November 15, 2010

Kasut Karipap Mengembara (Part 2)

Ini adalah sambungan entri sebelum ini...before ni ada part 1..ok..skrg nak sambung part 2 pula..
Ape? Lupa entri lepas...takpe..klik sini bole ngat balik punye....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
  1. Apabila si cucu mendapat pekerjaan: Okay, bila seseorang daripada ahli keluarga dapat pekerjaan, katakan si cucu. Si cucu akan diberikan satu tangkal. Biasanya ia adalah kain putih yg dijahit bentuk empat segi kecil dan didalamnye adalah kemenyan yg telah diasap dan dibacakan tah pa pe. Tangkal ini digelar "simpulan mati". Jangan buang, jangan langkah atau bawa masuk toilet dan jgn hilangkan. Kalau tidak buruk padahnya, kata si pemberi tangkal. Tangkal ni kne bawa selalu. Katanya lagi baik simpan dlm dompet. Jadi tak ilang. So, pada hari pertama kerja..bawa tangkal ini bersama. Di hari pertama anda masuk opis, salam (shake hand) dgn semua orang. Jangan ada sorang pun yg tertinggal anda salam. Pada hari kedua, anda dilarang salam. Sila berikan senyuman sahaja kepada ofismate. Pada hari2 seterusnya, jalani hari dengan biasa kerana tangkal itu sentiasa ada bersama anda. Sesiapa yang tidak mendengar arahan yg anda keluarkan (walaupun keje kuli je) org tersebut pasti tidak akan kelihatan lagi bekerja di opis kamu. Dan ofismate yg lain akan sentiasa tunduk dan patuh pada anda.


Astaghfirullahhalazim..



Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)



Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)


p/s: marilah kita sama2 ingat mengingati bahawa syirik itu adalah dosa yg besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT .

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah al-Nisa, ayat 116)


Jauhkan diri dan segera bertaubat sebelum ajal menjemput. Fikir2kan dan selamat beramal =)







sumber:wikipedia dan pengalaman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...