Ogos 19, 2011

CUTI


-kasutkaripap akan bercuti bermula 20hb Ogos hingga 5hb Sept...mungkin susah nak update dah dalam masa cuti tu..jadi kawan2 blogger lain jgn lupa singgah baca entri2 yang dulu2..semoga dapat manfaat ya..jadi kasutkaripap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada rakan2 blogger yang lain! Semoga bergembira di hari lebaran nanti ye..-





JIWA TERASA KOSONG ?

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.

Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!

Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!




5 KELEBIHAN BERJALAN KAKI KE MASJID

  1. Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.

  2. Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.

  3. Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.

  4. Ia bentuk senaman. Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.

  5. Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).





     - Artikel iluvislam.com





Ogos 18, 2011

SEJARAH MALAM LAILATUL QADAR

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.



Siapakah lelaki Bani Israil itu?

Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.

Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"

Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."

Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.

Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.

Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.

Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.

[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut.


Kisah ini diambil dari kitab Mukashafah al-Qulub (Penenang Jiwa) bab 103 karangan Imam al-Ghazali.


Artikel: iluvislam.com




WAHAI SANG HATI

Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?

Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,

Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.

Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,

Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,

Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.
Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ianya sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.


- Artikel iluvislam.com




kasutkaripap: ......................andai sudah ditentukan DIA..maka ia akan terjadi..andai ia bukan seperti yang ku harapkan..hapuskan air mataku jika ia gugur kerana manusia..kerana air mataku hanya layak untukMu Ya Rabb...

Ogos 16, 2011

BOLEH KAH PENZINA JADI IMAM ?

SOALAN
APAKAH hukumnya seseorang penzina menjadi imam dalam solat?


JAWAPAN

MELAKUKAN zina termasuk dalam dosa besar. Namun begitu, ia tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.


Dengan solat setiap Muslim tetap sah dan sah solatnya. Maka sah juga orang yang
mengikutnya. Dengan kata lain hukum seseorang penzina menjadi imam dalam solat tetap sah dan orang yang mengikutnya juga sah solat.

Menurut al-Bukhari pernah terjadi bahawa Ibnu Umar bersolat di belakang al-Hajjaj yang terkenal zalim.

Ada yang menghukum makruh untuk berimam dengan orang fasik dan ahli bid’ah (Sayyid al-Sabiq 2000, I: 169).



SUMBER: Harian Metro


DUP..DAP..DUP..DAP #2

menghitung hari........

tapi...
.
.
.
.
.
.
.
.
kenapa sekarang jadi lain....





kasutkaripap: bersangka baik lebih elok..



MAKAN BELALANG


Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya: 
"Kami berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam tujuh peperangan di mana kami pernah memakan belalang."
(Hadis Riwayat Bukhari)
**************************************

Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syarak daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari segala macam binatang yang hidup di dalam air. Perkara ini disebabkan suatu keadaan yang tidak memungkinkan kita untuk menyembelihnya menjadikan ia halal dimakan.







BERTUNANG TANPA IBU BAPA


::: Bertunang tidak semestinya diikat apabila rombongan pihak lelaki datang untuk menyarungkan cincin pada pihak wanita ::: Dari segi Hukum Islam...............tonton video ini ! 





Dari Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda:
"Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya."
(Hadis Riwayat Muslim)




kasutkaripap: malangnya...masyarakat sekarang mendahulukan ADAT daripada HUKUM ISLAM !





'PENJAHAT KECIL'


Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya: 
"Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ˜si penjahat kecil'."
(Hadis Riwayat Muslim)
****************************************

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. 

Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' 

Lalu dijawab oleh burung tersebut, Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)


*saya cicak. bunuhlah saya*



kasutkaripap: burung juga takut disoal oleh Allah diakhirat nanti....sedangkan kita manusia??? masih tidak malu melakukan kemungkaran di atas muka bumi...jangan bersikap seperti si 'penjahat kecil' itu.......



Ogos 15, 2011

AIR TANGAN ORANG TIDAK SOLAT


"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?



Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .



dipetik dari artikel Islam-The Way of Life




GADIS

Aku gadis bermaruah,
Benci kepada zina,
Benci kerana hina,
Jasad menzahirkan kata,
Batin memendamkan rasa.

Aduhai hati,
Bertahanlah engkau,
Aku seksa menanggung pilu,
Melawan nafsu beraja di hati,
Sabarkan jiwa menanggung sepi,
Dambakan kasih dari dirinya.

Aduhai mata,
Pejamkanlah seketika,
Bersihkan dari memandang mereka,
Lihatlah langit itu,
Masih teguh di situ,
Tahulah kamu akan keEsaan-Nya,
Perit azab kelak menantimu,
Tidak tertanggung oleh sang jiwa.

