Mei 20, 2011

BILA DUIT GAJI SAYA MASUK NANTI.

Pesta buku Read Malaysia '11  !!!!!!!!!!!!!!!
wow! wow! wow!


Pesta buku ini berlangsung pada 27 MEI - 5 JUN 2011...
bertempat di Malaysia International Exhibition & Convention Center (MIECC), MINES Resort City..
lokasi MINES ni kat Seri Kembangan, Selangor..


ini peta :

Untuk pengetahuan semua peminat buku (yg tak tahu ), pesta buku Read Malaysia ni dah masuk tahun ketiga dan ia bertujuan untuk mempromosikan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


Selain buku2..anda juga mungkin berpeluang bertemu dengan penulis2 buku tempatan kegemaran anda !
Jadi..bawa kamera siap2..mana tahu nak ambik gambar.hehe.


Oh ya..selain penerbit buku dari Malaysia, ada juga penerbit2 buku luar negara seperti China, Taiwan, Hong Kong, Singapura & Indonesia. 


Sebut saja pasal pesta buku ada satu booth yang akan menjadi target utama saya selain booth buku lain..
Pastilah booth penerbit buku no.1 Malaysia iaitu PTS !!!



Temui PTS di Pesta Buku Read Malaysia 2011 yang akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 27/5 - 5/5 2011
Masa : 11.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City
Booth PTS : M16 - M21

Tawaran Menarik PTS ialah

- Diskaun Bermula 15% sehingga 30%
- Buku Percuma untuk 100 pembeli pertama
- Voucher diskaun bernilai RM1, RM2, RM5
- Penanda Buku Percuma




kasutkaripap : jadi apa tunggu lagi ! jadikan budaya membaca sebagai satu hobi anda..dengan membaca juga salah satu cara untuk menambah ILMU. .jom kawan-kawan !!!!!


Mei 16, 2011

BUKAN SALAH LEMBU ITU.


Sebuah cerita...cerita ala2 puaka niyang rapik asraf muslim dulu..
cuma..cerita ini tiada ustaz sehebat asraf muslim...
hanya sebuah cerita ke'syirik'an masyarakat kampung tersebut...

nak dijadikan cerita...adalah seorang tua yang bermimpi buruk..tidak lah diketahui apa jalan cerita mimpi itu..
beliau berasa sangat resah dan gelisah kerana berfikir, mimpi itu membawa petanda bahawa keluarganya akan ditimpa bencana. Lalu, beliau memanggil sahabat baiknya yang dikatakan 'tukang pandai' datang ke rumah untuk mendapatkan sedikit nasihat tentang mimpi tersebut.

Maka, si tukang pandai itu pun datang. dengan berbaju kemeja dan seluar slack serta bersongkok, si tukang pandai pun meminta si tua menceritakan semula mimpi itu di hadapan semua ahli keluarganya. Selesai si tua bercerita, si tukang pandai pun membakar kemenyan...sambil berkumat kamit membaca sesuatu..entah apa dibaca...selang seli kedengaran perkataan Alhamdulillah, Bismilahirahmanirahim, tak lupa juga menyebut Assalamualaikum....

selesai membaca mantera entah hape2 itu, si tukang pandai pun memberitahu....."mimpi ini membawa maksud yang tidak elok untuk keluarga kamu..jadi kamu kenalah menjalankan satu upacara untuk menolak bala..kita hanya iktihar..ya..selebihnya Allah Ta'ala yg lebih mengetahui"...

Dipendekkan cerita, maka berlangsung lah upacara menolak bala tersebut. Seekor lembu untuk disembelih. Lembu di ikat dengan kepalanya menghadap kiblat. Ahli keluarga yg terlibat bertungkus lumus memegang lembu dari meronta-ronta ketika di sembelih. 

Sementara itu....si tukang pandai duduk beberapa meter di hadapan lembu. Beliau duduk menghadap arah kiblat. Sambil memegang bekas kemenyan yang sedang berasap. Tidak lupa juga beberapa biji telur ayam, daun sirih dan segenggam beras. Beberapa minit duduk bersila, tiba2 si tukang pandai duduk melutut dan menadah tangan ke langit..mulutnya berkumat kamit..dalam beberapa minit. selesai bacaannya, beliau pergi ke arah lembu. dengan pisau yang tajam, beliau menyembelih lembu tersebut (tidak lah diketahui niatnya ketika menyembelih)..

darah lembu yang menitis di tadah dengan sebijik mangkuk. Lalu darah itu diambil dan si tukang pandai kembali ke tempat 'pemujaan'nya tadi. Si tukang pandai kemudian mengorek tanah di kawasan tersebut sedalam lubang nak tanam anak pokok durian, lalu menuang darah lembu tersebut ke dalam lubang. Pastu, timbus balik lubang tadi...

Kemudian..........................tamatlah upacara itu..dan apa jadi dengan lembu?? 
potong lah...buat sup tulang !


....................................................................................................................................................................


PERBUATAN INI ADALAH SYIRIK !
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH..
TIADA UPACARA SEUMPAMA INI YANG DI ANJURKAN DALAM ISLAM..
JANGAN SESUKA HATI MENYEBUT IKTIHAR !! JIKA JALAN IKTIHARNYA KEPADA JALAN SELAIN ALLAH SWT..


SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN :

"Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".[An-Nisaa': 48]

Mei 12, 2011

PENGUMUMAN !

ADALAH DENGAN INI...
SAYA SELAKU PENGE'POST' ENTRI BLOG KASUT KARIPAP..
INGIN MENGUMUMKAN BAHAWA..
BLOG KASUT KARIPAP KINI SUDAH BERTUKAR NAMA KEPADA KASUT & KARIPAP..
ATAS SEBAB PENSIJILAN ISO BARU-BARU INI.

SEKIAN.HARAP MAKLUM.




disclaimer: kasut dan karipap terpaksa berdiri sendiri dan membawa maksud masing2 ini mengelakkan kekeliruan dimana kasut karipap gemar dipakai oleh mat-mat rempit yang tidak berwawasan di luar sana.

LIRIK LAGU KAMALIA

malam yang sepi..pi..pi..
pak amat jual topi..
topinya koyak..yak..yak..
pak amat jual tempoyak..
tempoyaknya basi..si..si..
pak amat jual nasi..
nasinya enak..nak..nak..
pak amat jual anak..
anaknya hilang..lang..lang..
pak amat jual gelang..
gelangnya patah..tah..tah..
pak amat jual getah..
getahnya putus..tus..tus..
pak amat mahu mampos..

pos apa? posmen.
men apa? mentol.
tol apa? tolol.
lol apa? lolz....loz...lolz...lolz....


apa ? apa ? ingat lucu ker korang nyanyi lagu ni ?????



anda yang nyanyi lagu ini adalah spesis yang suka main kawen2 masa kecik2 dolu...sekian.

LELAKI PELINDUNG

lelaki pelindung...
siapa dia lelaki pelindung ?
lelaki pelindung adalah lelaki yang melindungi maruah dan tidak sekali kali berniat untuk menyakiti wanita..


dunia akhir zaman kini memperlihatkan kita dimana jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki...
sebenarnya nisbah wanita dan lelaki tidak lah jauh berbeza..
namun, kerana lelaki sudah ramai yang hilang sifat kelelakiannya pada masa kini telah menyebabkan kita melihat jumlah lelaki begitu sedikit dari wanita..
sehingga lebih teruk lagi jika kita menganggap 50 wanita perlu dilindungi dengan seorang lelaki..


lelaki hilang sifat kelelakian disini bukan bermaksud bertukar jantina atau menjadi lelaki lembut...
tetapi lelaki yg sudah hilang sifat lelakinya mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW...
lelaki sepatutnya melindungi kaum wanita...
melindungi dengan menjaga maruah wanita..
mampu mendidik diri dan nafsu daripada wanita....
berasaskan agama Islam..


Dalam al-Quran telah pun tercatat..

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.”


Lelaki pelindung tidak merogol wanita..tidak melakukan zina...
Tidak memukul wanita...
Tidak mengeksploitasikan wanita...
Tidak melakukan perkara2 yang menyakitkan wanita..
Tetapi bertindak melindungi wanita dengan memimpin mereka..
Melindungi maruah mereka...

Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah terbukti berjaya mengubah nasib golongan wanita di seluruh dunia...
dari lembah kehinaan dan diskriminasi.....
lalu diangkat kekedudukannya yang mulia dan terhormat. ..


hanya orang yang benar-benar beriman sahaja mampu memikul amanah ini..
Iman yang sempurna akan mendorong lelaki pelindung melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

Oleh itu seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita, bererti ia tidak sempurna imannya, walaupun sudah banyak amalan kebajikan dan ibadah yang dilakukannya. 
Bagi memastikan kaum lelaki memiliki iman dan takwa yang sempurna, hormati hak kaum wanita..
Lindungi mereka dan sempurnakan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi membahagiakan mereka. Kebahagiaan kaum wanita menjadi asas utama kepada kebahagiaan keluarga, masyarakat dan negara.

 
Sabda Nabi Muhammad SAW:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya antara sifat yang boleh menjadikan seseorang sempurna imannya ialah orang yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya”.





kasutkaripap : credit to suaramuslim.blogspot.com atas beberapa ayat yang dipinjam...

Mei 10, 2011

TANGKAL BAEK PUNYA !

cara mudah membuat tangkal :

mula2...sediakan kain putih yang di kerat daripada mayat yang baru di tanam. Kemudian, cari sebiji batu sebesar bunga cengkih di sekitar kubur orang yang kuat agama semasa hidupnya. 
Pastikan kubur orang tersebut berbatu nisan sebanyak dua batu dan diukir cantik tulisannya dengan dakwat hitam. Kubur org alim tersebut juga perlu terdapat bunga melur yang ditanam 3 meter ke barat laut dari kubur tersebut. Bila jumpa kubur yg cukup syarat2 begini, kutip lah batu sebesar bunga cengkih yang ada disekitar kubur tersebut. 

INGAT ! masa mengutip batu juga ada syaratnya...hanya boleh kutip ketika bulan mengalami fasa BULAN SABIT...(ketika fasa bulan lain dikira sudah melanggar syarat dan tangkal tidak berkesan).

Selepas jumpa batu yang sesuai..masukkan ke dalam kocek seluar kanan dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jangan sesekali tunduk melihat tanah. Dikhuatiri, kuasa batu tersebut akan hilang jika cuba menundukkan wajah ke tanah. 

Sampai di rumah, keluarkan batu tersebut dari kocek seluar kanan dengan menggunakan tangan kiri. Simpan batu tersebut sementara menunggu malam menjelma di dalam stokin yang korang dah pakai 5 hari berturut-turut.

Tepat pukul 12.59 malam pada malam jumaat keliwon, keluarkan batu tersebut dan gosok dengan kain putih mayat mula2 tadi sambil membaca mantera yang berbunyi begini :

"KITE ONGGAL MAWEN POWAL, SAOU TOUT KO KOUPE CEBER FEMEN"  (333 kali )

setelah selesai, balut batu tersebut dengan kain dan jahit tepi kain tersebut agar batu tidak jatuh. Gunakan benang berwarna hitam yang dibeli dari seorang tukang jahit wanita berumur 30 tahun keatas dan berstatus janda. 

