Oktober 31, 2011

UNTUK YANG BUJANG

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, syarat-syarat yang dituntut bagi keharmonian kehidupan rumah tangga adalah :
  • Agama
  • Akhlak yang baik
  • Mahar yang ringan
  • Anak
  • Keperawanan
  • Nasab
Hendaklah dengan niat seseorang itu bernikah untuk memelihara pandangan dan mengharapkan anak yang soleh.

Bagi lelaki, dianjurkan untuk mengahwini perawan/anak dara kerana lebih cenderung menimbulkan kerukunan rumahtangga. Dan lelaki itu juga digalakkan lebih dulu memandangnya.






Oktober 27, 2011

SAYANG, ABANG MINTA IZIN NIKAH SEORANG LAGI..

´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan
abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!






sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.215504185178432.52396.156512144410970&type=3



kasutkaripap: wanita solehah idaman setiap lelaki :)







KAU BILANG....KAU SAHABAT

Kau bilang kau sahabat,
Sehingga dirinya menaruh percaya,
Namun percaya yang diharap,
Kian pudar ditelan zaman,
Selari tuanya umur persahabatan.

Kau bilang kau sahabat,
Kisah baiknya kau kecilkan,
Hikayat buruknya kau besarkan,
Sedang dia menyebar baikmu,
Sedang dia mengubur burukmu.

Kau bilang kau sahabat,
Salah temanmu kau biarkan,
Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,
Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,
Bimbang nasibmu.

Kau bilang kau sahabat.
Aibnya kau cerita, bahan ketawa,
Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,
Sedang maruahmu dijaga olehnya,
Sedang aibmu erat digenggamnya.

Kau bilang kau sahabat,
Baikmu hanya dirimu sahaja,
Tidak peduli kepada si dia,
Katamu, dia sudah baik sempurna,
Tidak perlu diajak dipelawa,
Ah! Kau lupa, dia juga manusia.

Kau bilang kau sahabat,
Ya, kau memang sahabat baginya,
Walaupun doamu tiada,
Namun doanya untukmu tetap tersedia,
Percaya yang kian sirna,
Dikukuh kembali, dipatri rapi,
Ya, dia masih percaya,
Percaya kau sebagai sahabatnya.
Baginya kau masih sahabat,
Sahabat dunia Akhirat,
Walau bagimu dia bukan sesiapa,
Bagimu dia hanya sahabat dunia.


Pena Kelana









Oktober 25, 2011

MASTER 'YODA' SUDAH KONVOOO. !

Ini Cik Pah kite yang sudah berjaya menghabiskan Master dengan pointer sebanyak....banyak woo..


ini Cik Ita yang menjadi penyumbang kpd semangat Cik Pah..hihihi~                                    
ini.......'adik' Cik Pah...heee...

CERITA LIPAS.

  • Fosil batu serangga yang masih tidak berubah dan muncul lebih awal daripada dinosaur (dinosaur pertama muncul di bumi dinggarkan wujud 230 juta tahun dulu) dan serangga yang dimaksudkan itu adalah lipas.
  • Pada zaman Karboniferus (juga dikenali sebagai "The Age of Cockroach" ), lipas adalah organisma daratan yang paling dominan di muka bumi ketika itu dan bersaiz hampir 9cm.
  • 4000 jenis spesis lipas yang berbeza di seluruh dunia, tetapi tidak terdapat lipas di Antartika.
  • Lipas bukan sahaja haiwan perosak tetapi pembawa penyakit berjangkit pada manusia. (pengangkut kuman)
  • Lipas Amerika (Periplaneta americana) paling dominan di rumah kediaman, lipas Jerman (Blatella germanica) lebih dominan di permis seperti hotel dan restoran.
  • Lipas bersaiz antara 1-5 cm (lipas terbesar di dunia ialah lipas badak, Macropanesthia rhinoceros, yang bersaiz 8 cm).
  • Lipas adalah omnivor. Semua jenis makanan dimakan lipas seperti kertas, baju, buku, rambut, kertas dinding, najis, bahan kumuhan, kahak, darah beku, bangkai serangga dan bahan organik yang berunsurkan tumbuhan dan haiwan.
  • Lipas dewasa hidup 5-10 minggu tanpa air minuman dan beberapa bulan tanpa makanan.
  • Lipas yang sudah dipotong kepalanya masih dapat hidup selama seminggu.
  • Jika lipas diletakkan di dalam air, ia mampu "menahan nafas" selama 40 minit.



