Julai 27, 2012

MOGA SAMPAI SYURGA


Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.  (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).



Hikmah sebuah perkahwinan :
  1. Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di atas muka bumi.
  2. Untuk menjaga kehormatan diri
  3. Memudahkan datangnya rezeki
  4. Bertujuan untuk hidup aman,damai dan berkasih sayang serta saling cinta mencintai.
  5. Menambah kaum kerabat, menguatkan ikatan silaturrahim.









Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya. Dia menunaikan segala kewajipan Allah, keluarga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan penuh semangat dan lapang dada. Dia juga tidak tamak, tidak menuntut hak lebih banyak dari yang semestinya bahkan bertolak ansur dengan kekurangan yang ada.......DIALAH SUAMIKU.







Julai 16, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN


Ramadhan tiba lagi dan ketika bulan inilah manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan berbanding bulan-bulan yang lain. Ini peluang untuk menambah ibadah dan mengutip pahala. Dengan harapan semoga istiqamah dengan amal ibadah untuk bulan-bulan yang seterusnya.

Pelbagai hikmah yang ita perolehi dalam bulan Ramadhan ini. Dalam Risalah Ramadhan oleh Imam al-Nursi telah menyebut sembilan hikmah yang besar kita perolehi sepanjang bulan Ramadhan. Namun di sini saya kongsi satu hikmah sahaja dahulu. InsyaAllah di lain waktu saya kongsikan lagi isi kandungan Risalah Ramadhan dari Imam al-Nursi. 

Kebanyakkan hikmah yang lahir pada bulan Ramadhan adalah bertujuan untuk menzahirkan ketuhanan Rububiyyah Allah swt. Matlamatnya adalah untuk kehidupan sosial manusia dan kehidupan peribadi mereka. Ia juga bertujuan untuk mendidik, menyucikan jiwa dan untuk menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah swt.

Allah swt menjadikan muka bumi ini seumpama hidangan yang luas terbentang yang dipenuhi dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Hidangan ini diatur dengan begitu rapi dan indah sekali sehingga tidak dapat dikira lagi. Melalui hidangan ini, Allah swt menunjukkan sifat rububiyyah-Nya yang sempurna. Dia menunjukkan sifat pemurah dan pengasihani-Nya. Tetapi, kerana tabir ghaflah (kelalaian) dan sebab musabab yang lain, manusia tidak dapat melihat hakikat yang jelas ini, yang dapat memberi manfaat dan yang dapat dijelaskan oleh keadaan ini dengan baik. 


Kadang-kadang manusia menjadi sangat pelupa......tetapi di bulan Ramadhan, orang yang beriman dengan cepatnya akan menjadi seperti satu pasukan tentera yang tersusun, lengkap bersenjata dan sedia bersaing dalam beribadat kepada Allah swt. Seketika sebelum waktu berbuka, mereka semua berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menyahut panggilan Yang Maha Berkuasa lagi Azali. "Silakan" menjamah hidangan-Nya yang lazat itu......

Merekapun menerima ---dalam keadaan begini--- rahmat yang agung menyeluruh; meliputi pengabdian yang luas, teratur dan hebat.  ADAKAH KAMU FIKIR MEREKA YANG TIDAK TURUT SERDA DALAM PERIBADATAN YANG TINGGI DAN TIDAK BERADA DALAM KEMULIAAN SEPERTI IN LAYAK DISEBUT MANUSIA ?

Ayuh! Sama-sama kita mengejar pahala yang lebih di bulan penuh berkat ini tidak lama lagi. Marhaban Ya Ramadhan! 



*Imam al-Nursi adalah wali Allah yang hebat dizaman pemerintahan Kamal Attaturk. Risalah Ramadhan ini adalah sebahagian daripada Risalah An-Nur yang menjadi medium Imam al-Nursi untuk berdakwah ketika itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...