Dah siap jahit..boleh lah simpan tangkal tersebut dalam dompet dan bawalah kemana saja.
INGAT ! SETIAP MALAM JUMAAT KELIWON, ASAP TANGKAL INI DENGAN MENGGUNAKAN PELITA AYAM DAN BUAT DIBAWAH POKOK BETIK YANG DITANAM DISEBELAH KIRI RUMAH ANDA ! 



disclaimer: anda gila jika anda cuba







...................................................................................................................................................................

Abdullah ( Ibnu Mas’ud r.a ) beliau berkata : “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Sesungguhnya jampi - mentera , tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik “ 
~ Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3385 ) , Imam Ahmad rh ( Musnad Al-Mukstirin Minas Sohabah : 3433 ) & Imam Ibnu Majah ( Kitab At-Tib : 3521 ).


BERDOSA BESAR LAH KEATAS KAMU YANG MENGGUNAKAN TANGKAL ! 


BUKANKAH ALLAH SWT TELAH MENETAPKAN PERATURAN2 -NYA BAHAWA , 


وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن  
فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ  
Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".



kasutkaripap: Semoga kita terpelihara daripada perkara2 yang mendatangkan syirik. Apalagi menggunakan dan mempercayai benda lain selain Allah SWT.

Mei 09, 2011

CERITA SEMALAM

satu petang yang indah...
burung-burung pun berkicauan...
ada yang berkerja (pekerja kedai makan)...
ada yang bergembira (sek2 YANK duduk melepak kat tepi2 tali air shoping komplek)...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KAMAL : Jom pegi minum jap kat kedai tu...ala...aku belanja la!
KAMALIA : Haa..jom lah! Patut rasa sakit kepala je...aku tak minum nescafe lagi ari ni ! 
KAMAL : eleh....padahal nak aku belanja..hahaha..jom! jom!

-maka berjalanlah Kamal dan Kamalia menuju ke sebuah kedai mamak sambil berduet lagu Kamelia-

AKAK KEDAI : nak minum ape ?
KAMAL : Bagi nescafe ais dua..
KAMALIA : err...akak..tolong pasang kipas ya...
AKAK KEDAI : okay..nescafe ais dua....kipas satu....
(akak itu dengan selamba ayam pegi selepas ambik order)

KAMALIA : eh....tv tak pasang ke?..ala...orang datang sini nak tengok AsTroK...
KAMAL : ahhhhh..walau aku rock tapi aku malu la weh nak minta pasang TV tu..ko cakap la sendirik..

3 minit kemudian.....

AKAK KEDAI : ok..ini yang adik pesan tadi..nescafe ais dua..kipas satu...
(kipas tu maksudnya akak tu dah pasang suis kipas siling..kekeke)

KAMALIA : errr..akak.. nape TV tak pasang?
KAMAL : *buat muka 20 posen kat akak tu*
AKAK KEDAI : *tiba2 jerit* ... Bang ! TV kurang manis !!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
begitu lah cerita semalam....akak tu cam boleh join raja lawak je musim 7 nanti...keh3...
Kamal dan Kamalia pun menghirup nescafe ais sambil duet lagi lagu Kamelia...*tak paham betul perangai dua orang ni*......eshh...eshhh...eshhh...esshhhh....


Mei 07, 2011

Binggo...

Cerita hari ini ialah cerita orang buta. kisah bermula disini. Disini dan Disana, disana dan sini. Apabila disini ada, disana tiada... betulkah disana? hah? x betul???? okkkkk..... Disini disana, namun disana disini. hakikat, begini.... begina mane ade.... begitulah kisahnya.. Sekian....

Karya Boring, pas jaga exam..... hehehe.... kemanakah cik para ni... dah makan ke belum? dah bgun tido ke blum? sihat ke tidak? hehe

Mei 05, 2011

INGAT MATI, GOODBYE DOSA !