Oktober 19, 2011

RABU TANPA KATA #1

DIMANA SILAP ANDA ?



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.






sumber: iluvislam.com














SAHABAT ATAU KAWAN ?

Oktober 18, 2011

LA TAHZAN !

Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.

Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.

Allah S.W.T berfirman :

"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.

Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
 
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".

Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.

Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.

Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.



-Artikel iluvislam.com

Oktober 13, 2011

[SANGAT COMEL !] - CHEROO PA PA



-nak anak comel dan bijak macam ni jugaaaa~~~ hahahahaha...-

SPONTAN KHAMIS #1: LUNCH !





 +





~ngeeeeeee.........

AKU CEMBURU YA ALLAH !

Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.
Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yg membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,

Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.
Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redhaNya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yg dipenuhi dengan cinta,

Cinta kepada siapa?
Cinta kepadaMu wahai Tuhan yg menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,

Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yg melukai.
Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.
Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.
Hembusan bayu menyedarkanku kembali,

Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepadaMu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...


-Artikel iluvislam.com

BUKAN ENTRI LUCAH : UNTUK WANITA BALIGH

kita rasa...
kita dah tutup habis satu badan.....
kita rasa kita selamat.....
kita rasa tiada mata yang terbeliak memerhati dengan perasaan syaitan....
kita rasa tiada nafsu sesiapa yang bangkit melihat bentuk dan kegebuan kita...
kita rasa tiada sesiapa yang meleleh air liur melihat liuk lentuk anggota kita....
kita rasa tiada sesiapa yang berbual-bual tentang tubuh kita bergelak ketawa bersama rakan sesyaitan mereka..
kita rasa kita tidak mengumpul dosa sumbangan orang lain...
kita rasa.......
kita rasa......
kita rasa......

kita tidur...tapi ada yang sedang memerhati gambar kita yang tapi tidak sempurna dengan penuh nafsu binatang...
kita bersendirian di rumah..tidak kemana-mana pun setiap hujung minggu atau cuti umum....tetapi ada yang sentiasa teringat bahagian tubuh kita yang pernah terselak tanpa kita sedari.....
kita bergembira...tetapi ada yang sedang menyusun strategi jahat berlandas nafsu ke atas kita...

kita rasa...
orang yang kita kenali tidak melakukan semua ini........
mungkin ada benarnya....
tapi...bagaimana dengan orang yang tidak kita kenali.......
kita keluar rumah..sudah ada yang melihat kita...
di tempat kerja...pasti ada yang melihat kita sepanjang waktu berkerja...
perjalanan balik ke rumah..ada ramai lagi yang melihat kita......
malam menjelma dan masa kita tidur...ada lagi yang melihat gambar kita sepanjang malam..

Nau'zubillah.

Wanita !!!!!
Tidak kah kamu takut akan dosa-dosa yang kita kumpul sepanjang hari ?
Dosa yang kita kumpul sepanjang bulan?
Dosa yang kita kumpul sepanjang tahun?
Dosa yang kita kumpul sepanjan hayat kita ?!
dosa yang kita kumpul hanya dengan 'rasa' kita sudah sempurna menutup aurat....

Pakai lah pakaian yang longgar, tidak ketat dan tidak nipis !
Labuhkan tudung mu melepasi dada !
Labuhkan bajumu melepasi punggung !
Tutuplah kaki mu daripada pandangan lelaki bernafsu !
Pakailah apa sahaja asalkan ia menepati syariat agama !

Seorang ayah yang beriman merayu.....
Anak ku, jangan kau tarik ayah ke neraka bersamamu setelah aku ajarkan agama padamu...
Seorang abang yang beriman merayu...
Adik-adik ku, tutuplah auratmu dan jangan menjadi penyebab menarik abangmu dan ayahmu ini ke neraka, setelah aku ajarkan agama padamu...
Seorang suami yang beriman merayu...
Isteriku..setelah agama memerintahkan padamu menutup aurat ikutilah ! Setelah nasihat ku berikan, teguran ku berikan, ikutilah ! Kau kata sayang padaku, tetapi apa makna sayang kamu jika kau menarik aku ke neraka bersama mu hanya kerana aurat mu tidak dipelihara sebaiknya ?

