November 29, 2011

LUPAKAN ZAMAN JAHILIAH ITU

sudah 3 Muharam hari ini...
bagaimana dengan tahun baru kita?
sudah tercapaikah apa yang di rancang tahun lepas?
dan bagaimana niat tahun baru kita kali ini?

zaman jahiiliah sudah jauh kita tinggalkan...
adakah habis kita tinggalkan?
masihkah ada sedikit sisa-sisa jahiliah yang tertinggal...

mulut mengatakan aku sudah berhijrah!
tapi...sejauh mana penghijrahan kita?
adakah kerana Allah...
betulkan niat...
jangan dikenang zaman jahiliah itu, jadikan ia satu pengajaran..
satu batu asas dikala kau teringin membuat dosa!
bersyukurlah duhai hati...
bersyukurlah...
Allah sentiasa bersama dengan kita..







November 23, 2011

November 22, 2011

NIKMAT YANG HILANG

Nikmat hidup adalah kurniaan daripada Allah swt..
Nikmat-Nya untuk setiap ciptaan-Nya tidak terhingga...
Namun,
Manusia mudah lupa..
Manusia mudah lupa untuk mengucapkan kata-kata syukur..
Sebaik membuka mata tika terbit fajar, tiada kata syukur yang diluahkan..
Sebelum menutup mata tika malam melabuhkan tirainya, juga tiada kata syukur..
Pelupanya manusia..
Lekanya manusia..
Lekanya mensyukuri nikmat yang dikurniakan ke atas mereka..
Tika nikmat yang dirasakan semakin berkurangan, tika itulah manusia baru sedar..
Ibarat sudah terhantuk baru terngadah..
Tika nikmat yang dinikmati perlahan-lahan ditarik..
Ketika itulah baru mula mengingati Sang Pencipta dan mengucapkan syukur..
Syukur..Syukur..Syukur Alhamdulillah..
Sebelum nikmat habis ditarik, sebelum nyawa di ambang sakaratulmaut..
Masih ada harapan..
Masih ada harapan..
Syukurilah nikmat yang selama ini telah dikurniakan Allah kepada kita..






kasutkaripap: masa sakit lah baru nak sedar...perlu muhasabah setiap hari ! ayuh !

November 20, 2011

BERKONGSILAH WAHAI SI PEMINJAM

Hidup adalah satu perkongsian..
Segalanya kita berkongsi dengan makhluk lain..
Udara..air..tanah..dan bumi ini adalah satu perkongsian sesama makhluk..

Wahai manusia..apakah kau rasa dimiliki dan dimiliki ?
Tidak...
jangan pernah merasakan semua itu..
Sedarlah..kita hanya seorang peminjam..
Kita meminjamnya dari Sang Khalik..

Harta hanya pinjaman..
Ibu ayah suami anak-anak sahabat dan siapa jua yang ada bersama kita..
Mereka bukan milik kita..
Suatu saat nanti mereka dan kita akan menghadap Sang Khalik sendirian..
Mereka hanya pinjaman...
Siapa kita untuk merasa mereka milik kita, dan kita milik mereka...

Perkongsian...
Lebih indah jika kita mengerti semua yang kita miliki hanya pinjaman..
Berkongsilah...kerana kita hanya Si Peminjam !

November 16, 2011

AKU DAN HIGHWAY

Pepatah melayu ada menyebut... "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
Pepatah Adnan dalam cerita Adnan Semp-it pula.."Di mana ada kemahuan, di situ ada highway"..
Tapi, aku bukan mahu bercerita tentang kemahuan..

Ini kisah aku dan highway...
Highway....
kadang sesak, kadang lengang dengan kenderaan...
highway..
hanya kenderaan yang ada..
mustahil untuk melihat manusia berjalan kaki di atasnya..kecuali dalam keadaan terpaksa....
semuanya kenderaan..
tak kira lah beroda empat mahupun beroda dua, atau beroda-roda banyaknya..

Highway telah mengajar aku erti sebuah kesabaran...
tika kesesakan melanda, ada bermacam jenis perangai manusia yang dapat kita lihat..
terpulang pada diri kita..
memilih yang sabar atau memilih yang marah-marah dan menekan 'hon' kenderaan tanpa henti tanda protes!

Highway tanpa sempadan di hadapan mata ibarat deretan tembok negara China..
hanya lampu jalan yang kelihatan tanpa satu pun bangunan di tepi...
tika jalan pulang tidak aku temui..highway mengajar aku kembali ke pangkal jalan dan bermula semula...
ia ibarat mengajar aku walau jauh mana pun kita telah 'tersesat' .. pasti akan kita temui jalan pulang...

Begitu juga kehidupan kita...buatlah banyak mana pun dosa, jika kita sedar dan kembali ke pangkal jalan sebelum ajal menjemput..kita pasti menemui kehidupan bahagia yang hakiki..
ketahuilah bahawa DIA Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Highway....jalan yang ku lalui setiap hari...
rupanya banyak mengajar aku.....
erti sebuah hubungan antara manusiawi...
erti sebenar sebuah kesabaran...
dan erti sebenar sebuah 'kehidupan'.....






kasutkaripap: papan tanda kat highway banyak mengelirukan.

