya kena study benda baru
dan buat eksperimen baru utk dapat result yg akan di'thesis'kan..

dalam 3 bulan itu...
saya bertungkus lumus..dan kerja2 saya menyiapkan fyp tidak melibat kan saya seorang saja...
sahabat2 ramai yg membantu..
yang bukan sama course dgn saya pun saya tibai minta tolong!
memang tension....pengalaman tension itu jadi manis pula bila semuanya berakhir dengan gred A (6 kredit)..

Alhamdulillah..Bersyukur sangat2 pada Allah swt...
Sesungguhnya Allah telah mengaturkan semua perkara untuk kita..
jadi...jika kita menerima kesusahan hari ini..YAKINlah..bahawa segala yg terjadi atas ketentuan-Nya dan sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita ! 



sekadar gambar hiasan






kasutkaripap: seronok ada org yg menggunakan hasil kerja kita sebagai rujukan. dan terasa sangat gembira kerana secara otomatiknya kita tolong org tu. harap2 amanda dapat belajar sesuatu dr fyp beliau. mesej terakhir utk amanda melalui fon tadi adalah..'gud luck!'..

MANTERA ANJASMORO


sebuah cerita mistik  yang ditayangkan setiap hari khamis pukul 9.30 malam - 10.30 malam (TV3)....
cerita ini tentang sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan anak lagi. 
Si isteri tidak mengetahui dalam diam suaminya telah berkahwin dengan kawan baik si isteri sendiri dengan alasan isterinya itu tidak mampu memberikan zuriat.
namun di sebalik semua yg berlaku adalah mainan perjanjian manusia dengan syaitan!

setakat ni baru 4 episode..
jalan ceritanya agak menarik dan tidak sabar untuk menunggu kesudahan cerita ini...
dan..macam biasa..saya mengharapkan cerita ini memberi pengajaran kepada penonton tentang bahaya menyekutukan Allah *syirik*...


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ


“Sesiapa yang mendatangi seseorang tukang ramal atau dukun, kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, ath-Thabrani, al-Baihaqi, dan al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Haitsami, dan al-Albani)
Kat sini boleh download episode lepas jika tidak sempat tengok kat tv (klik link dibawah) :

*nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus..






kasutkaripap: Semoga kita bukan dalam golongan yg menyekutukan Allah swt. Nauzubillah....




BENGKAK

bangun pagi....
gosok gigi....
cuci muka...
mandi....
tengok cermin..........................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*ohh...mata BENGKAK*
dan di pagi Jumaat yang indah ini..
dengan selamba pegi kerja dengan mata yg bengkak...
dan setiap kali melihat wajah di cermin....
daku tersenyum sendiri...
biarlah bengkak...asal hati sedikit tenang...
















kasutkaripap: "Sesungguhnya Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui"

Mac 23, 2011

FILEM KARAK


dari cerita Khurafat hari tu...kini penantian pula pada sebuah cerita seram dari KRU studio..
cerita tentang Karak..
menurut mStarOnline...filem ini dibuat berdasarkan pengalaman Norman KRU sendiri ketika melalui kawasan Karak yg memang sejak dari dulu lagi di anggap 'keras'..

Baca selanjutnya tentang filem Karak di SINI.

sebagai seorang penonton yg tidak suka akan cerita seram mengarut! 
cerita yang semata-mata mahu tunjuk HANTU...
saya berharap agar...cerita Karak ini tidak menghampakan saya...
harapan saya menggunung apatah lagi membaca sendiri kata-kata Norman tentang filem ini...



"Bagaimanapun, Norman berkata dia mempunyai elemen tersendiri iaitu keagamaan, saintifik, sejarah, budaya, mitos dan tidak bersandarkan kepada pengalaman itu semata-mata.

Malah dia mahu menghasilkan cerita yang berbentuk intelektual di mana setiap hantu yang diwujudkan itu melambangkan hantu dari pelbagai budaya dan agama.

“Saya bukan percaya kepada tahyul tetapi tidak dinafikan makhluk halus ini memang wujud. Jika ia datang mengejut, tidak mustahil ia boleh menyebabkan kemalangan.

“Di Malaysia, kita ada banyak cerita hantu yang menjadi bualan mulut orang. Misalnya, masyarakat India, Cina dan Melayu memberikan interpretasi yang berbeza. Hantu menyerupai pelbagai bentuk seperti pontianak, toyol dan manusia.

