Mei 03, 2011

3 SerangKai.... Alam Buana.

Sering kali kita dengar pasal cite dukun, bomoh, pawang... ada juga yang memanggil mereka dengan gelaran ustaz.... tapi kebayakkan mereka bertopengkan kesyirikan yang besar pada Allah SWT. Segelintir sahaja yang betul2 menggunakan cara rawatan yang betul disisi Allah SWT.

Anda pasti tertanya2 kenapa dan mengapa saya bercakap sedemikian.... ni yang nak bagitau ni.. anda pernahpegi rumah bomoh? pasti yang ada yang kata "ya" dan "tidak".. secara ringkasnya, bomoh atau dukun kita boleh kategorikan kepada 3 jenis.

1. Bomoh guna bantuan jin kafir, syaitan dan iblis
2. Bomoh Separa
3. Bomoh yang mempelajari Ilmu dari sumber Quran dan Hadis


Bomoh yang menguna bantuan jin kafir, syaitan dan iblis ialah seorang manusia yang  melakukan pengianayaan dan kekejaman terhadap manusia yang lain secara sihir. Cara rawatannya ialah mengenakan syarat kepada pesakit supaya menyediakan ayam hitam, sembelih kambing atau ternakan, pulut kuning, jumlah wang yang diperlukan dan pelbagai lagi untuk dijadikan pengeras sebelum proses rawatan dilakukan. Manakala bentuk kezaliman yang dilakukan kepada manusia ialah seperti khidmat sihir termasuk santau, santet, ilmu guna2 dan senyonyong. ada juga diantara mereka yang tidak mempelajari ilmu sebegini, tetapi menjadikan jin sebagai keselamatan bagi mereka dan anak keturunan meraka... maka automatiknya, wujudlah SAKA.


Bomoh separa ialah bomoh yang juga menggunakan bantuan jin... tetapi secara fizikal, kita sukar melihat amalan khurafat yang dilakukan... kadang2 dapat kita perhatikan melalui bacaan mantera yang diguna. Pada kebiasaannya, mereka mencapur adukkan Ayat suci Quran dengan penyeruan jin melalui bacaan mantera. yang jenis ni sekarang ramai, kadang2 leh keliru dengan syarat2 yang mereka berikan. ada yang mensyaratkan si pesakit berpuasa dibulan ramadhan, solat lima waktu, jangan derhaka pada ibu bapa, tapi terfikir tak kita, sebagai muslim, kita mmg dituntut dan menjadi kewajiban untuk kita melaksanakan perihal ibadah wajib tu, Tak perlu le semata2 memnuhi syarat yang diberikan oleh bomoh Separa tu.

Bomoh separa ni juga ada yang mengaku dia bertemu dengan roh wali2... mengatakan, roh wali2 telah menyampaikan berita pada mereka tentang penyakit yang dialami oleh si pesakit.... nak tanya, roh ni adalah urusan manusia ke urusan Allah??? pasti Urusan Allah !!!!... mustahil dapat kembali ke dunia nyata. penjelasannya, roh wali yang dikatakan itu, adalah jelmaaan dari jin2 yang membantu mereka.. untuk menjadikan manusia lebih tersesat dari landasan Islam yang Suci.


Bomoh yang mempelajari Ilmu dari sumber Quran dan Hadis ialah seorang yang memahami ilmu asas penting dalam Islam. salah satunya, Ilmu TAUHID dan akidah. Tauhid, merupakan ilmu yang menEsakan Allah dari sesuatu benda yang boleh menjadikan menduakan ALLAH. Buktinya, dalam surah Al-Ikhlas. Baca dan perhatikan maksudnya.Cara rawatannya, tidak menggunakan Jin, tetapi kesembuhan diserahkan kepada Allah dengan hati yang iklhlas, tulus dan murni.... dan 100% pada Allah, tidak berbelah bahagi.

P/S: Penulisan ini, berdasarkan pemerhatian, penelitian menerusi jurnal, dan penyampaian ilmu dari orang yang mendalami perihal sebegini........ "Majulah diri untuk Agama, Bangsa dan Negara".

1 ulasan:

  1. ohh.. luaskan pengkajian...... bgus~~~~

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...