Aduhai tangan,
Diamlah dalam kocekku,
Jangan bermain di merata-rata,
Jauhkan dari mara bahaya,
Bermainlah pada kebaikan,
Menambah pahala,
Menghiasi jiwa yang gersang.

Aduhai kaki,
Hentikan langkahmu sebentar,
Singgah ke masjid menunaikan kewajiban,
Tahankan kaki dari Syaitan,
Menghasut diri ke lembah kehinaan,
Kaki yang sihat jangan disimpan,
Gunakanlah ia untuk kebaikan.

Duhai jiwa menari-nari,
Senyummu seindah mentari,
Kasihmu di dalam sanubari,
Menjenguk hati nuraini,
Mencintai kasih hakiki.



-Artikel iluvislam.com



DUP..DAP..DUP..DAP

dup..
dap..
dup..
dap..

keriangan yang dirasai kini bertukar...
ianya menjadi sesuatu yang mendebarkan...

debar...debar...berdebar...
hari itu semakin tiba...
pastinya aku merasakan sesuatu yang berbeza...
sesuatu yang baru..mungkin..

dan..disudut hati kecilku..
risau..
Ya Allah..
tetapkanlah Iman ku..
peliharalah agamaku..
berilah aku kekuatan...

Tiada yang lebih berkuasa selainMu..Ya Allah..
Aminn Ya Rabb.....




RAMALAN HOROSKOP ANDA

Dari Zaid bin Khalid, katanya: Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?" Jawab mereka itu: Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui." Kata Rasulullah s.a.w.: Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang."
(Hadis Riwayat Muslim)
**********************************************


Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. 
 
Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. 
 
Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.
 
 
 
 

Ogos 12, 2011

MEMILIH SAHABAT SEJATI

Dalam satu hadis lain Nabi saw bersabda, "Seseorang bergantung pada agama kawannya, maka hendaklah salah seorang di kalangan kamu semua melihat dengan siapa dia berkawan." 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Daripada hadis diatas, jelas bahawa Rasulullah secara tegas memerintahkan umatnya supaya bersahabat dengan orang yang baik-baik dan bertakwa. Kita memerlukan sahabat sejati dalam mengharungi kehidupan yang penuh muslihat.

Sebuah kata-kata dari Khalil al-Musawi :
"Memilih sahabat perlu dilakukan dengan cermat dan teratur, bukan secara spontan. Ini kerana persahabatan bermaksud kehidupan bersama. Bagi sahabat tahap pertama (sangat rapat), pemilihannya harus lebih cermat. Pada umumnya, sebab gagalnya meneruskan persahabatan kerana mereka tersilap dalam pemilihan. Kegagalan pemilihan dalam persahabatan disebabkan sikap tergesa-gesa dan lebih mendahulukan perasaan. Perkara yang penting untuk dipertimbangkan dalam memilih sahabat adalah amalan Islam. Seorang sahabat haruslah bersahabat kerana Allah, dipercayai dan cekap sehinggakan dia dapat memberikan sumbangan dalam memajukan amal perbuatannya."

Khalil al-Musawi juga memberikan secara terperinci tujuh perkara yang dapat menjadikan persahabatan anda berkekalan:

  1. Anda menyukai apa yang mereka sukai dan membenci apa yang mereka benci
  2. mengelakkan kemarahannya, mencari keredhaannya dan menuruti perintahnya
  3. membantu mereka dengan harta anda, lisan anda, tangan dan kaki anda
  4. anda menjadi mata, petunjuk, cermin dan pakaian mereka
  5. jangan anda kenyang, sedangkan mereka lapar dan jangan anda puas minum, sedangkan mereka kehausan
  6. anda harus memenuhi jemputannya, menjenguknya ketika sakit dan menghantar jenazahnya apabila meninggal dunia
  7. jika anda mengetahui dia mempunyai keperluan, maka segera memenuhinya tanpa menunggu sehingga dia meminta terlebih dahulu
Kadang kala manusia tergesa-gesa dalam memilih sahabat sehingga memilih yang bodoh. Ali bin Abi Talib berkata, "Elakkan bersahabat dengan orang yang bodoh kerana boleh jadi ketika dia bertujuan menguntungkanmu, namun jelas merugikanmu. Elakkan bersahabat dengan orang yang kikir kerana dia akan mengabaikanmu ketika  kamu memerlukannya. Elakkan bersahabat dengan orang yang suka melakukan maksiat kerana dia akan menjualmu dengan unta betina. Elakkan bersahabat dengan orang yang suka berbohong kerana dia akan mendekatkan sesuatu yang jauh dan menjauhkan sesuatu yang dekat."