“Saya buat cerita ini bukan untuk menakut-nakutkan orang tetapi ia memasukkan elemen intelektual. Saya percaya filem di bawah arahan Yusry ini tidak akan mengecewakan penonton,” jelasnya panjang lebar."


Saya percaya ada sesetengah penonton yg tidak menitik beratkan soal keseraman pada filem itu semata-mata...
ASALKAN cerita2 seram atau mistik itu mempunyai elemen2 intelektual...
di mana ada pengajaran daripada cerita tersebut...tunjuk lah se'khurafat', se'syirik' mana sesuatu perbuatan itu..dan tunjukkan apa IMPAK nya pada org yg melakukan hal sedemikian!
Filem itu pasti berjaya...
namun tidak di nafikan..masih ramai yg mentalitinya (penonton) masih menilai suatu cerita seram sebagai cerita yg berjaya jika mampu menghantui mereka! 
bukan kerana pengajaran yg ada......*kecewa*

Tepuk Dada Tanya Iman.
Ilmu itu luas.
dan akhir sekali SAYA KECEWA DGN FILEM2 SERAM YG SEMATA-MATA INGIN MENUNJUKKAN KESERAMAN DAN TIADA PENGAJARAN !

Trailer Filem Karak







kasutkaripap: filem seram komedi saya tak kisah nak mengarut apa.




Mac 22, 2011

ESOK, LUSA MUNGKIN TIADA



"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Kematian tidak dapat dipisahkan daripada manusia..
Bila ajal dah sampai...
Manusia tidak mungkin mampu menolaknya...
Para ulama mengibaratkan nyawa kita sebagai daun pokok yang rendang....
Tidak kira tua, muda usia daun itu, pasti akan gugur jika sudah tiba masanya....
Tanya diri...ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK MENEMUI MASA TERSEBUT?

Apabila tiba masa nyawa akan berpisah dari badan...
saat itu, pintu taubat sudah tertutup..
Dengan meningati mati...kita akan sentiasa melakukan kebaikan di muka bumi, segera bertaubat kepada Allah dan rajin mengerjakan ibadah...






Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya."(Hadis riwayat al-Tirmizi)



Kita mungkin sedang berlumba-lumba ingin kan kebahagian di dunia..
sehingga kita terlupa kebahagian kita yg abadi di akhirat...
ingat lah! kita hanya lah musafir di dunia ini..dunia ini hanya persinggahan...
akhirat jua yg akan kekal abadi !










Daripada Ibn Umar Radiallahu Anhuma berkata: 
“Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)”  
(Hadis Riwayat Bukhari ) 
 
  • Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain....kita perlukan persediaan, bekalan, kita tidak berniat atau leka utk menetap di sini sebab kita sedang dlm perjalanan. kita tidak mengambil semua yg ada di sini,sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan,seorang musafir hanya perlu kpd benda yg penting yg tidak menyusahkan perjalanannya, juga bekalan semoga kembalinya dgn sesuatu hasil yg lumayan. 
  • Hidup di dunia umpama acara, peristiwa yg kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuk melalui peristiwa peristiwa itu, kerana masanya yg singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.



kasutkaripap: untuk mengingatkan diri sendiri dan sahabat2..



Mac 21, 2011

TIDUR

Alhamdulillah...
sejak akhir akhir ini...
tidur malam tanpa mimpi....
tiada mimpi-mimpi pelik.....
nyenyak.....
terasa seperti tidur bayi yang baru di lahirkan....

semoga terus seperti ini pada malam-malam berikutnya....






kasutkaripap: ini bukan gambar sy masa bayi~haha..

Mac 20, 2011

MAKE ME STRONG


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong




Mac 19, 2011

KECELARUAN #3

tepat 9.00 pagi..
diri rasa masih tidak stabil sejak semalam...
handphone di capai dan mesej di taip..
"puan, hari ni sy tak dapat dtg mengajar. kurang sihat. esok sy dtg ajar 3 jam ganti hari ni punye ya"
5 minit kemudian...lagu zainal abidin berkumandang...
"ok.take care!"..
dan saya mengucapkan terima kasih pada puan itu..

ku lihat langit di luar sana suram..
dalam hati, mungkin tengah hari nanti nak hujan..
diri yg memang kesejukan walau kipas dah level 3 masih rasa sejuk mcm level 5
kembali ke 'sarang', mencapai selimut dan...zzzzzzzzz....









kasutkaripap: Sesungguhnya sakit itu Allah swt turunkan kepada seseorang agar terhapus dosanya. SesungguhNya Dia lebih Mengetahui.