MasyaAllah....
mengapa mata hati kita dikaburi dengan 'rasa' yang salah ?
kita selalu merasa kita tiada kelapangan hati, perasaan dan macam-macam lagi rasa...
jangan tuding jari menyalahkan apa yang sudah berlaku...
lihat lah diri kita....adakah diri kita sendiri yang 'menarik' dosa-dosa 'melekat' pada kita.....
jika ya...masih belum terlambat...ayuh berubah wanita !
mengapa perlu malu pada perubahan ??
mengapa perlu risau orang sekeliling kita dengan perubahan ?

Yakinlah pada Allah SWT..
Ganjaran menanti kamu wahai Wanita-Wanita Suci dan Bermaruah !






kasutkaripap: Astaghfirullahala'zim.... selamatkan diri kita wanita...

WARKAH BIRU


Azan subuh memecah keheningan pagi itu. Aina bingkas bangun dari tidur yang panjang malam tadi kerana keletihan berkerja seharian. Dia menoleh ke sisi kanan katilnya. Kelihatan sesosok tubuh sedang berdengkur halus masih berbungkus dengan selimut. Aina memandang sosok tubuh itu lama. Barangkali suaminya itu masih penat baru pulang dari outstation semalam.

“Abang, bangun bang. Solat subuh.” Aina mengejutkan suaminya.

Amri membuka matanya perlahan. Melihat isterinya yang mengejutkan lena, dia tersenyum. Amri bingkas bangun dan mengucup dahi isterinya.

“Selamat pagi sayang. Jom, solat subuh berjemaah.”

Begitulah rutin pagi Amri dan Aina. Bangun solat subuh berjemaah, sarapan bersama dan ke tempat kerja bersama. Tapi, pagi itu Aina mengambil cuti. Sebelum Amri ke tempat kerja, AIna menyediakan sarapan. Biasanya, Amri akan minum segelas kopi dan bihun goreng.

“Abang, tengah hari nanti balik makan tengah hari tak?” 

“ Tak sempat lah sayang. Abang ada mesyuarat. Tapi, abang balik awal. Kita makan malam sama ya.” Amri memujuk isteri kesayangannya.

Aina tersenyum. Sememangnya Amri seorang yang sangat kuat berkerja. Tetapi, Amri tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami. Perasaan Aina sebagai isteri dijaga dengan baik. Agama juga tidak pernah ditinggalkan. 

Selesai bersarapan, Aina menghantar Amri ke muka pintu. Aina bersalaman dengan suaminya dan melihat ke luar rumah sehingga kereta Amri sudah tidak kelihatan. 

Kereta yang dipandu Amri hilang dari pandangan Aina. Namun, Aina masih memandang ke luar rumah. Kelihatan matanya berkaca dan pipinya memerah. Aina menahan sebak. Mimpi semalam di rasakannya seperti benar-benar akan terjadi. 

Deringan telefon bimbit mengejutkan lamunan Aina. Aina bergegas masuk ke dalam rumah dan mengambil telefon bimbitnya. Dia menekan butang membuka pesanan ringkas dan kemudiannya tertera;

Mesej:
Keputusan pemeriksaan kesihatan AIna dah keluar. Aina datang hospital ya.
Penghantar :
Dr. Alia

Aina terduduk tatkala membaca pesanan ringkas dari Dr. Alia tersebut. Aina beristighfar dan memuji-muji nama Ilahi agar diberikan ketenangan hati. Di dalam hatinya berdoa,

“Ya Allah, andai ujian yang Kau turunkan ini adalah penghapus segala dosa-dosaku, kami redha Ya Allah. Berilah kami kekuatan dan peliharalah kami dari pengakhiran yang buruk. Amin.”

Aina bersiap-siap ke hospital dan di dalam hatinya masih ada kerisauan. 
Mimpinya….
Laporan kesihatan...




