Sebuah cerita...cerita ala2 puaka niyang rapik asraf muslim dulu..
cuma..cerita ini tiada ustaz sehebat asraf muslim...
hanya sebuah cerita ke'syirik'an masyarakat kampung tersebut...
nak dijadikan cerita...adalah seorang tua yang bermimpi buruk..tidak lah diketahui apa jalan cerita mimpi itu..
beliau berasa sangat resah dan gelisah kerana berfikir, mimpi itu membawa petanda bahawa keluarganya akan ditimpa bencana. Lalu, beliau memanggil sahabat baiknya yang dikatakan 'tukang pandai' datang ke rumah untuk mendapatkan sedikit nasihat tentang mimpi tersebut.
Maka, si tukang pandai itu pun datang. dengan berbaju kemeja dan seluar slack serta bersongkok, si tukang pandai pun meminta si tua menceritakan semula mimpi itu di hadapan semua ahli keluarganya. Selesai si tua bercerita, si tukang pandai pun membakar kemenyan...sambil berkumat kamit membaca sesuatu..entah apa dibaca...selang seli kedengaran perkataan Alhamdulillah, Bismilahirahmanirahim, tak lupa juga menyebut Assalamualaikum....
selesai membaca mantera entah hape2 itu, si tukang pandai pun memberitahu....."mimpi ini membawa maksud yang tidak elok untuk keluarga kamu..jadi kamu kenalah menjalankan satu upacara untuk menolak bala..kita hanya iktihar..ya..selebihnya Allah Ta'ala yg lebih mengetahui"...
Dipendekkan cerita, maka berlangsung lah upacara menolak bala tersebut. Seekor lembu untuk disembelih. Lembu di ikat dengan kepalanya menghadap kiblat. Ahli keluarga yg terlibat bertungkus lumus memegang lembu dari meronta-ronta ketika di sembelih.
Sementara itu....si tukang pandai duduk beberapa meter di hadapan lembu. Beliau duduk menghadap arah kiblat. Sambil memegang bekas kemenyan yang sedang berasap. Tidak lupa juga beberapa biji telur ayam, daun sirih dan segenggam beras. Beberapa minit duduk bersila, tiba2 si tukang pandai duduk melutut dan menadah tangan ke langit..mulutnya berkumat kamit..dalam beberapa minit. selesai bacaannya, beliau pergi ke arah lembu. dengan pisau yang tajam, beliau menyembelih lembu tersebut (tidak lah diketahui niatnya ketika menyembelih)..
darah lembu yang menitis di tadah dengan sebijik mangkuk. Lalu darah itu diambil dan si tukang pandai kembali ke tempat 'pemujaan'nya tadi. Si tukang pandai kemudian mengorek tanah di kawasan tersebut sedalam lubang nak tanam anak pokok durian, lalu menuang darah lembu tersebut ke dalam lubang. Pastu, timbus balik lubang tadi...
Kemudian..........................tamatlah upacara itu..dan apa jadi dengan lembu??
potong lah...buat sup tulang !
....................................................................................................................................................................
PERBUATAN INI ADALAH SYIRIK !
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH..
TIADA UPACARA SEUMPAMA INI YANG DI ANJURKAN DALAM ISLAM..
JANGAN SESUKA HATI MENYEBUT IKTIHAR !! JIKA JALAN IKTIHARNYA KEPADA JALAN SELAIN ALLAH SWT..
"Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".[An-Nisaa': 48]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan