Mac 22, 2011

ESOK, LUSA MUNGKIN TIADA



"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Kematian tidak dapat dipisahkan daripada manusia..
Bila ajal dah sampai...
Manusia tidak mungkin mampu menolaknya...
Para ulama mengibaratkan nyawa kita sebagai daun pokok yang rendang....
Tidak kira tua, muda usia daun itu, pasti akan gugur jika sudah tiba masanya....
Tanya diri...ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK MENEMUI MASA TERSEBUT?

Apabila tiba masa nyawa akan berpisah dari badan...
saat itu, pintu taubat sudah tertutup..
Dengan meningati mati...kita akan sentiasa melakukan kebaikan di muka bumi, segera bertaubat kepada Allah dan rajin mengerjakan ibadah...






Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya."(Hadis riwayat al-Tirmizi)



Kita mungkin sedang berlumba-lumba ingin kan kebahagian di dunia..
sehingga kita terlupa kebahagian kita yg abadi di akhirat...
ingat lah! kita hanya lah musafir di dunia ini..dunia ini hanya persinggahan...
akhirat jua yg akan kekal abadi !










Daripada Ibn Umar Radiallahu Anhuma berkata: 
“Rasulullah bersabda: Jadilah dirimu di dunia ini seumpama engkau Gharib (org yg dagang, kembara/pendatang) atau seperti sedang bermusafir di jalanan (lalu di jalan)”  
(Hadis Riwayat Bukhari ) 
 
  • Hidup di dunia ini umpama kita sedang bermusafir dari satu tempat ke tempat lain....kita perlukan persediaan, bekalan, kita tidak berniat atau leka utk menetap di sini sebab kita sedang dlm perjalanan. kita tidak mengambil semua yg ada di sini,sebab sudah tentu tidak mampu kita simpan,seorang musafir hanya perlu kpd benda yg penting yg tidak menyusahkan perjalanannya, juga bekalan semoga kembalinya dgn sesuatu hasil yg lumayan. 
  • Hidup di dunia umpama acara, peristiwa yg kita akan lalui datang dan pergi sudah tentu kita perlu bersedia untuk melalui peristiwa peristiwa itu, kerana masanya yg singkat, dan kita berharap dapat melaluinya dengan baik.



kasutkaripap: untuk mengingatkan diri sendiri dan sahabat2..



2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...