Cerita 1

Seorang gadis yang kurang bimbingan agama sejak kecil terjerumus ke dalam kancah zina ketika remajanya sehingga mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya pula lari dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Lalu, si gadis berasa sangat kecewa dan pergi ke sebuah masjid. Di masjid itu, dia bertemu dengan seorang yang alim. Gadis tersebut diberikan perlindungan sehingga lah dia melahirkan anak luar nikah itu.

Sepanjang berada dalam perlindungan dan sebelum melahirkan, gadis itu belajar ilmu agama dan beribadat dgn bersungguh-sungguh kepada Allah. Namun, selepas anaknya lahir gadis itu masih terlibat dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah lagi.

Kali in, perkara yang sama terjadi padanya. Lelaki yg bertanggungjawab itu lari meninggalkannya. Gadis itu sekali lagi memohon pertolongan Allah dan dengan takdir Allah swt, si gadis bertemu dengan seorang pemuda yang sanggup membantu (bukan Muslim). Tetapi, pemuda itu memberi syarat. Jika mahu dia membantu gadis itu, gadis itu perlulah memeluk agamanya terlebih dahulu. Si gadis berfikir.........Si gadis mengambil keputusan memeluk agama lelaki tersebut dan selepas dia melahirkan anaknya nanti, dia akan kembali memeluk agama Islam. Namun, dengan takdir Allah swt gadis itu meninggal ketika melahirkan dan meninggal lah gadis itu dalam dosa.


Cerita 2

Tersebut lah sebuah kisah benar. Kisah seorang juruazan yang alim dan warak. Di sebelah masjid tempat juruazan itu selalu melaungkan azan terdapat sebuah keluarga bukan Islam yg mempunyai seorang anak gadis yang sangat cantik. Setiap kali juruazan itu naik ke menara azan, dia akan memandang gadis tersebut dan dalam hatinya memuji-muji akan kecantikan gadis tersebut.
Lalu, jatuh lah hatinya pada gadis tersebut. Juruazan itu kemudiannya pergilah berjumpa dengan keluarga gadis tersebut. Dia menyatakan keinginannya untuk menyunting gadis tersebut. Keluarga gadis itu memberitahu bahawa mereka tidak mahu gadis tersebut masuk Islam jika berkahwin dgn juruazan. Mereka menambah lagi, juruazan tersebut perlu memeluk agama mereka baru lah boleh berkahwin dengan gadis itu. Maka, si juruazan tadi berfikir lah.Setiap kali melaungkan azan otaknya ligat berfikir tentang gadis tersebut dan bagaimana caranya dia boleh berkahwin dgn gadis tersebut.

Pada suatu hari, juruazan naik ke menara azan untuk menyelesaikan tugasnya seperti biasa. Selesai melaungkan azan, juruazan tadi berkata.. 

Ya Allah, sudah lama aku berkhidmat sbg juruazan. Sudah banyak kebaikan aku lakukan untuk memanggil umat-Mu mengerjakan solat dengan laungan azanku. Aku mengharapkan selama perbuatan baikku itu mendapat habuan yg setimpal dari-Mu, Ya Allah..

seraya dengan itu si juruazan berkata pada dirinya bahawa dia mahu menukar agama agar boleh berkahwin dgn gadis tersebut dan berjanji akan kembali memeluk Islam selepas sahaja berkahwin.
Dengan takdir Allah swt, juruazan tadi tiba-tiba tergelincir daripada tangga menara dan jatuh lalu meninggal dunia. 







Sahabat...
Jika hati kita teringin melakukan dosa...
Ingat lah tentang KEMATIAN..
bagaimana jika kita MATI ketika kita melakukan dosa...
bagaimana jika kita MATI dalam keadaan diri yang tidak sempat berTAUBAT...
bagaimana???
bahagiakah kita nanti di akhirat ?

Sahabat..
Ingatlah..ketika nyawa sudah dicabut daripada badan...
pintu taubat untuk kita sudah tertutup...
atasi diri daripada melakukan dosa dengan mengingati....
MATI !