Namun demikian, sebagai seorang muslim, kita dilarang membeza-bezakan teman. Perlu diingat bahawa adanya sahabat yang rapat bukan bermakna membataskan seseorang hanya pada beberapa orang sahabat sahaja dan menghadkan persahabatan dengan orang lain.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini :

Seorang pemuda yang ketagih dadah, kemudian masuk ke penjara ditanya, "Mengapa kamu sehingga masuk penjara dan menjadi penagih dadah?" Dia hanya menjawab pendek, "Saya terpengaruh dengan kawan!"
Perhatikan bagaimana penduduk neraka yang saling bergaduh, mereka bersumpah bahawa mereka benar-benar berada dalam kesesatan, lalu mereka menyebutkan sebab kesesatan mereka, yakni al-mujrimun (orang yang berdosa)..

Allah swt berfirman, yang maksudnya :

"Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam Neraka: Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam. Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberikan pertolongan , Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman." (Surah Asy-Syu'ara:96-102)


Nauzubillah..








LETAK PENGHADANG KETIKA SOLAT

Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya: 
"kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu."
(Riwayat Hadis Muslim)
*************************************

DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM.





kasutkaripap: perkara begni sering terjadi di surau-surau pusat membeli belah..sesetengah daripada kita tidak mengambil berat akan perkara ini...letak lah penghadang seperti beg tangan ke, tudung ke,  di hadapan kita ketika bersolat agar dapat mengelakkan orang lain lalu-lalang....

RENDANG KUBA ??????????


lembu punya susu, sapi dapat nama !

BAWANG PUTIH DAN BAU MULUT

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram? Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.
(Hadis Riwayat Muslim)
*******************************


Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. 

Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. 

Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. 

Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. 

Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. 

Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.





kasutkaripap: makan bawang banyak-banyak juga menyebabkan bau badan...sebab peluh yang keluar akan berbau...tapi, tidak dinafikan bawang juga ada kesan baik untuk kesihatan..rujuklah pakar kesihatan ya! 





Ogos 11, 2011

SPONTAN KHAMIS #2




 -doodle ke-2 dengan menggunakan photoscape....hihihihihi-

SPONTAN KHAMIS !



-percubaan pertama buat doodle! hahahaha.......ini je mampu...-







KISAHKU


Dengarkan kisahku… .

Dengarkan, tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku: kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan, padahal aku masih tegar dalam penderitaanku..

Jika kita mencintai, cinta kita bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri kita. Jika kita bergembira, kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita, tapi dalam Hidup itu sendiri. Jika kita menderita, kesakitan kita tidak terletak pada luka kita, tapi dalam hati nurani alam.

Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke generasi.

Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran, yang terbuka namun rahsia; ia hanya dapat difahami melalui cinta, hanya dapat disentuh dengan kebaikan; dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ia menghilang bagai segumpal wap
 

~Khalil Gibran




ALAHAI MATA..KENAPA KAU LIAR ????

Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. Dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia, kau nak tengok?


Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).
Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu... tengah jalan ramai-ramai depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?


Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt Minah Saleh tu... Tak solehah langsung...!
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la.. betul lah cakap kau...



Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.


''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik.''
Allah berfirman :


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [Surah Al-Mulk :12]


Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.


- Artikel iluvislam.com





kasutkaripap: semoga segala aib kita dipelihara dengan menjaga aib orang lain......





IMAN TIDAK DIPAKSA

Firman Allah (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Iman tidak boleh dipaksa. Cuma sebab-sebab manusia menerima Islam disebabkan alasan yang dapat diterima oleh akal dan ruh insan. Mempercayai Tuhan adalah selangkah ke arah Islam. Mengetahui dan mengiktiraf ajaran Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu adalah selangkah yang mendekatkan lagi manusia kepada Islam. Apa yang tinggal peranan kita menjelaskan Islam yang sebenar. Janganlah pula kita yang merosakkan gambaran Islam yang mulia dan suci ini.




Sila baca selanjutnya artikel ini di sini :
http://drmaza.com/home/?p=956




Ogos 10, 2011

RABU TANPA KATA #4 : DUET RAYO


-tak sabar nak balik kg..nak cubit cubit budak bulat ni!-


RABU TANPA KATA #3 : POPEYE THE SAILOR MAN !


-errrkkk-




RABU TANPA KATA #2 : BOBOIBOY



- okeh! mamak! jgn gelak!-


DORAEMON VERSI KLATE:: KAMERA KECEK !














kredit to : cerahjeff.blogspot.com

RABU TANPA KATA #2 : G-SHOCK !



RABU TANPA KATA #1 : SAKIT


-oooouuuuuuccccchhhhhhh-

WAJIB MEMBAYAR MAS KAHWIN

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina."
(Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim)

**********************************

1. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

2. Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.

3. Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 







kasutkaripap: yang nak kawin tu jangan pula abaikan mas kawin ye! paling penting tu...nilai hantaran tu tak perlulah pening2 kepala....mana yang mampu sahaja..jangan sampai ia menjadi bebanan!

