Mei 12, 2011

LELAKI PELINDUNG

lelaki pelindung...
siapa dia lelaki pelindung ?
lelaki pelindung adalah lelaki yang melindungi maruah dan tidak sekali kali berniat untuk menyakiti wanita..


dunia akhir zaman kini memperlihatkan kita dimana jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki...
sebenarnya nisbah wanita dan lelaki tidak lah jauh berbeza..
namun, kerana lelaki sudah ramai yang hilang sifat kelelakiannya pada masa kini telah menyebabkan kita melihat jumlah lelaki begitu sedikit dari wanita..
sehingga lebih teruk lagi jika kita menganggap 50 wanita perlu dilindungi dengan seorang lelaki..


lelaki hilang sifat kelelakian disini bukan bermaksud bertukar jantina atau menjadi lelaki lembut...
tetapi lelaki yg sudah hilang sifat lelakinya mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW...
lelaki sepatutnya melindungi kaum wanita...
melindungi dengan menjaga maruah wanita..
mampu mendidik diri dan nafsu daripada wanita....
berasaskan agama Islam..


Dalam al-Quran telah pun tercatat..

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.”


Lelaki pelindung tidak merogol wanita..tidak melakukan zina...
Tidak memukul wanita...
Tidak mengeksploitasikan wanita...
Tidak melakukan perkara2 yang menyakitkan wanita..
Tetapi bertindak melindungi wanita dengan memimpin mereka..
Melindungi maruah mereka...

Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah terbukti berjaya mengubah nasib golongan wanita di seluruh dunia...
dari lembah kehinaan dan diskriminasi.....
lalu diangkat kekedudukannya yang mulia dan terhormat. ..


hanya orang yang benar-benar beriman sahaja mampu memikul amanah ini..
Iman yang sempurna akan mendorong lelaki pelindung melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

Oleh itu seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita, bererti ia tidak sempurna imannya, walaupun sudah banyak amalan kebajikan dan ibadah yang dilakukannya. 
Bagi memastikan kaum lelaki memiliki iman dan takwa yang sempurna, hormati hak kaum wanita..
Lindungi mereka dan sempurnakan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi membahagiakan mereka. Kebahagiaan kaum wanita menjadi asas utama kepada kebahagiaan keluarga, masyarakat dan negara.

 
Sabda Nabi Muhammad SAW:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya antara sifat yang boleh menjadikan seseorang sempurna imannya ialah orang yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya”.





kasutkaripap : credit to suaramuslim.blogspot.com atas beberapa ayat yang dipinjam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...