Mei 03, 2011

3 SerangKai.... Alam Buana.

Sering kali kita dengar pasal cite dukun, bomoh, pawang... ada juga yang memanggil mereka dengan gelaran ustaz.... tapi kebayakkan mereka bertopengkan kesyirikan yang besar pada Allah SWT. Segelintir sahaja yang betul2 menggunakan cara rawatan yang betul disisi Allah SWT.

Anda pasti tertanya2 kenapa dan mengapa saya bercakap sedemikian.... ni yang nak bagitau ni.. anda pernahpegi rumah bomoh? pasti yang ada yang kata "ya" dan "tidak".. secara ringkasnya, bomoh atau dukun kita boleh kategorikan kepada 3 jenis.

1. Bomoh guna bantuan jin kafir, syaitan dan iblis
2. Bomoh Separa
3. Bomoh yang mempelajari Ilmu dari sumber Quran dan Hadis


Bomoh yang menguna bantuan jin kafir, syaitan dan iblis ialah seorang manusia yang  melakukan pengianayaan dan kekejaman terhadap manusia yang lain secara sihir. Cara rawatannya ialah mengenakan syarat kepada pesakit supaya menyediakan ayam hitam, sembelih kambing atau ternakan, pulut kuning, jumlah wang yang diperlukan dan pelbagai lagi untuk dijadikan pengeras sebelum proses rawatan dilakukan. Manakala bentuk kezaliman yang dilakukan kepada manusia ialah seperti khidmat sihir termasuk santau, santet, ilmu guna2 dan senyonyong. ada juga diantara mereka yang tidak mempelajari ilmu sebegini, tetapi menjadikan jin sebagai keselamatan bagi mereka dan anak keturunan meraka... maka automatiknya, wujudlah SAKA.


Bomoh separa ialah bomoh yang juga menggunakan bantuan jin... tetapi secara fizikal, kita sukar melihat amalan khurafat yang dilakukan... kadang2 dapat kita perhatikan melalui bacaan mantera yang diguna. Pada kebiasaannya, mereka mencapur adukkan Ayat suci Quran dengan penyeruan jin melalui bacaan mantera. yang jenis ni sekarang ramai, kadang2 leh keliru dengan syarat2 yang mereka berikan. ada yang mensyaratkan si pesakit berpuasa dibulan ramadhan, solat lima waktu, jangan derhaka pada ibu bapa, tapi terfikir tak kita, sebagai muslim, kita mmg dituntut dan menjadi kewajiban untuk kita melaksanakan perihal ibadah wajib tu, Tak perlu le semata2 memnuhi syarat yang diberikan oleh bomoh Separa tu.

Bomoh separa ni juga ada yang mengaku dia bertemu dengan roh wali2... mengatakan, roh wali2 telah menyampaikan berita pada mereka tentang penyakit yang dialami oleh si pesakit.... nak tanya, roh ni adalah urusan manusia ke urusan Allah??? pasti Urusan Allah !!!!... mustahil dapat kembali ke dunia nyata. penjelasannya, roh wali yang dikatakan itu, adalah jelmaaan dari jin2 yang membantu mereka.. untuk menjadikan manusia lebih tersesat dari landasan Islam yang Suci.


Bomoh yang mempelajari Ilmu dari sumber Quran dan Hadis ialah seorang yang memahami ilmu asas penting dalam Islam. salah satunya, Ilmu TAUHID dan akidah. Tauhid, merupakan ilmu yang menEsakan Allah dari sesuatu benda yang boleh menjadikan menduakan ALLAH. Buktinya, dalam surah Al-Ikhlas. Baca dan perhatikan maksudnya.Cara rawatannya, tidak menggunakan Jin, tetapi kesembuhan diserahkan kepada Allah dengan hati yang iklhlas, tulus dan murni.... dan 100% pada Allah, tidak berbelah bahagi.