KASI vs KAHWIN

Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya: 
"Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami."
(Riwayat Hadis Muslim)

******************************

Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik. Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) ataupun gelaran bujang terlajak (bagi lelaki). 

Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi ini. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin. 

Katanya; 'Mahu kahwin tapi tiada jodoh' atau ˜mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran terlalu mahal' atau ˜takut hendak berkahwin bimbang didera atau dianiaya'

Ini merupakan antara jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan. Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata hanya untuk tujuan seks semata. 

Justeru ramai yang memilih jalan salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal. Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina, lesbian dan homoseks yang menghalalkan perhubungan seks secara bebas. 

Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat bahkan penyakit ini sudah menular pula kepada anak-anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan. Kemunculan bahan-bahan lucah di sana sini pula makin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan. Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat kita sekarang? 

Pada zaman Rasulullah SAW, perkahwinan mahu dielak kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya. Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia. 

Justeru, sama ada berkahwin ataupun tidak, apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu! 




Ogos 09, 2011

SEGMEN : Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah





Salam !
hehe...dengan penuh semangat saya men'join'kan diri dalam segmen menyegmen ini...
sesapa nak join boleh KLIK SINI...

memandangkan tuan punya blog minta nama dan hobi makanya, saya sertakan di sini..
Nama saya Nor...haha...panggil saja 'KasutKaripap'..kekeke..
hobi saya adalah.............sangat-sangat suka sangat sangat berapa banyak sangat daa menonton kartun !!!!!! lagi-lagi Doreamon & Oggy and The Cockroaches ! haha.......ada tak rakan-rakan blogger yang sama kartun cam saya???? Jom! Jom berkenalan =p




PETUA DIMURAHKAN REZEKI & DIPANJANGKAN USIA

Ramai di antara kita sering mengucapkan ayat ini kepada rakan-rakan, saudara mara, dan sesiapa sahaja yang anda kenal...
dan ayat ini sering diucapkan ketika seseorang itu menyambut ulang tahun kelahiran atau hari-hari istimewa tertentu..

" SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI"

***********************************************************

Jadi...apa petua agar kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT ???
Jawapannya di sini.................
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. 
Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu. 





kasutkaripap: sama-sama kita mengeratkan silaturahim diantara manusia, dan lakukan ia kerana inginkan keRedhaan ALLAH SWT...


IKHLAS MENUNTUT ILMU


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."
(Riwayat Abu Daud) 

***********************

1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.

2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ˜glamour' dan sebagainya.

3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.






kasutkaripap: "Sesunggunya aku menuntut ilmu keranaMU Ya Rabb.."

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu"

Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: 
"Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu". 
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
****************

1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. 

2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa. 

3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat. 





kasutkaripap: dahulukan kebaikan daripada keburukan..



$$$$$ ?


kasutkaripap: ($_$)

Ogos 08, 2011

TERBANG


LERAIKAN NAFSU !

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melihat seorang wanita, lalu baginda mendatangi Zainab, isteri Baginda yang sedang menyamak kulit miliknya. Kemudian Rasulullah S.A.W memenuhi keinginan Baginda. Setelah itu, Baginda keluar kepada para sahabat, lalu kemudian baginda bersabda:

"Sesungguhnya wanita itu bila dilihat daripada depan dan belakang tampak memikat kerana ada pengaruh Syaitan. Apabila seseorang itu melihat lalu terpikat, maka segeralah pulang untuk menyetubuhi isterinya, kerana itu dapat meleraikan nafsunya." - Hadis riwayat Muslim (no: 1403)

Hadis ini mengisahkan kisah Rasulullah S.A.W di mana pada suatu ketika Baginda terlihat seorang wanita daripada jarak jauh dan kemudian dirinya khuatir (Padahal Baginda ma'sum) terjerumus kepada sesuatu. Baginda sangat kagum melihat wanita tersebut, dan Baginda juga berasa sesuatu yang berbentuk perasaan suka.

Baginda kemudiannya pulang ke rumah dan bertemu isteri baginda Zainab , dan ketika itu isteri Baginda sedang menyamak kulit. Namun, Rasulullah S.A.W tidak bergegas meleraikan nafsunya akan tetapi beliau menunggu sehingga si isteri selesai daripada pekerjaannya. Setelah selesai barulah kedua-duanya memenuhi hajat masing-masing.

Setelah itu Baginda keluar menemui para sahabatnya dan bersabda seperti yang di atas yakni Baginda berusaha untuk menolak dan mencegah munculnya godaan syaitan yang ditujukan padanya.
Hal ini samalah seperti nikah. Mengapa disyariatkan untuk bernikah? Nikah disyariatkan kerana ia merupakan sesuatu yang wajib bagi orang yang memerlukannya, kerana khuatir mereka terjerumus ke lembah zina.
Rasulullah S.A.W tidak melihat wanita tersebut dengan sengaja dan perasaan suka tersebut hanya terlintas secara tidak sengaja.

Oleh sebab itu Allah memerintahkan kaum lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan serta menjaga kemuliaan diri.


Firman Allah: 

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."
"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka perlihatkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam..." -An-Nur

Sesungguhnya Syaitan mendatangi kaum lelaki darpada depan dan juga belakang. Jikalau daripada depan Syaitan memperdayakan lelaki pada wajah dan payudara kaum wanita manakala daripada belakang Syaitan memperdayakan kaum lelaki pada pinggul dan kemaluannya.

Syaitan mempunyai pelbagai taktik kotor untuk memperdayakan manusia. Oleh sebab itu kita harus berusaha melawan godaan Syaitan yang sebenarnya akan membawa kepada kehancuran buat kita. Wallahualam.


- Artikel iluvislam.com


kasutkaripap: " NAFSU BUKAN UNTUK DIHAPUSKAN TETAPI UNTUK DI URUS! "


MENCARI BAHAGIA - APAKAH PADA SEKUFU ?

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis dan  keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat.

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. Begitu juga lelaki. Adalah haram bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdua-duaan kerana ia boleh mendatangkan dosa dan fitnah.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud, "Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)

Melalui ikatan perkahwinan, membolehkan lelaki dan wanita itu bermesra-mesraan. Begitulah berkatnya mereka yang berkahwin. Namun, bagi yang tidak berkemampuan Rasululullah SAW dalam suatu riwayatnya telah bersabda yang bermaksud,

"Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah mulianya perkahwinan yang mengikut syariat di sisi agama.




Mencari Sekufu Itu Penting?

Dalam melewati alam perkahwinan, isu sekufu antara menjadi topik perbualan dan kadang kala boleh menjadi batu penghalang kepada kelangsungan sebuah kebahagiaan yang diidamkan.

Apabila perkara ini diperbesar-besarkan ia menjadi batu penghalang kepada sesuatu pasangan. Apakah wajar sebuah nikmat bahagia melalui dunia perkahwinan dibatalkan hanya semata-mata tidak sekufu. Apakah mereka yang membicarakan isu sekufu itu, tahu apa pengertian sekufu yang sebenar dan dari sudut mana sekufu itu dinilai. Ada yang hanya mengambil kira sekufu dari sudut kedudukan, rupa paras, kekayaan, dan juga keturunan.

Justeru, sebelum pergi lebih jauh kita harus faham apa itu sekufu. Kufu adalah bahasa Arab, ertinya setaraf. Memang benar dalam perkahwinan ada menitikberatkan mengenai sekufu, seandainya tidak sekufu si anak boleh membantah akan perkahwinan yang cuba dilangsungkan itu. Disebabkan itulah Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang tidak sekufu.

Namun begitu, pengertian dan maksud sekufu ini sangat luas dan ia tidak hanya tertumpu pada keturunan sahaja. Disebabkan salah tafsiran itu mereka yang mempunyai kedudukan menolak sesebuah perkahwinan itu hanya kerana tidak sekufu dari segi darjat dan keturunan.

Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.

Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.

Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 

'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."



artikrl : iluvislam.com







DISEBALIK NAMA HAJJAH SITT AL-WUZARA

Akhirnya terbongkar!


siapa tidak kenal dengan nama Hajjah Sitt Al-Wuzara ?
wanita ini sangat sinonim dengan kerja-kerja mengutuk agama Islam melalui dunia cyber *blog, group facebook https://www.facebook.com/groups/117676498244829/ *





Pembongkaran telah dibuat melalui #OpsRamadhan oleh Hacker GaySec ....
Anda boleh cuba klik disini untuk informasi lanjut  http://www.scribd.com/doc/61799442/Hajjah-Sitt-Al-wuzara2





kredit to : mejuez.com & andyhowtt.com    
(Sumber gambar dari mereka)



kasutkaripap: Berharap agar pihak tertentu yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya kepada 'penjahat' ini....Sekian.*Kalau diberi peluang, anda nak buat apa dengan beliau??*

Ogos 06, 2011

"DIA MURID KU........."

Cikgu : Selamat pagi....kerja rumah minggu lepas sudah siap belum??

Murid : Hehehe..*sengih2* belum siap cikgu..

Cikgu : Haish...selalu buat macam tu..siapkan depan cikgu sekarang...buat rumusan karangan kertas 2 tu.

Murid : Baik cikgu..
**********************************

10minit kemudian;

Murid : Cikgu...susahlah soalan percubaan subjek matematik minggu lepas...

Cikgu : Yeke susah? Ke awak yang tak habis belajar ?

Murid : Betul cikgu...susah..soalan dia semua pelik-pelik..tengok saja pun dah tahu susah.

Cikgu : Yeke kamu ni? Soalan apa yang susah ?