Bersambung…………



Oktober 12, 2011

[PART 1] : MARI MENGENAL RASULULLAH SAW

KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW YANG MULIA :

  1. Orang yang paling bijak, paling adil dan paling suci.
  2. Tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan perempuan yang bukan hamba, isteri dan yang bukan mahramnya
  3. Orang yang paling dermawan, tidak menyimpan dinar mahupun darham.
  4. Baginda memperbaiki sandal, menampal baju dan membantu pekerjaan isterinya serta memotong daging bersama mereka.
  5. Baginda orang yang paling besar rasa malunya, pandangannya tidak terus menatap wajah seseorang dan baginda memenuhi undangan hamba dan orang merdeka.
  6. Nabi SAW menerima hadiah, walaupun seteguk susu/peha kelinci dan membalasnya serta memakannya 
  7. Baginda tidak sombong memenuhi undangan hamba dan orang miskin
  8. Baginda pernah membonceng hambanya atau lainnya.
  9. Baginda memakai cincin perak di jari manisnya yang kanan dan kadang kala di sebelah kiri.
  10. Baginda menjenguk orang sakit di tepi kota Madinah dan menyukai minyak wangi, tidak menyukai bau busuk, duduk bersama orang fakir, makan bersama orang miskin, menghormati orang yang memiliki keutamaan dalam akhlak mereka.
  11. Baginda tidak membenci permainan yang mubah.
  12. Baginda tidak membenci seseorang dan menerima maaf orang yang minta maaf kepadanya.
  13. Nabi SAW bergurau , tidak mengatakan kecuali yang benar dan baginda tertawa tanpa bersuara keras.
Semoga Allah SWT memberi taufik kepada kita untuk mentaati dan mengikuti teladan dalam perbuatannya. Aminnn....


rujukan: Ihya' Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

RABU TANPA KATA #2 : SAAAAKKIIIIITTTTTT !!



-tolongggggggg !!!!! sangat sakitttt ..... Y_Y 

RABU TANPA KATA #1 : IKUT SUNNAH





Oktober 11, 2011

4 JENIS MANUSIA

Al-Khalil bin Ahmad berkata bahawa manusia itu ada 4 jenis :

  1. Ada orang yang tahu dan tahu bahawa ia mengetahui, maka itulah orang alim dan ikutilah dia.
  2. Ada orang yang tahu dan tidak tahu bahawa ia mengetahui, maka itulah orang yang tidur dan bangunkanlah dia.
  3. Ada orang yang tidak tahu dan ia tahu bahawa ia tidak mengetahui, maka itulah orang yang memerlukan bimbingan dan ajarilah dia.
  4. Ada orang yang tidak tahu dan ia tidak tahu bahawa ia tidak mengetahui, maka itulah orang yang bodoh dan waspadalah terhadapnya
" Ilmu memanggil amal "

Jika ia menjawab, ilmu itu akan bermanfaat. Jika ia tidak menjawab, maka ilmu itu pergi. Allah SWT berfirman :

" Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al-Kitab). Kemudian ia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu. "
(Al-A'raf: 175)


[PART 2] : AURAT SAYA MARUAH SAYA !

Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.

Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.
Seorang penyair berkata:

"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.

Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.

Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.

Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.

Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.

Sudahkah anda berhijab?

Kebenaran hanya milik Allah.


-Artikel iluvislam.com

Oktober 10, 2011

ORANG DUSUN YANG PANDAI

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asr'ari bahawa Nabi SAW bersabda:

"Umatku adalah umat yang dirahmati, tiada azab atas mereka di akhirat."

Disebutkan dalam sebuah hadith yang panjang dari Anas bahawa ketika orang dusun berkata kepada Rasulullah SAW:

"Ya Rasulullah, siapa yang melakukan pemeriksaan atas manusia di hari kiamat?"

Baginda menjawab: "Allah Azza wa Jall."

Orang itu berkata: "Dia sendiri?"

Nabi SAW menjawab: "Ya."

Maka tersenyumlah orang dusun itu.

Kemudian Rasulullah SAW bertanya: "Mengapa engkau tertawa, hai orang dusun?"

