Mei 05, 2011

INGAT MATI, GOODBYE DOSA !


Cerita 1

Seorang gadis yang kurang bimbingan agama sejak kecil terjerumus ke dalam kancah zina ketika remajanya sehingga mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya pula lari dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Lalu, si gadis berasa sangat kecewa dan pergi ke sebuah masjid. Di masjid itu, dia bertemu dengan seorang yang alim. Gadis tersebut diberikan perlindungan sehingga lah dia melahirkan anak luar nikah itu.

Sepanjang berada dalam perlindungan dan sebelum melahirkan, gadis itu belajar ilmu agama dan beribadat dgn bersungguh-sungguh kepada Allah. Namun, selepas anaknya lahir gadis itu masih terlibat dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah lagi.

Kali in, perkara yang sama terjadi padanya. Lelaki yg bertanggungjawab itu lari meninggalkannya. Gadis itu sekali lagi memohon pertolongan Allah dan dengan takdir Allah swt, si gadis bertemu dengan seorang pemuda yang sanggup membantu (bukan Muslim). Tetapi, pemuda itu memberi syarat. Jika mahu dia membantu gadis itu, gadis itu perlulah memeluk agamanya terlebih dahulu. Si gadis berfikir.........Si gadis mengambil keputusan memeluk agama lelaki tersebut dan selepas dia melahirkan anaknya nanti, dia akan kembali memeluk agama Islam. Namun, dengan takdir Allah swt gadis itu meninggal ketika melahirkan dan meninggal lah gadis itu dalam dosa.


Cerita 2

Tersebut lah sebuah kisah benar. Kisah seorang juruazan yang alim dan warak. Di sebelah masjid tempat juruazan itu selalu melaungkan azan terdapat sebuah keluarga bukan Islam yg mempunyai seorang anak gadis yang sangat cantik. Setiap kali juruazan itu naik ke menara azan, dia akan memandang gadis tersebut dan dalam hatinya memuji-muji akan kecantikan gadis tersebut.
Lalu, jatuh lah hatinya pada gadis tersebut. Juruazan itu kemudiannya pergilah berjumpa dengan keluarga gadis tersebut. Dia menyatakan keinginannya untuk menyunting gadis tersebut. Keluarga gadis itu memberitahu bahawa mereka tidak mahu gadis tersebut masuk Islam jika berkahwin dgn juruazan. Mereka menambah lagi, juruazan tersebut perlu memeluk agama mereka baru lah boleh berkahwin dengan gadis itu. Maka, si juruazan tadi berfikir lah.Setiap kali melaungkan azan otaknya ligat berfikir tentang gadis tersebut dan bagaimana caranya dia boleh berkahwin dgn gadis tersebut.

Pada suatu hari, juruazan naik ke menara azan untuk menyelesaikan tugasnya seperti biasa. Selesai melaungkan azan, juruazan tadi berkata.. 

Ya Allah, sudah lama aku berkhidmat sbg juruazan. Sudah banyak kebaikan aku lakukan untuk memanggil umat-Mu mengerjakan solat dengan laungan azanku. Aku mengharapkan selama perbuatan baikku itu mendapat habuan yg setimpal dari-Mu, Ya Allah..

seraya dengan itu si juruazan berkata pada dirinya bahawa dia mahu menukar agama agar boleh berkahwin dgn gadis tersebut dan berjanji akan kembali memeluk Islam selepas sahaja berkahwin.
Dengan takdir Allah swt, juruazan tadi tiba-tiba tergelincir daripada tangga menara dan jatuh lalu meninggal dunia. 







Sahabat...
Jika hati kita teringin melakukan dosa...
Ingat lah tentang KEMATIAN..
bagaimana jika kita MATI ketika kita melakukan dosa...
bagaimana jika kita MATI dalam keadaan diri yang tidak sempat berTAUBAT...
bagaimana???
bahagiakah kita nanti di akhirat ?

Sahabat..
Ingatlah..ketika nyawa sudah dicabut daripada badan...
pintu taubat untuk kita sudah tertutup...
atasi diri daripada melakukan dosa dengan mengingati....
MATI !



3 ulasan:

  1. wah.. best la cite karipap ni... buat la cerpen... ada bakat~~~

    BalasPadam
  2. keh3..cite ni pon cedok dr buku!
    sy cite kat sini untuk kongsi~~~

    BalasPadam
  3. heheehheeheh.. best la cite2 cm ni.... leh byk kita berfikir.... ejah banyak ckit......

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...