Mac 17, 2011

KECELARUAN #2

sekejap panas....
sekejap rasa sejuk....


kejap pening....
kejap ok....

wahhhh~
ini bukan angau.....


GADIS IDAMAN

 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"wanita itu lah gadis idaman hatiku...."


DIALEK

dialek tu apa?
apa itu dialek?
kenapa dialek? bukan bahasa?

saya pun tak tahu penerangannya secara bahasa..*sila rujuk orang yg pakar bahasa jika nak tahu*
tapi..apa yang saya nak perkatakan dalam entri ini ialah....
dialek yg berbeza membawa maksud yang berbeza di tempat orang lain....

pernah kah anda mengalami perkara ini?
situasi dimana..di negeri kita, perkataan itu merujuk kepada sesuatu yg biasa/baik...
tapi bila kita sebut perkataan (dalam dialek kita) di negeri lain...............maksudnya berbeza!
lebih teruk lagi kalau kita dikatakan mencarut!

haaaaaa.........
kepelbagaian dialek di negara kita kadang2 membawa impak negatif pada kita *contohnya seperti diatas*..
jadi..adalah menjadi tanggungjawab setiap individu...berusaha untuk mempelbagaikan pengetahuan kita..
lagi2 benda remeh temeh begini...
tak pasal2 kita gaduh disebabkan berbeza dialek *padahal salah faham je*

jika kita yang duduk berlainan negeri dan berbeza dialek ni ada pengetahuan tambahan tentang dialek negeri lain, kemana saja kita pergi akan menjadi mudah!
dan yang paling penting sekali.....kita tidak salah faham!!

sesetengah kita mungkin berpendapat...*tak yah ambik tahu*..
tapi bg saya..ia penting untuk mengelakkan salah faham antara kita..
susah wooooo bila org salah faham pd kita!
nanti ada impak2 negatif yg lain.....percaya la....*sebab sy pernah alami*


konklusinya.............entri ini perlu dibaca dan diproses dan difaham dan difikir...bukan dibaca dan hentam terus!..peace!







kasutkaripap: dialek ke bahasa? sesetengah dialek ada kamus. *tolong terangkan pada saya*.

Mac 16, 2011

POLIGAMI

Pada suatu hari, sedang aku menunggu bas. Aku didatangi oleh seorang wanita. Wanita itu duduk betul-betul di sebelah ku. Wanita itu kelihatan sangat muram. Aku memandangnya dan cuba tersenyum padanya. Wanita itu membalas senyuman ku akhirnya.

Aku tunduk dan memandang lantai. Tiba-tiba, wanita tadi menegur aku. Aku yang kebetulan kebosanan menunggu bas menyambut salamnya. Wanita itu memperkenalkan diri dengan nama Intan.

Kami berbual ibarat sahabat yg sudah lama kenal. Aku begitu senang dengannya. Dia sangat sopan, bertudung litup, berjubah dan wajahnya bercahaya. Namun, aku merasakan ada sedikit kemuraman pada wajah ayu nya. Seperti ada perkara yg sedang bermain di fikiran.

Wanita itu menceritakan kepada ku yang dia sudah berkahwin. Perkahwinannya baru berusia setahun dan belum dikurniakan cahaya mata lagi. Belum ada rezeki katanya sambil tersenyum. Aku begitu seronok melayannya.

Wanta itu menceritakan tentang perihal suaminya. Dia berkata, suaminya begitu menyayangi dirinya. Suaminya penyayang dan seorang yg sangat bertakwa. Dia dan suami tidak pernah terlepas solat berjemaah di masjid dan sering menghadiri majlis2 ilmu bersama. Kecuali suaminya terpaksa outstation.

Dalam seronok berbual menceritakan perihal suami beliau, tiba2 wanita itu senyap. Dan dia tunduk memandang ke bawah. Aku pelik memandangnya dan aku melihat ada titis2 air mata yang jatuh ke pipi.
Aku senyap. Aku tidak tahu apa yg harus ku katakan. Dalam hatiku berfikir, pasti sesuatu yg terjadi pada suaminya.

