- Jika seorang wanita meninggal sebelum sempat berkahwin dengan mana-mana lelaki maka Allah swt akan menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia. Rasulullah saw telah bersabda " Tidaklah ada di syurga seorang bujang."(HR. Muslim).
- Seorang wanita yang suaminya tidak masuk ke syurga, jika wanita itu adalah ahli syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum kahwin maka salah seorang dari merekalah yang akan menikahi wanita tersebut.
- Seorang wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin dan dia termasuk sebagai ahli syurga, dia akan bersama suami yang menikahinya saat ditinggalkan.
- Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak lagi berkahwin lain, setelah dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.
- Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian dia berkahwin lagi, maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah berkahwin dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir." dan perkataan Hudzaifah kepada isterinya,"Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalanku. Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia. Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk berkahwin lagi sepeninggalan beliau, kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga."
Wallahua'lam
(http://forum.islamstory.com)
subhanallah~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kurniaan Allah....
BalasPadam