November 09, 2011

KITA..DIMATA ORANG LAIN


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.




sumber : SINI

RIWAYAT NABI MUSA DENGAN IBLIS

Diriwayatkan bahawa Musa a.s sedang duduk di suatu tempatnya. Tiba-tiba datang Iblis memakai jubah dan berubah-ubah bentuk dalam jubahnya. Ketika mendekatinya, Iblis menanggalkan bajunya, kemudian mendatangi Musa seraya berkata: "As-Salamu alaika."

Musa berkata: "Siapa kamu?"

Iblis menjawab: "Aku Iblis."

Musa berkata: "Semoga Allah tidak menghidupkan kamu. Ada apa engkau datang?"

Iblis menjawab: "Aku datang untuk memberi selamat kepadamu atas kedudukanmu di sisi Allah SWT."

Musa berkata: "Apa yang engkau lakukan?"

Iblis menjawab: "Aku menguasai hati anak-anak Adam."

Musa berkata: "Apa perbuatan manusia sehingga engkau dapat menguasainya."

Iblis menjawab: "Apabila ia merasa kagum pada dirinya dan merasa banyak amalnya serta melupakan dosa-dosanya. Aku peringatkan engkau tiga perkara: jangan menyendiri dengan seorang wanita yang tidak halal bagimu, kerana apabila seorang lelaki menyendiri dengan wanita yang tidak halal baginya, maka aku akan menjadi temannya selain teman-temanku, sehingga aku menggodanya dengan wanita itu. Jangan menjanjikan sesuatu kepada Allah, melainkan engkau memenuhinya. Jangan berjanji mengeluarkan sedekah, kecuali diberikannya kepada yang berhak atasnya."


Kerana seseorang yang berjanji mengeluarkan sedekah dan tidak memberikannya kepada yang berhak, maka akulah temannya selain teman-temanku hingga aku menghalanginya untuk memenuhi janjinya."

Kemudian Iblis pergi seraya berkata: "Aduh celaka, Musa telah mengetahui dengan cara apa aku menipu anak-anak Adam (manusia)."




kasutkaripap: semoga diri kita sentiasa terpelihara dari bisikan serta hasutan Iblis yang dilaknat !

RABU TANPA KATA #1 : PERGI


-baru nak cuti raya-





November 08, 2011

BOMOH HUJAN BUKAN SATU ALTERNATIF BIJAK !


PUTRAJAYA: Pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim mengakui telah menggunakan khidmat bomoh untuk menahan hujan ketika penggambaran filem tersebut.
Kata Yusry, dia menggunakan alternatif tersebut sekadar salah satu usaha untuk menjalankan penggambaran filem tersebut secepat mungkin.
"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.
"Alhamdulillah sama ada betul atau kebetulan penggambaran untuk beberapa babak yang dilakukan di luar kawasan berjalan lancar biarpun hujan lebat turun selepas setiap kali selesai penggambaran," katanya ketika majlis memperkenalkan barisan pelakon filem Vikingdom, di Marriot Putrajaya, di sini, Khamis. - mStar Online
 





kasutkaripap: *geleng kepala*






KISAH SEORANG AIMAN #2

Aiman duduk berteleku di atas sejadah..
Air matanya mengalir, tubuhnya terasa sejuk..
Apakah dosa Aiman diampunkan..fikirnya..

Hatinya yakin..Allah itu Maha Pengampun dan Maha penerima taubat..
Menyesal..
Hatinya benar-benar menyesal..

Di lubuk hati kecil Aiman..
tersimpan satu dilema..

yang membuat hatinya sakit..

ahh! Nafsu yang merajai hati Aiman ! Kerana itu hatinya sakit !
Jika Iman teguh di hati Aiman, pasti tiada kesakitan yang dirasakannya !

monolog hati Aiman...



kasutkaripap: jangan biarkan nafsu merajai hati kita..Keep Faith With Allah swt

MENJADI LEBIH BAIK DARI MENCARI


sumber gambar : SINI

WANITA BAIK UNTUK PEMUDA BAIK.

sumber gambar : SINI



DOAKU UNTUK MU..





sumber gambar : SINI

KISAH SEORANG AIMAN

Disebalik sekeping hati yang hampir hanyut..
Allah tunjukkan harapan kepadanya..
Masih ada harapan Aiman..

Disebalik sekeping hati yang mula mengikut paksi yang benar..
Iman diuji..
Kesakitan demi kesakitan dirasakan kerana nafsu masih menjadi raja di dalam hati..
Kuat Aiman..

Kesakitan meninggalkan pakaian dunia..
Membawa kau membentang permaidani ke akhirat..
Tabah Aiman..

Disaat sekeping hati berada di paksinya..
Ingat Aiman..
Iman ada naik turunnya jika kau tidak menjaganya...