Aku mengusap-usap belakang wanita itu untuk menenangkannya. Wanita itu masih tunduk dan berkata, "Aku menyayangi suamiku, dan kerana itu lah aku membenarkannya berkahwin lagi dengan seorang wanita yg solehah. Walau aku cemburu, namun ia lebih baik daripada aku bercerai dengannya. Kerana aku yakin, suamiku seorang yang adil dan aku juga perlu berlaku adil padanya."

Aku terkedu. Walau aku tidak tahu apa sebenarnya yg berlaku dalam hubungan wanita itu dan suaminya, tapi aku yakin, suaminya seorang lelaki yg baik, dan wanita itu juga seorang wanita yg baik serta poligami itu berlaku dengan sebab menurut syariat! Aku mendoakan hubungan wanita itu dan suaminya kekal bersama hingga ke akhirat nanti.





Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

-Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
-Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.   


Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 3 yang bermaksud;
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."



Sumber.(klik)


"Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."

"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." 
(Al-Quran, surah al-Maidah:50)




















kasutkaripap: wanita dan poligami.pasti pahit bukan? namun, perkahwinan bukan hanya untuk dunia semata-mata, tetapi sampai ke akhirat.selagi suami mampu dan berlaku adil, maka telanlah kepahitan sementara kerana ada kebahagian yang abadi sedang menanti.yakinlah bahawa setiap perkara yang dirancang oleh Allah SWT pasti menjanjikan kebaikan pada kita!


HUJAN

pagi yang mendung..
bangun pagi dengan senyuman.
dengan sedikit nyanyian kecil.
kaki melangkah melakukan yg patut dan bersiap ke tempat kerja.

hujan turun dgn renyai2.
kedengaran lagu Datuk Siti Nurhaliza berkumandang dari pondok jaga.
ohh~syahdunya.

dengan penuh berhati hati agar diri tidak melanggar mana2 kereta di jalan hari ini.
kaki terus melangkah ke tempat kerja.
angin bertiup sepoi2.
sejuk.

sampai di tempat kerja.
haaaaahhhchiuuuuuuhhh!!!! 3X
uhuk.uhuk.uhuk.
sok.sek.sok.sek.





kasutkaripap: seselema kah diriku?

Mac 15, 2011

MUHASABAH DIRI #1




"orang yang TAKUT pada Allah, adalah orang yang MENYESALI segala perbuatan , kesilapan yang lepas dan MEMPERBAIKINYA "


DALAM DIAM KU MENCINTAIMU *pehhhh*


di zaman moden ini..ramai wanita yg sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn lelaki..
kalau dulu wanita2 kena duduk rumah je...dapur je..
kini...
wanita2 serba moden sudah pandai berdikari...cari keja..blaja tinggi2...
dan ada juga yg sudah naik ke awan biru...
errr..maksud saya ada wanita yg jadi pilot...

bukan pilot saja..tapi macam2 lagi kerja yg slalunya di pelopori oleh kaum lelaki....
hingga kan kini sudah menjadi trend pula...*dari apa yg saya lihat*..

tapi.....
ada benda yg wanita tidak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn lelaki *sengaja buat ayat ni terbalik*...
nak tahu apa??????
opppss..bukan seperti yg anda fikir ya!
tapi...................sesuatu yg lelaki biasanya buat............dan jarang2 wanita terutama di negara kita buat...
*kalau ada pun jumlah kecil sangat kot*

nak tahu apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wanita datang merisik, meminang jejaka idaman hatinya sendiri..........dan kahwin~~~~~
tak salah kan wanita yg mulakan??????
walaupun biasanya si lelaki yg akan dtg pinang...
tapi..wanita sekarang kan bijak2...dtg je la merisik kalau berkenan..
tak salah pun....dtg dgn niat baik...jgn la buat benda yg tak senonoh mse dtg meminang~
hua.hua.hua.
di terima atau tidak..bergantung....kan JODOH adalah ketentuan-Nya.

setuju? tak setuju?
terpulang....
dulu..isteri Rasulullah pun dtg pinang Rasulullah..kan?kan?

so...sesiapa yg sudah berkahwin dan dirinya di pinang isteri nya sebelum ni..atau si isteri yg dulu meminang suaminya...sila kongsi jika sudi...bagaimana anda pada masa itu??
ada berani?

