Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sepanjang hidupnya bersikap zalim iaitu suka berbuat sesuka hati dan menindas rakyat. Suatu hari, dia jatuh sakit. Para doktor memberitahu raja itu supaya bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal sahaja kerana penyakitnya tidak boleh sembuh kecuali dengan memakan sejenis ikan. Namun ketika itu bukan musim ikan itu naik ke permukaan laut. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat supaya mengiringi ikan-ikan itu naik ke permukaan laut. Lalu, raja yang zalim tadi dapat makan ikan tersebut dan sembuh.
Pada waktu yang sama, seorang raja di negeri lain turut jatuh sakit. Baginda adalah seorang raja yang adil dan banyak membuat amalan kebaikan. Para doktor bersepakat, penawar kepada penyakitnya adalah ikan yang sama. Namun, mereka memberitahu raja itu supaya tidak risau kerana ikan itu sedang muncul dengan banyaknya di permukaan laut. Namun Allah memerintahkan semua malaikat mengiringi ikan-ikan tadi balik semula ke sarangnya di dasar laut. Raja yang adil itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Di alam malakut iaitu di alam malaikat dan roh, para malaikat berasa hairan dengan fenomena itu. Mengapa harapan raja yang zalim itu dipenuhi Allah, namun doa raja yang adil tidak dikabulkan? Allah menjelaskan,
"Walaupun raja yang zalim banyak membuat dosa, pernah juga dia berbuat baik. Demi kasih sayang-Ku, Aku berikan balasan atas amalan baiknya. Sebelum dia meninggal dunia, masih ada perbuatan baiknya yang belum Aku balas. Lalu Aku segera membalasnya supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan membawa dosa-dosanya. Begitu juga dengan raja yang bersikap baik itu. Walaupun dia banyak berbuat baik, pernah juga dia berbuat kesalahan. Aku balas semua keburukannya dengan bencana. Menjelang ajalnya, masih ada dosa yang belum Aku balas. Lalu Aku tolak doanya meminta sembuh, supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan kebaikan-kebaikannya."
kasut&karipap:
dengan kisah ini kasut&karipap harap kita semua dapat memahami tentang konsep kematian sebagai satu penyucian diri. Usah iri hati pada mereka yang banyak melakukan perbuatan menyalahi hukum agama dan perintah Tuhan namun tetap berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Ini kerana, saat mereka kembali kepada Tuhan mereka berlumuran kotoran dan dosa. Tetapi, kita pula jangan pernah berasa diri kita suci dan merasa amalan kita sudah cukup. Sentiasa lah tambahkan amalan dan berdoa pada Allah Taala agar kita mati dalam Iman yang kukuh.. Wallahualam.
subhanallah~~~~~~~~~~~~~ t.ksh.. akak.. bru ku tahu~~~~
BalasPadamsama2 =)
BalasPadaminsaf~~~~~~~~~~~~~~
BalasPadamBerdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.
BalasPadamSYABAS~~~~ HEHEHEHEE.... SOKONG!!!!!!!!! MDTGKAN KEINSAFAN PADA SAYA~~!!!
woooo...berjela-jela komen...hahaaha...
BalasPadam*mari sama2 insafkan diri =)
suke ati la nak tulis pjg pon... heheehehhehehehehehehheheeehhe
BalasPadam