Murid : Soalan dia macam ni... *sambil menulis contoh soalan pada kertas*...Haaa...susahkan cikgu ?

Cikgu : Laa...soalan ni pun tak boleh jawab ? Senang je..jawapannya *jawap ala2 budak PMR*...siap! senang je kan?

Murid : Waaahhhhhhhh.....pandainya cikgu! Cikgu, cuba buat soalan ni pula..*sambil mengeluarkan buku koleksi soalan pmr tahun lepas*

Cikgu : Eh! Kamu ni..cikgu suruh kamu buat kerja, bukan kamu suruh cikgu jawab soalan matematik..siapkan karangan tu sekarang!

Murid : Ala cikgu....saya buat lah ni..sambil2 cikgu selesaikan soalan matematik ni..haaa...cikgu jawab yang ni. nampak susah!

Cikgu : Macam2 saja lah kamu ni...buat kerja tu...*tapi tangan cikgu jawab juga soalan maths tadi*..

**************
tak sampai seminit;

Cikgu : Dah siap!

Murid : Fuyoooooo terer nye cikgu! betul lah...ok cikgu..ni soalan yang last..paling susah....

Cikgu : *cikgu pun tak mahu mengalah*.....oooo soalan ni.....senang je..jawapannya D.

Murid : Hahahaha...cikgu salah jawapannya B!

Cikgu : Ok..kita tengok sape betul....*sambil belek jawapan kat muka surat belakang*...

Murid & Cikgu : *serentak*.....OOoooooo jawapannya C laaa!!!

************************

Hahahahahahahahhahahaha.................murid ngan cikgu same je...jadi private teacher untuk certain student di rumah adalah sesuatu yang paling mencabar..macam-macam karenah. Lagi-lagi dapat student yang perangai macam gini...

************************

Murid : ok lah..cikgu memang hebat..tapi kenapa tak ajar saya 4 subjek (BM,BI,Maths,Sains) ?

Cikgu : Eh..mana bole..cikgu nak juga rehat2 hujung minggu..biarlah cikgu lain pula ajar subjek lain...cukup lah sains & BM cikgu ajar...

Murid : Tapi..cikgu terer juga maths..bole ajar saya maths, sains ngan BM...errr..kalau BI tu..saya tak yakin cikgu boleh ajar saya..nak sebut perkataan BI dalam nota sains pun cikgu sasul-sasul....

Cikgu : HHHaaaaaaaaa???????????????????????











kasutkaripap: tidak semua guru ingin mengajar, dan tidak semua pelajar ingin belajar..guru pernah menjadi seorang pelajar satu ketika dahulu dan tahu sifat-sifat seorang pelajar sekolah bagaimana, tetapi pelajar tetap seorang pelajar..mereka ibarat duduk dalam kotak kaca...mereka melihat dunia luar..tetapi, mereka lebih gembira berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa fikirkan dunia akan datang...

Ogos 05, 2011

" LELAKI SOLEH & WANITA SOLEHAH MESTI BACA "

Sudah menjadi kelaziman apabila seseorang itu sudah dapat berfikir dengan baiknya bahawa dirinya mesti disayangi, ingin menyayangi dan mahu disentuh dengan sentuhan kasih sayang.
Seorang muslimin semestinya akan mencari pasangan hidup yang mampu melengkapi kekurangan hidupnya, mahu hatinya disentuh dengan kasih sayang seorang muslimah. Kerana seorang muslimin juga membesar dengan sentuhan seorang muslimah yang bernama ibu.
Ya, sentuhan. Hanya dengan sentuhan kita akan lebih merasa nikmat, akan lebih merasa kewujudannya, dan akan lebih merasa dialah kepunyaan kita. Perlu disentuh dan memegangnya dengan erat.
Sentuhan untuk merasa akan rasa kasih sayang, sentuhan apabila selesainya lafaz sakinah, ikatan yang halal.
Wanita solehah bayangan bidadari!


Women of Heaven
Apabila diceritakan akan Syurga, hati rasa bergetar, terus jatuh hati. Naluri berkata, terasa ingin membayangkan indahnya Syurga itu, akan tetapi bayangan itu semestinya salah.
Tatkala janji-Nya mula berbisik, suara mula memuji-Nya, apabila rasa rindu datang menyapa, hati terus terusik, Rasul-Nya menjadi pilihan sebagai pengubat rindu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:  
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]

Ingin saya menjemput bidadari, sebagai pelengkap. Ingin saya menjemput bidadari agar dapat merasai nikmat Syurga kelak, agar dapat menemani di persinggahan dunia.

Ingin saya menjemput bidadari supaya perjuangan menuju akhirat ada kekuatan. Menjemput bidadari agar bidadari ini dapat bersama di Syurga sana. Moga dialah bidadari terhebat. Ameen ya Allah.

