Jun 23, 2011

# 1 : MATA YANG TIDAK MENANGIS



Kisah I :
Pada abad ke-11 tahun hijrah. Tersebutlah satu cerita tentang seorang lelaki. Kerja sehariannya hanya berseronok dan mengunjungi tempat-tempat hiburan. Larut malam barulah dia pulang ke rumah dengan terhuyung-hayang akibat mabuk. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah, lelaki itu mendengar sayup2 seorang penduduk kampung membaca Quran. Ayat yang didengarnya adalah ayat 16 surah al-Hadid.

“Belum sampaikah lagi masanya untuk orang yang beriman, bagi khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Quran) yang diturunkan? Janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang lalu hati mereka menjadi keras dan ramai di antaranya orang yang fasik derhaka.”

Setelah sampai di rumah, sebelum tidur lelaki itu mengulangi bacaan ayat itu dalam hatinya. Tanpa disedari air matanya mengalir, hatinya tiba-tiba berasa takut dan gentar dengan segala dosa yang dilakukannya selama ini. Selepas malam itu, lelaki itu mula mengubah cara hidupnya. Dia mengisi hidupnya dengan mencari ilmu, membuat kebaikan dan mentaati perintah Allah. Lelaki itu adalah Fudhail bin Iyad.

Fudhail kembali ke jalan yang benar dan mengalirkan air matanya kerana menyesali perbuatannya yang lepas. Dengan izin Allah, mata seperti itu termasuk mata yang tidak akan menangis pada hari kiamat.


Kiash II:
Dalam surah Yusuf, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf yang menolak ajakan Siti Zulaikha bagi melakukan perbuatan tidak baik. Akibatnya beliau dipenjarakan kerana menolak permintaan itu. Namun, Nabi Yusuf lebih rela masuk penjara asalkan beliau tidak melanggar perintah Allah. Oleh sebab itu, matanya termasuk mata yang tidak menangis pada hari kiamat kerana terpelihara daripada dosa melihat perkara-perkara yang tidak dibenarkan Allah.


Kisah III:
Ibnu Taimiyah adalah seorang pejuang Islam. Pekerjaannya sehari-hari adalah menyebarkan ajaran Islam, sekaligus menegakkan kebenarannya. Pada siang hari, beliau mengajarkan Islam kepada generasi muda serta mematahkan usaha-usaha cuba menghancurkan agama oleh golongan yang berniat buruk. Pada sebelah malam, beliau membahagikan masa membaca, menulis buku dan mengajar agama Islam. Aktiviti-aktiviti mala mini diteruskan walaupun beliau dipenjarakan oleh pihak berkuasa. Pendek kata, sedikit sahaja waktu tidur Ibnu Taimiyah. Dengan kuasa Allah dan kasih sayang-Nya, jenis mata ini juga tidak akan menangis pada hari kiamat kelak.




2 ulasan:

  1. indahnya jikalau mata kita pun tiidak menangis di akhirat.. tapi..

    BalasPadam
  2. tapi????

    InsyaAllah..kita kena berusaha. Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan =)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...