 


*entri ini adalah satu idea atau pendapat penulis..jika mahu kritik, silakan..jika mahu betul kan silakan*








kasutkaripap: bercadang mahu meminang anak teruna org..ada sesiapa nak join rombongan? haha..

LANGGAR

pagi ini.....
kereta banyak di jalan raya...
macam hari2 biasa...

tapi pagi ni lain...
kereta2 memang nak langgar saya...
atau...
saya yang rasa kuat sangat sampai nak langgar kereta2 tu....

Mac 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHASUASA

minggu ni adalah minggu yg sibuk!
saya kena kerja sabtu ahad..
sedang dalam perancangan saya mahu pergi tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (tajuk entri tu nama pakcik merong mahawangsa..kekekeke)...

akhirnya...hari ahad lepas (padahal semalam)...
saya berjaya menonton cerita yg sedang hangat diperkatakan ini!!!!
oh yeah...
TAHNIAH kepada adik beradik KRU kerana telah berjaya membuat satu filem epik dan yg penting!
tak pernah lagi sy tengok cerita melayu yg ada raaaaammmmaaaaaiiiiii pelakon! whewwww~

ok..saya tak nak komen pasal cerita merong ni ye...
biar la blogger2 atau penonton lain yg review sendiri..puas hati ke tak puas hati...

yg saya nak cakap adalah....
WHY NOT selepas ini KRU adik beradik buat pula cerita tentang pahlawan2 Islam!
wow! mesti best~
semasa dalam panggung wayang saya membayangkan si Stephen sedang melakonkan watak Amir Hamzah..
atau mungkin Sultan Muhamad Al-Fateh...?

geng2 dari china yg datang tu pula..saya sedang bayangkan mereka adalah orang MONGGOL yang datang cuba merebut Baitulmaqdis dari tangan kerajaan Islam!
wahhh! begitu tinggi imaginasi saya..dan saya percaya tiada masalah bagi adik beradik KRU buat cerita pahlawan2 islam kalau cerita merong ni pun sudah memuaskan hati saya!

kalau di barat mereka membuat filem2 perang yg boleh mereka bangga kan...
kenapa kita sendiri tidak bangga dengan pahlawan2 dahulu kala yg telah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita..
*ye dok?*


jadi......ini pendapat saya..
anda pula bagaimana???????













kasutkaripap:saya bagi beribu-ribu bintang di langit utk cite ini..yg penting KAMAWAS paling beshhh!!!!

Mac 12, 2011

SUKMA HATI


".....apabila kta berdoa..setiap masa tp doa kita tidak dimakbulkan, 
malaikat memohn pd Allah..
"Ya..Allah kau perkenankanlah doa si fulan bin fulan ini.." 
Allah menjawab "..biarkan Aku rindu nak dengar rintihan hamba-hambaKu.." 
Allah rindu kat kita sebenrnya, Allah rindu nak dgr kita merintih menagis meminta pd DIA, 
kita selalu lupakan Allah kan..
semoga kta sentiasa berada dalam rahmat Allah sampai ke syurga...amin..."




 " Dan orang orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya" - AL FURQAAN 71.





kasutkaripap: sesungguhnya Allah swt mengetahui isi hati kita..

Mac 11, 2011

JUMAAT


pagi jumaat yg mendung..
bangun pagi dgn malasnya..
bersiap ke sekolah..eh silap..ke tempat kerja..

berjalan seperti siput ke tempat kerja..
sambil menikmati udara pagi...
dan mendengar kicau2 burung...
tiada asap kereta..tiada jerebu...

sampai di tempat kerja..
duduk sebentar dan sempat termenung..
entah mengapa..
sejak akhir2 ini..termenung adalah hobi..

tepat 11 pagi..
bumi di basahi oleh titis2 hujan..
awan gelap...
hujan rahmat di pagi jumaat..

sambil melihat titisan hujan di luar ofis..
hati berbisik..
"Ya Allah, semoga air hujan ini membasuh dosa2 umatMu di muka bumi ini"..

KECELARUAN

bila sistem yg dulunya berkerja tanpa gangguan apa-apa...
kemudian mengalami kekacauan......
atau mungkin sengaja diganggu...

sistem itu akan menjadi 'mengong'...
lalu persekitaran sistem juga menjadi kacau bilau...

waaaa.....
jangan lah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan.....
makan la mengikut masa..
jika tidak...
buruk padahnya ...






kasutkaripap: gastrik~

Mac 10, 2011

MANA SATU! MANA SATU!

wauuuuuu~~~~ Ranggo ngan Hikayat Merong Mahawangsa dah kuar!!!

whewwwww......