Sering diceritakan keindahan Syurga, bidadarinya begitu cantik, menarik dan mempersona. Jika mahukan Syurga, jadilah pencinta bidadari. Itu kesimpulan saya pada mulanya.

Namun tercatat sudah kata ulama, wanita Syurga itu cantik, tetapi wanita dunia yang dikurniakan Syurga itu lebih cantik daripada bidadari Syurga. Tercatat sudah bahawa wanita solehah akan dijadikan ketua bidadari.
Ya, wanita dunia itu lebih cantik daripada bidadari Syurga, wanita solehah pasti dikurniakan ganjaran Syurga.
Wanita solehah menjadi ketua bidadari semestinya ketua merupakan yang terbaik dalam kalangan yang lain.
Teruja bukan? Bagaimanakah pula dengan wanita-wanita di dunia kini? Ibu, kakak dan adik perempuan kita, saudara perempuan kita, mudah-mudahan kitalah pendorong mereka dalam menerangi laluan ke Syurga.


Wanita Solehah

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Impian saya adalah wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah, izinkan aku menjemput bidadari untuk menuju-Mu mengisi hari.
Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani.
Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna.
Bidadari yang menemani resah.
Bidadari yang menenangkan jiwa.
Bidadari jadilah sang setia.
Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan, dan memberikan saki baki cintanya sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di Syurga.

Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Bukan sebarangan insan dapat dicintainya.

Insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.

Seperti mencari kemanisan Iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.

Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjadikan kita rasakan tidak sempurna.

Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.
Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di Syurga akan menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.
Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke Syurga.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]


Lelaki Soleh

Qudwah hasanah, contoh ikatan yang terbaik, semestinya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah merupakan tokoh sepanjang zaman yang telah berjaya menggilap rasa perhambaan umat manusia kepada Allah pada zaman jahiliyah dahulu.

Rasulullah S.A.W, ketokohannya perlu dicontohi oleh pemuda Islam sekarang, Rasulullah yang telah merubah hati-hati umat ketika zaman jahiliyah yang kegersangan tanpa cinta sejati. Apabila kuatnya rasa perhambaan kepada Allah, maka mudahlah hati dapat menerima janji-janji pasti dan perintah-perintah penuh hikmah dari Allah S.W.T.

Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita ketika itu, dari dipandang hina ke satu kedudukan yang sangat istimewa di sisi Islam. Ajaran yang dibawa Rasulullah telah berjaya menambat hati pemuda ketika itu, telah berjaya mengubah budi pekerti kaum lelaki.

Timbullah rasa tanggungjawab di hati pemuda Islam ketika itu, dari zaman penuh kegelapan berubah kepada zaman kegemilangan Islam yang bercahaya. Sedar akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing di sisi Islam. Bagaikan suluhan cahaya datang menerangi. Menyuluh setiap celahan kegelapan.

Ketika itu walaupun umat Islam dipukul resah, namun wahyu Allah diperdengarkan terus dari Rasulullah. Tiada keresahan tiada lagi amalan zaman jahiliyah yang pastinya ketika itu sangat menzalimi sesama sendiri.
Kaum wanita dikagumi jasanya, terus menerus kaum wanita menyambung untaian talian cinta berbanding diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Lelaki yang soleh tiada mengenal erti kegagalan dalam menuntut kemuliaan Allah di dunia dan akhirat, kerana lelaki soleh tidak dayus membiarkan saudara perempuannya keluar dari rumah tanpa perlindungan hukum Allah, tubuh badan kaum wanitanya diselimuti dengan helaian kain yang sudah disyariatkan.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad S.A.W menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah S.A.W telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

Salah satu tanda kasih Baginda S.A.W terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya kepada ahli keluarga. Rasulullah S.A.W sendiri menjadikan diri dan keluarga Baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Orang mukmin yang paling sempurna Imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]

Lagi sabda Rasulullah S.A.W:  
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi." [Riwayat Abu 'Asakir]

Teguhkan hati usahlah engkau ragu wahai lelaki soleh, berzikirlah sebanyak mana yang engkau mahu agar wanita solehah tetap akan menjadi suri. Telah diciptakan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya, usahlah engkau ragu lagi.


Kau Bidadari Terhebat

Inilah bidadari Syurga.
Hidupnya dipenuhi dengan amalan rasa keimanan yang mampu memenuhi relung hati dengan cinta Ilahi. Kecantikannya tidak dibanggakan, keayuannya tidak pernah diserlahkan agar tidak mencedera jiwa kaum adam. Senyumannya adalah sedekah paling mudah, tiada rasa terhutang budi. Senyumannya tidak disalah guna.

Kecantikannya merupakan satu nikmat yang perlu dijaga, kecantikannya merupakan amanah yang berperanan agar dirinya bertambah malu, malu dari melakukan mungkar. Agar dirinya berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Kecantikan sebenar adalah pada akhlaknya, ketulusan hatinya yang tersembunyi itu.

Wanita solehah, bagaikan permata, permata yang disimpan rapi. Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin menjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya. Itulah yang sebaiknya.

Al-KHAWARIZMI

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji.

Erti perhambaannya hanya pada merindu yang Esa. Rindunya dihulurkan kepada yang pasti membalas. Rindunya tidak diberikan pada yang lemah. Lukisan rindunya penuh bermakna, dilukis dengan amalan redha Ilahi. Mengalir mutiara suci di pipinya sambil mulut berzikir mengagungkan-Nya.

Wanita solehah yang gemersik suaranya, indah lantunan suaranya dikuatkan kepada anak-anak bangsa, dakwah itu kebebasannya. Suara emasnya hanya menyampaikan Islam. Suaranya untuk kebenaran dan berhujah menentang kebatilan. Kepahitan memperjuangkan kebenaran tetap diperjuangkan kerana sudah terselit rasa di hati akan kemanisan di puncak kebenaran.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:  
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." [Surah Al-Ahzab: 32]

Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.

Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari Syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.

Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:  
"Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya." [Riwayat Abu Daud]

Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda.

Wanita solehah itu bukannya dipandang pada besarnya ujian dan sengsara yang ditempuh, tetapi wanita solehah itu dilihat pada bagaimana menggunakan setiap ibrah dari segala ujian agar dikuatkan lagi Imannya dalam menempuhi ujian tersebut.

Tidak pernah meminta dikecilkan ujian, tetapi sentiasa memohon agar dikuatkan Iman supaya dapat menempuhi ujian yang mendatang. Wanita solehah itu tidak berbangga dari sifat mesranya dalam pergaulan, tetapi indahnya dilihat dari sejauh mana kemampuan menjaga kehormatannya dalam pergaulan.

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al-Bazzar]


Cinta Sampai Syurga

Bila masanya tiba nanti semua akan bertemu dengan yang Maha Esa. Adakah ia menjadi penamat segalanya? Tidak sama sekali kerana kita mempunyai dua pilihan iaitu Syurga atau Neraka. Hanya dua pilihan tidak lebih. Pasti semua mahukan nikmat Syurga.

Tiada pilihan ketiga, namun dua pilihan inilah yang selalunya disalah pilih. Antara ingkar dan patuh dan antara benar dan salah, antara madu atau racun.

Di setiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.
Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke Syurga, pada-MU jua kami bersujud dan berserah.

Ya, cinta sampai Syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta. Jika pasangannya sudah lebih awal bertemu yang Maha Esa, mohonlah dan berusaha agar dipertemukan di Syurga kelak.

Ya, kerana wanita yang solehah itu lebih cantik dari bidadari Syurga dan wanita dunia yang solehah itu akan dijadikan ketua bidadari, siapakah yang akan menjadi ketua bidadari? Jawapannya wanita dunia sekarang ini, siapa? Ibu, saudara perempuan kita dan pastinya mahukan isteri, isteri yang tercinta. Mahukan cinta yang berkekalan sampai Syurga, di sana cintanya berkekalan.

Kekal abadi itu kehidupan yang dijanjikan Allah. Itu janji yang pasti. Ya, mari bergandingan ke Syurga. Binalah syurga rumahtangga dahulu di dunia agar dapat merasai nikmat Syurga bersama. Institusi kekeluargaan yang berjaya pasti akan menghasilkan kedamaian dunia yang sempurna dengan berlandaskan syariat Islam.


Peluang Beramal

"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah S.W.T, walaupun hanya beberapa saat." (Azmi Bin Bahari)

Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke Syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.
Mana ada cinta jika tiada janji ke Syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke Syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.

Moga cintanya sampai Syurga. Kata putusnya bercintalah sampai ke Syurga, di sana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang Neraka.

Cintalah yang sebenarnya, binalah Baitul Muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?


Pencinta Bidadari 


Bidadari.. ya, buruk dan baik itu ketentuan Allah, kitalah jua yang memilihnya. Amalan yang baik membawa ke Syurga, amalan buruk semestinya menempah Neraka. Hanyalah Iman, amal dan juga takwa menjadi bekal di dalam hidup kita.

Ibnul Qayyim R.A berkata:  
"Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni Syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di Syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada Syurga, dan terpaut dengan isterinya."
 
Ayuh, raikan rasa cinta penuh kebahagiaan di Syurga! Bayangan kata-kata nikmat Syurga idaman telah digambarkan, agar kita membisikkan kerinduan, timbulnya keinsafan dan rasa pengharapan pada Syurga-Nya. Mari buktikan kecintaan kepada-Nya.




Artikel :- iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...