Ia menjawab: "Sesungguhnya yang Maha Pemurah itu apabila berkuasa tentu mahu Dia memaafkan dan apabila memeriksa Dia akan memberi keringanan."

Nabi SAW bersabda:  "Benarlah orang dusun itu. Tiada yang lebih pemurah daripada Allah SWT dan Dialah Yang Maha Pemurah di antara siapa pun yang paling pemurah."

Kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang dusun itu pandai."

Nabi SAW bersabda, Allah SWT berfirman: "Rahmat-Ku mendahului Murka-Ku."





kasutkaripap: Maha Besar Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

MENGINTIP

Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”


*********************************************************************
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.

Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.

( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).



kasutkaripap: jangan mengintip...jangan buruk sangka....*muhasabah diri*



USAHA AGAR TIDAK MENJADI MISKIN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha' dan qadar."
(Hadis Riwayat Abu Naim)

*****************************

Pengajaran Hadis: 

i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

iii) Sifat dengki itu ialah ˜apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya'. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.



DOSA SUBUH

Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.
Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.

Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.
Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.

Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.


-Artikel iluvislam.com

Oktober 08, 2011

MENCARI YANG TERBAIK

" Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, teruskan mara."


" Apa yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yang terbaik, usahlah cuba berharap lagi. Apabila kita sudah bertemu dengan seseorang, usahlah kita berusaha untuk mencari yang lebih baik lagi daripada dia. Kita patut hargai insan yang berada di depan kita sebaik-baiknya."


" Berikanlah yang terbaik, bukan mencari yang terbaik "


" Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat. "






AURAT SAYA MARUAH SAYA !


WANITA :
  • menampakkan muka sahaja
  • melabuhkan tudung menutupi dada
  • lengan baju menutup hingga ke pergelangan tangan
  • pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki
  • memakai stokin
LELAKI :
  • baju tidak terlalu nipis & ketat sehingga menampakkan bentuk aurat
  • menutup aurat antara pusat ke lutut
  • pakaian tidak menyerupai perempuan

Oktober 07, 2011

DIKIR SAMBAL BELACAN

Saje-saje di petang hari :) enjoy !


Lirik:
Sedap sungguh sambal belacan
kalu kena cara-cara
bubuh buah pauh cincang
perah asam sambal lada

gaul gula dengan garam
biar kena cukup rasa
hok beso makan sepinggan
makan sekali tamboh 2

rata sungguh sambal belacan
sohor bunyi rata rata
utama sekali negeri kelate
ore makan buka selera

ikan puyu ikan ruan
bakar tawar atas para
makan nasik banyak pinggan
kenyang perut nya tak berasa

sedap sungguh sambal belacan
acu try demo rasa
cicah pucuk kacang panjang
tambah bakar ikan tukka

selera naik takleh nak tahan
nak makan tergesa gesa
kena makan perlahan-lahan
takut malu ko tok tua

makan nasik sambal belacan
campur dengan tempoyak durian
tambah pulak asam garam
buleh makan genap-genap orang

tapi ingat ambo nak pesan
nyakit seduan takleh makan
kena jaga pantang larang
takut tokleh tido malam

makan nasik dengan ulam
sambal belacan kena ada
petat sambal jarang-jarang
dengan pucuk ulam raga

makan selerak takleh nak lawan
kalu makan sekeluarga
sudah terkenal seluruh kelate
sambal belacan sedap rasa

bakar tawar ikan selayang
sedap sungguh cicah sambal
hiris ulam timun batang
buah terik buah kerdah

makan nasik nya banyak pinggan
selera naik tak dan kawal
kenyang perut duduk tiang
sampai jenera nya tak khabar

NAK ROKOK PERCUMA ?

Soalan :

Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apa hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok ?



Jawapan :

Menurut pendapat mazhab Syafii, hukum menghisap rokok itu makruh. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan sakit, maka hukum MAKRUH itu berubah kepada hukum HARAM.

Dari sudut pembaziran, ada dua hukum. Pembaziran yang melampau batas hukumnya adalah HARAM. Pembaziran kategori ini yang disebut dalam al-Quran sabagai SAUDARA SYAITAN.

Pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk SAUDARA SYAITAN.




sumber : buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab.