RANGGO (SUNDAY 13 MARCH)
11:00am   |   1:30pm   |   6:30pm   |   9:00pm   |   11:20pm


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (AHAD 13 MARCH)
11:20am   |   1:45pm   |   4:00pm   |   6:30pm   |   9:00pm   |   11:20pm



orait! skarang nak tengok yg mana satu???
nak buat Marathon cite tak???
hahahahaha...




kasutkaripap: aaabbbuuuuuu~~~ hahaha...

PUTUS WAYAR #2

marah betul la kat bebudak neh!
asyik2 mintak wayar..
asyik2 minta wayar...

ko dah ada rm500 tak kan wayar pon x leh beli...
pastu hantar resit kat gue nak claim beratus-ratus..
ada yg tak sampai rm500 pun guna...
wayar tak leh beli..haish!

wahai bebudak..
yg nak menjawab kat bos nanti..
yg kne marah kt bos nanti kitorg2 juga..

klu tak bagi kang g report la..
hape la...
bijak sangat korang ye..

tapi kdg2 tak bijak sampai barang simple yg membawa kpd kejayaan projek tahun akhir korg pon
x mampu beli...
apa yg jadi???
.....nanti akan terjadi......huwaaaaaaa~~




kasutkaripap: nanti kne kata ngn bos kitorg makan wayar...

Mac 08, 2011

DRAMA

sedar atau tidak....
hidup kita ini tidak ubah seperti drama yg sering di tayangkan di televisyen..
bezanya cuma watak..
namun ada juga watak yg sememangnya seakan kita...
situasi yg dilakonkan juga seakan kita....
hari2 yg kita lalui mungkin ada kalanya sama seperti drama...

cuma sedar atau tidak sahaja...
dan tanpa kita sedari benda yg kita tidak mahu ia berlaku telah berlaku pd kita..
benda yg kita mahu berlaku tidak berlaku pun pada kita..

itu lah drama..
dan sedar la..
bukan drama yg menjadi ikutan kita..
namun jawapan yg tepat adalah TAKDIR.






kasutkaripap: ada tak manusia bertuah yg kisah hidupnya ibarat 'fairytale' ???

Mac 04, 2011

PUISI KAH?


ku berlari
tiada ku temu

kau ku kejar
tiada ku jumpa

kau di mana
kau di mana

berteriak ku
suara ku tiada pun kedengaran

kau di mana
kau ku cari
gelap semakin kelam
kau belum juga ku temu

tinggal lah aku
di sudut itu
menatap hiba
menunggu esok
untuk sebuah cahaya baru

Mac 03, 2011

MATA HATI



 
aku tidak tahu
bila rasa ini ada

aku tidak tahu
bila rasa ini hadir

aku tidak tahu
bila mata membawa rasa itu turun ke hati

aku tidak tahu

aku bertanya pada mata
mengapa mata?
mata menjawab
tanya la hati

aku bertanya pada hati
mengapa hati?
hati menjawab
kerana DIA

aku bertanya lagi
bagaimana hati?
hati menjawab
kerana DIA yg berikan rasa itu pada aku
dan kerana aku hatimu
maka kamu lah yg merasanya

aku senyum
aku bersyukur

dengan tanda tanya
adakah matanya juga melihat aku
adakah hatinya sama seperti aku

hanya DIA yg tahu
kerana setiap apa yg DIA turunkan pada kita
pasti ada rencana di sebaliknya
dan kita
perlu bersyukur dengan nikmat itu







kasutkaripap: agak2 puisi ni leh menang anugerah puisi sekolah rendah tak??

Mac 02, 2011

AMIR

Amir
berbaju biru dan tebal...
segak bergaya awalnya ku kenali..
ibu lah orang tengahnya...
memperkenalkan Amir kepada diriku

setiap hari ku bertemu
setiap masa
ketika mata celik pasti berada di sisi Amir


makan dengan Amir
minum dengan Amir
menonton wayang gambar di kaca televisyen juga dengan Amir


begitu akrab diriku dan dirinya
begitu dirinya bertahan walau aku menumpahkan sup pada baju birunya
begitu dirinya bertahan walau aku menitiskan kicap pada lapisan2 baju putihnya
begitu bertahan walau...
itu......
ini.......
ku lakukan padanya..


sehingga lah pada suatu ketika
aku mengenali yg lain
Amir ku tinggalkan
Amir menjadi saat2 indah ku dahulu
saat mengenal huruf
saat tahu membaca
kerana Amir......


