Februari 12, 2011

KISAH YANG SEDIH

aku dipertemukan kepada mu oleh seorang lelaki yg berseluar getah..
di suatu tempat yg baru bagiku..
pertama kalinya aku begitu teruja melihat dirimu..
dirimu begitu menarik!
belum pernah aku melihat yang lain seperti dirimu!

Lelaki berseluar getah memberitahu sedikit sebanyak tentang dirimu kepadaku..
aku semakin tahu asal usul mu..
sifat dirimu..
kelemahan dirimu..
dan banyak lagi...
 dan mulai saat itu..aku lah yang akan sentiasa berada di sisimu..
menjaga mu....kata si lelaki berseluar getah...
'kau mesti tahu akan semua tentang dirinya! kerana tiada seorang pun yg akan memahaminya selain kau.'

pada mulanya, aku sangat gementar!
pelbagai perkara bermain di minda ku..
ini lah pertama kalinya aku perlu berkerjasama dengan si dia..
tanpa aku mengetahui pun atau berkenalan lama dgn si dia..
ohhh..aku mengeluh..

namun..hari demi hari...aku semakin mengenalimu..
itu pun berkat tunjuk ajar dan sedikit paksaan untuk mengenalimu dari si lelaki berseluar getah..
*time kasih la pada beliau*

setelah beberapa minggu perkenalan dengan mu...
aku semakin rapat..
setiap masa jika perlu berkerjasama dgn mu..
aku pasti akan menunjukkan komitmen yg tinggi!
pasti...

kau ku jaga dgn penuh kelembutan..
penuh kasih sayang...
betapa aku berbangga kerana ramai org yg bertanya kan perihal kamu kepada ku..
setiap kali kau bermasalah dgn org lain..
aku la yg akan menjawabnya..
aku lah yg akan memujuk mu utk berkomunikasi dgn baik pada mereka..
walaupun aku baru mengenali mu..
namun aku merasakan kita mempunyai frekuensi yg sama!


hari demi hari..
minggu demi minggu..
bulan demi bulan...
aku semakin menyayangi dirimu..
kini aku turut menyayangi empat lagi saudaramu...
lalu..kau 5 bersaudara mendapat kasih syg yg sama rata dari ku!


namun....
panas tidak selalunya smpi ke petang..
boleh jadi hujan turun di tengah hari..
begitu lah kisah ku dgn dirimu...
tidak selamanya kau akan berada bersamaku..
kau akan bersama dgn tuan baru mu di luar sana!
kau telah di pinjam oleh seseorang utk satu tempoh yg tidak aku ketahui..
dan kau mungkin akan dilupakan keran kau sudah ada pengganti!
pengganti yg tidak sesukar dirimu!
ohhhh....................ANALOG CONTROL SYSTEM MODULS.....
mengapa kau di pisahkan dgn ku????

pilu...sedih...sayu...
kerana kau adalah equipment pertama yg aku pelajari ketika mula2 masuk berkerja..
kerana kau la equipment pertama yg membuat aku pening kepala..
kerana kau lah aku menjadi 'tutor' sambilan yg tdk diiktiraf...
kerana kau.....aku belajar sesuatu yg baru! sesuatu yg belum pernah aku pelajari sebelum ini...

hari ini...tepat 4.30 ptg..
kau telah pergi bersama dgn tuan baru...
namun...kesedihan hatiku agak terubat..
kerana kau menaiki kereta Alza berwarna hitam...
kereta idaman hatiku...
kau pasti selamat dan akan dijaga dgn baik oleh tuan baru mu..
selamat tinggal my first equipment.....lepas ni peluang bg jawapan eksperimen kat student2 sudah tiada lagi..
kerana kau dan 4 lagi saudara kau suka buat hal time amali...
student pon suka aku tlg buatkan amali diorg! sbb aku pun x kesah...aku dah mengenali dirimu lebih lama dari student2 yg pertama kali melihat mu! sekian saja kisah kita...
mungkin lain kali...kita akan bertemu lagi.....


Tinggal kenangan :


walaupon dirimu tidak pernah ku jumpa sebelum ini..tapi aku masih mengingati ketensenan ku cuba utk mengenali dirimu!




di sini lah pertama kalinya aku berjumpa dirimu


mereka lah yg telah membalut dirimu dgn kotak!
dia telah siap dibalut dgn kotak...wuuuu..
detik2 akhir bersama...
lalu...dua uncles telah membawa dia pergi....waaaaaa
dia menaiki kereta Alza milik tuan barunya...terubat sikit sedih sbb tgk Alza ni cantek! =)
bye2 Alza....ehh..silap..bye2 equipment! jumpa lg lain kali...



Kasutkaripap : pasni kena belajar equipment baru pula....nampak mudah ibarat bermain pasir (quotes dr bos!)....so..kita tengok mcm mana la nanti...lepas ni Miss Sabrina sudah tidak jadi tutor terjun! nama ape pula tutor terjun kali ni =p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...