LETS MOVE ON GUYS !

Hari ini sangat berbeza...
kenapa ya?
hari ini terasa seperti ada aura dari sumber luar yang menyebabkan semangat berkobar-kobar..

terasa seperti hati berbunga riang kerana hari ini masih ada kesempatan menghirup udara dunia..
terasa nikmatnya hidup ini..
terasa besarnya kurniaan Ilahi pada diri dan semua orang..

ya..diri bukan lah sesempurna orang lain..
tetapi, kita perlu motivasikan diri sendiri agar lebih bersemangat..
menjalani hidup yang sementara ini, menunggu akhirat yang bakal kita tempuhi kelak..
dan tidak mensia-siakan hidup dengan berada di takuk lama..

Ayuh sahabat semua! Lets move on!
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..

Cukup dengan masa lampau yang menyedihkan atau yang memenatkan..
Masih ada harapan untuk kita..




kasutkaripap: mungkin kerana 'mangkin' semalam =)

Oktober 06, 2011

KATA-KATA KITA ADALAH 'WAJAH' KITA


- besarkan sikit mata kalau agak-agak takleh baca..or klik gambar untuk tumbesaran dan zooommm 
(CTRL +) -






kasutkaripap: anda sendiri bagaimana???

Oktober 05, 2011

SENIMAN MENANGIS KE ?

Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka...

Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya...

Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa... ha...
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila...
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda... ha...
Tapi engkau tahu ku hanya berpura

Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda...

Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh...
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan...

Kalau kau berada...
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis...



okeh..ini video seniman menangis + marah + tahan gelak..hahaha


Oktober 04, 2011

NYANYIAN MENGEJUTKAN PENONTON !



kasutkaripap : hayati....

SEMUANYA GERSANG....TANPA ?


"Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,  
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal" 
~ Imam Al-Ghazali


Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya para malaikat merendahkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukannya."



Nabi SAW bersabda : "Kepergianmu untuk belajar satu bab ilmu lebih baik daripada solatmu sebanyak 100 rakaat."




kasutkaripap: Tuntut lah ilmu kerana ingin mengenali dan mendekati Allah swt.






Oktober 03, 2011

RAHSIA BERSUCI

Sabda Rasulullah SAW :
"Wuduk itu sebahagian dari iman"
" Agama didirikan di atas kebersihan"
" Kunci (pembuka) solat adalah bersuci"

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri." (At-Taubah: 108)

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin, tulisan Imam Al-Ghazali, bersuci itu ada 4 peringkat :
  1. Membersihkan badan dari hadas
  2. Membersihkan anggota tubuh dari kejahatan dan dosa
  3. Membersihkan hati dari akhlak tercela
  4. Menyucikan batin dari selain Allah SWT
Kesemua di atas adalah cara-cara penyucian nabi-nabi dan para siddiqin..

Dalam sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah: Allah-lah (yang menurunkannya), kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya." (Surah Al-An'am: 91)

Hati kita perlu dikosongkan dari segala sifat dan akhlak tercela, kemudian haruslah di isi dengan akhlak yang terpuji. Begitu juga dengan anggota kita yang harus dikosongkan dari dosa-dosa, kemudian di isi dengan ketaatan.

Setiap peringkat bersuci hendaklah mencukupi syarat-syarat untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Penyucian diawali dengan penyucian secara lahiriah, kemudian penyucian roh, hati dan batin.

Maka, kita tidak boleh menganggap bahawa maksud bersuci hanya penyucian secara lahiriah sahaja sehingga kita tidak mencapai sasaran sebenar bersuci. Dan segala peringkat-peringkat penyucian itu juga bukan mudah untuk kita capai tanpa usaha serta kerja keras daripada kita sendiri sepanjang hidup kita. Semoga akhirat menjadi tujuan kita dan sucikanlah lahiriah dan batiniah kita.

MAAFKANLAH DAN TAHAN RASA MARAH


"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
(HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." 
(Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
(al-Nuur: 22)


- Artikel iluvislam.com

Oktober 02, 2011

PESANAN KEKASIH AGUNG


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan: "Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." 
(HR al-Bukhari; 3036 dan Muslim; 2643)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...