Disember 08, 2010

PARANORMAL 1


"Alif Laam Miim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka."

(Q.S.Al-Baqarah [2]:1-3)


Sejak awal Islam telah menetapkan bahawa mempercayai perkara ghaib adalah salah satu syarat untuk menjadi org yang bertakwa. Al-Qurthubi menjelaskan bahawa al-ghaibi secara bahasa adalah segala sesuatu yang tidak ada bersama kita, atau yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. At-Thabary menuliskan dalam tafsirnya bahawa menurut Qatadah, al-ghaib adalah syurga, neraka, hidup sesudah mati dan hari kiamat. Rabi’ bin Anas menambahnya dengan mengatakan al ghaib adalah Al-Quran.


Ilmu ghaib hanya milik Allah, dan ini ditafsirkan melalui Surah Al An’aam (6) ayat 59,


“Dan pada-Nya kunci2 keghaiban yang tidak diketahui kecuali oleh-Nya”


Dalam mentafsir ayat tesebut, al-Qurtubi melalui hadis Bukhari dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kunci2 keghaiban ada lima, tidak ada yang tahu kecuali Allah; Jantina janin dalam rahim, apa yang berlaku esok hari, bila hujan akan turun, di bumi mana seseorang akan mati dan bilakah terjadinya kiamat.”

Dua daripada perkara ghaib itu kita sudah mampu ketahui. Melalui alat pengesan jantina janin yang kini digunakan di hampir kesemua hospital di dunia, Melalui satelit dan ilmu meteorology yang memberi ramalan cuaca. Tiga lagi perkara ghaib mungkin akan diketahui suatu hari nanti. (Kesemua contoh ini berlaku dengan izin Allah SWT jua)


Terdapat hal2 aneh, ghaib yang masih menjadi misteri tanpa dapat dijelaskan dengan rasional akal sehingga kini. Para pendeta Budhha di Tibet mampu terapung setinggi 50 cm di udara semasa sedang bertafakur, bomoh Voodoo Afrika yang mencucuk patung dengan jarum mampu membuat org di tempat lain menjerit kesakitan, bomoh santau yang mengirimkan benda2 kotor pada perut musuhnya dan banyak lagi ilmu2 ghaib dan pelik seperti ini sedang berlaku di pelosok dunia dan ianya masih belum difahami dengan akal. Oleh kerana ianya tidak sesuai di masukkan dalam cabang2 ilmu pengetahuan yang normal, maka ia di sebut paranormal.


Pada masa kini, ada hal2 ajaib dan mistik sudah mampu dijelaskan secara ilmiah. Prof.Ir.Lilik Hendradjaya, M.Sc., Ph.D., berhasil menjelaskan secara teori ilmu fizikal tentang fenomena penumpuan tenaga melalui latihan pernafasan. Ramai org mengaitkan perkara seperti ini adalah ilmu ghaib, mistik dan berlaku dgn bantuan jin. Tetapi beliau menguraikan bahawa darah manusia tersusun dari atom oksigen dan atom besi (Fe). Ketika kita bernafas dgn normal, oksigen yang banyak dalam paru2 dan molekul darah dgn mudah menyerap oksigen terbabit dan terus mengalir. Untuk mendapatkan kadar oksigen dgn jumlah yang sama, molekul darah (hemoglobin) akan ‘berbaris’ secara bersiri dgn urutan: atom besi (Fe)-rantai protein-Fe-rantai protein, dsb. Akhirnya, darah dalam pembuluh darah akan membentuk barisan simetri. (bersambung part 2)



Wallahualam..



disclaimer : Sumber dari buku Mukjizat Sains dalam Al-Quran hasil tulisan Bambang Pranggono & Dini Handayani.




2 ulasan:

  1. yaaaa....ya.... cepat update.... gua mau baca~~~~

    BalasPadam
  2. insyaAllah...gue update nanti ya..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...