Oktober 13, 2011

WARKAH BIRU


Azan subuh memecah keheningan pagi itu. Aina bingkas bangun dari tidur yang panjang malam tadi kerana keletihan berkerja seharian. Dia menoleh ke sisi kanan katilnya. Kelihatan sesosok tubuh sedang berdengkur halus masih berbungkus dengan selimut. Aina memandang sosok tubuh itu lama. Barangkali suaminya itu masih penat baru pulang dari outstation semalam.

“Abang, bangun bang. Solat subuh.” Aina mengejutkan suaminya.

Amri membuka matanya perlahan. Melihat isterinya yang mengejutkan lena, dia tersenyum. Amri bingkas bangun dan mengucup dahi isterinya.

“Selamat pagi sayang. Jom, solat subuh berjemaah.”

Begitulah rutin pagi Amri dan Aina. Bangun solat subuh berjemaah, sarapan bersama dan ke tempat kerja bersama. Tapi, pagi itu Aina mengambil cuti. Sebelum Amri ke tempat kerja, AIna menyediakan sarapan. Biasanya, Amri akan minum segelas kopi dan bihun goreng.

“Abang, tengah hari nanti balik makan tengah hari tak?” 

“ Tak sempat lah sayang. Abang ada mesyuarat. Tapi, abang balik awal. Kita makan malam sama ya.” Amri memujuk isteri kesayangannya.

Aina tersenyum. Sememangnya Amri seorang yang sangat kuat berkerja. Tetapi, Amri tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami. Perasaan Aina sebagai isteri dijaga dengan baik. Agama juga tidak pernah ditinggalkan. 

Selesai bersarapan, Aina menghantar Amri ke muka pintu. Aina bersalaman dengan suaminya dan melihat ke luar rumah sehingga kereta Amri sudah tidak kelihatan. 

Kereta yang dipandu Amri hilang dari pandangan Aina. Namun, Aina masih memandang ke luar rumah. Kelihatan matanya berkaca dan pipinya memerah. Aina menahan sebak. Mimpi semalam di rasakannya seperti benar-benar akan terjadi. 

Deringan telefon bimbit mengejutkan lamunan Aina. Aina bergegas masuk ke dalam rumah dan mengambil telefon bimbitnya. Dia menekan butang membuka pesanan ringkas dan kemudiannya tertera;

Mesej:
Keputusan pemeriksaan kesihatan AIna dah keluar. Aina datang hospital ya.
Penghantar :
Dr. Alia

Aina terduduk tatkala membaca pesanan ringkas dari Dr. Alia tersebut. Aina beristighfar dan memuji-muji nama Ilahi agar diberikan ketenangan hati. Di dalam hatinya berdoa,

“Ya Allah, andai ujian yang Kau turunkan ini adalah penghapus segala dosa-dosaku, kami redha Ya Allah. Berilah kami kekuatan dan peliharalah kami dari pengakhiran yang buruk. Amin.”

Aina bersiap-siap ke hospital dan di dalam hatinya masih ada kerisauan. 
Mimpinya….
Laporan kesihatan...




Bersambung…………



2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...