BUKU PERTAMA YG KU BACA...











kasutkaripap: buku pertama yg kasutkaripap baca ialah buku bergambar bertajuk Amir. Cerita tentang Amir dan keluarganya..umur baru 5 tahun masa tu. Mak ajar baca tapi tahu baca sebab hafal satu2 perkataan..sebabnya mak bacakan dan saya ikut apa mak baca lebih kurang 3 kali sehari..dan begitu lah setiap hari lagi..terima kasih mak! smpi sekarang sy tak lupa cerita Amir..hehe.

Mac 01, 2011

SI BUDAK BISING

saya suka bercakap..bila dgn kawan2 atau dgn mak saya, saya tak akan berhenti bercakap selagi sy tak penat..
ada saja cerita yg saya akan bawa..tak kesah lah cite mengarut ke, cite benar atau sains fiksyen..

bila saya tak bercakap dalam ramai2 org tu tandanya sy takde mood..atau lebih senang PMS. haha..
jadi..tak hairan lah jika ada org yg gelar saya 'si budak bising'..
yang suka takpe, yg tak suka...saya minta maaf ye...




berbicara tentang 'si mulut bising', pada situasi tertentu mulut saya berat nak bercakap dan suara saya akan jadi perlahan dari biasa...
kalau hari biasa cakap volume 5..tapi pada situasi tertentu saya pakai volume 3/2 je..muahaha..

situasi yg dimaksud kan ialah sesi temuduga..
tak kesah la temuduga nak jadi pengawas sekolah ke keje ke ape ke...
tapi saya nak cite masa pegi interview keje dulu...

seumur hidup saya....ada 2 kali saya diinterbiu utk kerja..
yg pertama...tak masuk kategori interbiu kot..ianya lebih kpd sesi interBIOL..ahahaha..(sbb menyakitkan hati*lagi pula tiada surat rasmi jemput dtg temuduga..ahaha)..
interview  kedua adalah interview utk kerja sy sekarang..

masa dtg interview tu saya ajak kawan saya teman..haha
cuak wooo..


dalam bilik interview ada lebih kurang 8 org peng'interview'..hahaha..
mula2 masuk rase muka dah takde darah yg mengalir..
semuanya adalah chinese..dan comform2 saya kne speaking..

ketua penemuramah memulakan sesi dgn selamat sejahtera..
saya pon apa lagi, duduk di kerusi dgn tegak dan sengih lebar..
saya menjawab 2 3 soalan pertama dgn volume 3 sahaja..
tiba pada soalan 4 dan keatas, saya tiba2 menaikkan volume kpd 4..
kerana apa..sesi temuduga itu tidak ubah seperti sesi berbual dgn rakan2 berbangsa cina saya..
speaking pon ala2 kwn chinese sy...siap ada '..maa..maa' kat hujung jawapan..

they are hot! some of my chinese frens..sometimes speak in english with them..and using the word 'maa..maa..' just like them..haha

hahahaa..saya merasakan bateri cakap saya sudah full! dan volume mendadak naik ke volume 5 dgn gelak tawa saya..
badan yg tegak kaku duduk ats kerusi tadi, tiba2 bergerak memusing musing kan kerusi (hancus! ade ke buat gitu..dah lupa dah itu interview keje)..
setelah sedar akan kelakuan yg agak excited itu, saya kembali normal....dan bervolume 4 semula serta menjawab soalan2 dgn teliti...

ahahahahahha...rasanya sy sorg interview lama dr yg lain..
sbb soalan sume cam bru jumpa kawan baru..tak skema pon! ahahaha..

akhirnya sy keluar dgn senyuman lebar dan Alhamdulillah...
saya sudah berkerja sekarang!

dan di tempat kerja..saya tetap 'si budak bising' sbb asyik merepek..
tak kisah la ngn ofismate dan juga student2 yg ada...hahahahaha.......







kasutkaripap: interBIOL yang pertama tdk bnyk bercakap sbb merasa down yg amat setelah di'kondem' !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...