P/S: Penulisan ini, berdasarkan pemerhatian, penelitian menerusi jurnal, dan penyampaian ilmu dari orang yang mendalami perihal sebegini........ "Majulah diri untuk Agama, Bangsa dan Negara".

HoBi ALaM ReAliTi


Selamat petang pada rakan2 diluar sana.... Petang ni, saya nak sembang pasal isu hobi....hobi leh juga dikategorikan sebagai minat / kesukaaan dll. Bagi saya, saya minat membaca buku..... tmasuklah komik Ujang dan Apo... 


Entah kenapa, aktiviti membaca tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan saya. Tiap kali pegang buku, pasti tertido.... orang kata, ini sebahagian "Ubat Mujarab" bagi yang mengalami masalah kesukaran untuk lelapkan mata.


Manakala pada hari mnggu, saya lebih suka mengajar... cm biasa, menjadi tutor sambilan untuk bebudak PMR... best gak mengajar subjek sains dan Bahasa Melayu... tapi, ceburi aktiviti mengajar bukannya suatu benda yang mudah, banyak halangan2 dan rintangan yang perlu ditempuhi, antaranya, bersabar dgn karenah bebudak yang bisa menjadikan saya naik darah / naik minyak. Apapun, saya ingin berterima kasih kepada Abg Model, kerana x jemu2 menyumbangkan kaunseling dan motivasi pada saya.


Pada waktu malam pula, saya lebih suka memasak... lebih kurang main masak2 la.... sebab masakan saya amatlah rumit.. macam2 perencah kena tabur... naik bingung dah saya ni. Setakat ni, makanan yang begitu membanggakan saya iaLAH mEE mEggi...... kari kot!!!!!! kadang2 tomyam..... kadang cap sup Ayam.... hah!!! cm ne? ok kan saya.


Dulu, pernah satu ketika, saya memasak kat rumah, demonstrasi masakan depan mak ayah, habis je masak, saya hidangkan pada mereka... dijamah nya makanan oleh mak ayah...... terbeliak mata mak....  Dlm hati saya "eeemmmm.. baru mak tau, begitu hebat anaknya masak, hehe". Last2, saya paksa mak ayah habiskan masakan saya.... dengan arahan autokrasi dan paksaan. 


Pada waktu petang, saya suka bersukan. nak jadikan cerita, saya ni bekas atlet, bukan nak puji diri sendiri, tapi terpaksa puji, hehehe. Stakat main bola tampar, kacang je bagi saya. Lihat lah kekuatan dan kepanjangan lengan saya. Ingat satu cerita, saya pernah main bola tampar gan member saya, namanya Mr. Rimau... Pukul bola x sampai 5 minit, si Rimau dah begang gan saya.. sebab ape??, sebab beliau x dapat nak ambil balingan dan tamparan bola saya. hahaha.


Sekarang ni, minat saya beralih kepada menyelongkar rahsia2 dalam penipuan dunia perdukunan atau perbomohan, gara2 terikut dengan kajian dan minat si Para Normal. Asal jumpa gan en. Para Normal, saya rasa dia ni tok moh... tapi, dia bukan tok moh, tapi pengkaji alam mistik.. Pernah satu ketika, saya bersembang dgn nya sampai berjam2 pasal isu ni... mmg leh tulis dan dibukukan segala maklumat yang disampaikan... mane lah saya tau sgt hal2 cm ni, dulu asyik belajar fizik je... inilah yang dikatakan, ilmu ini luas.... dan ilmu ini tidak boleh diukur dengan kemajuan belajar atau bijak dalam matametik / sains je... dalam dunia sains sosial pun teramat-amatnya penting. 


Nak cite pasal hobi, tapi nak je berceramah dalam penulisan ni, disebabkan rasa lapar yang tidak terhingga, saya mau masak masakan kegemaran saya dulu. Wassalm.... "majulah diri untuk Agama, Bangsa dan Negara". 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...