Sedarlah Aiman !
Adakah kau mensia-siakan segala apa yang telah kau nikmati dari Allah swt ?
Apa yang telah kau lakukan untuk Allah swt ?
Adakah pengorbanan yang kau lakukan untuk Allah swt ?
Sedangkan rahmat-NYA tidak pernah putus untukmu..

Disaat Iman mula goyah, kembali lah ke paksi hati yang benar..
Kembali pada Allah swt bermakna kita menuju paksi hati yang sebenar..




kasutkaripap: Aiman =>> Berkat, Yang bertuah, kanan

November 04, 2011

BER'CHENTA' ZAMAN SEKARANG ?


sumber gambar : SINI 

ILMU KEBAL

kebal...

ilmu kebal...

hati mau kena kebal...

walau hati itu umpama kerak nasi yang akan lembut jua jika diletak air...

tapi mesti kena kebal...

ilmu kebal...

bukan ilmu kebal dari tok bomoh atau pawang...

tapi...

dengan kitabullah...

berapa ramai yang ada ilmu kebal itu ?

berapa ramai yang pandai cakap tapi tak buat ?

berapa ramai yang buat dan apply ilmu kebal dari sumber tersebut ?

kita kategori mana?
.
.
.
.
.
.
lu pikir la sendiri...




kasutkaripap: hati mau kebal. kebal. kebal. kebal.

November 03, 2011

HAO REN KA

Seharusnya ini tak perlu terjadi
Terjadi di saat aku pergi
Namun ku sedari kelemahan diri ini
Kelamaan dia sendiri

Tiada yang sanggup selain diriku
Meredakan sepi dan rasa ragu
Makin ku mengerti kelemahan diri ini

Dia biarkan ku jatuh hati
Ku percaya pada rasa
Lama-lama jatuh cinta
Menggetarkan perasaan meski tahu dia sudah
Tak sendirian lagi dan tengah menanti
Kekasih hati yang tengah jauh
Betapa ku tak mampu melepaskan dirinya
Dia tak terganti bertakhta di hati
Biarkan dirinya untuk memilih dirimu
Aku tak berdaya tak kuasa
Meski tahu cinta bukan beerti memiliki
Selalu ada hati yang tersakiti
Cinta telah merajai hati


Ku biarkan kau jatuh hati

AKIBAT BURUK & BAHAYA ZINA

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.


Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na’udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?
sumber: di SINI
 
kasutkaripap: MasyaAllah...Na'uzubillahi min dzaalik..

November 01, 2011

BUDI BAHASA YANG TAK INDAH !

Satu hari di kedai makan....

Budak Pompuan: Boleh undur sikit tak? (arahan)

Akak Cantik: (merenung sahaja budak pompuan tadi, terkejut.)

Budak Pompuan: Boleh tak undur sikit kerusi ni, tak boleh duduk la..

Akak Cantik: (menarik sedikit kerusinya untuk memberi ruang kepada budak tadi)

Budak Pompuan: (masih berdiri tak puas hati takleh duduk)

Akak Cantik: (terus sambung berbual)

Kawan-kawan Budak Pompuan: Tarik meja ni sikit (dengan harapan budak pompuan tu muat nak duduk)

Budak Pompuan: (sekali lagi menegur akak) Boleh undur lagi tak? Masih tak boleh masuk duduk lah. (muka sedikit tertekan dan suara sedikit keras)

Kawan Akak Cantik: (menarik meja mereka untuk memberi ruang kepada budak pompuan tadi).

Budak Pompuan: (cubaan duduk berjaya.dah muat.lalu berdiri pegi ambik nasi)

*************************************************************

Tak kira lah, di mana juga tempat kita berada, siapa pun kita, jantina apa pun, umur berapa pun, kerja apa pun, BUDI BAHASA itu PENTING !
Bukan semua orang macam kawan-kawan kita yang mungkin tak kisah dengan perangai kita yang 'main redah' saja.
Salam takde, kata ganti diri ketiga pun takde, ucap terima kasih lagi lah takde.
Tak kira lah ilmu setinggi langit tapi jangan ingat....BUDI BAHASA itu perkara mudah dan tak perlu ambil pusing..

Tepuk dada, tanya diri.

SELAMAT TINGGAL

selamat tinggal 'remote' ku sayang..



welcome to my life my champ !


hadiah :) *the cheapest touch screen phone ever*

yg nie.......blackberi..bestpren si 'champ pink' kat atas tu.. :D


'blackberi' power..haha..


kasutkaripap: 'remote' masih dihatiku...jadi alarm bangun subuh :D

MENABUR TAHI LEMBU KE DALAM PINGGAN

Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.

Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.

Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.

Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.

Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.
 
Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.
Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.
Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?

Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.

Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.

Begitulah perumpamaan untuk nasihat.

Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.

"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah." 
Imam Syafie 
 
Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran.


- Artikel iluvislam.com


kasutkaripap: kadang-kadang kita ingin menegur tapi tidak kena pada perkataan dan caranya. Dan kadang-kadang, ada orang yang perlu ditegur dengan bahasa yang kurang enak didengar tapi ianya berkesan.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...