Jun 10, 2011

TUJUH HARI SEMINGGU

Ali bin Abi Thalib bermadah :

“Sebaik-baik ialah hari sabtu untuk berburu
tanpa keraguan jika anda menginginkannya.
dan pada Ahad untuk membangun kerana di hari itu
Allah telah memulai penciptaan langit.

Dan pada hari Isnin bila anda ingin belayar
Anda akan selamat daripada musibah atau bala.
Bila anda akan berbekam lakukanlah
Pada hari Selasa, pada saat itu darah ditumpahkannya

Bila seseorang akan meminum ubat
Sebaik-baik hari itu adalah hari Rabu.
Dan pada hari Khamis untuk menunaikan hajat
Kerana Allah memerintahkan menuai

Dan pada hari Jumaat untuk perkahwinan
Melapangkan urusan keadaan wanita
Ilmu ini tidaklah dihimpunkan kecuali oleh Nabi
Atau pewaris Nabi.”


Jun 09, 2011

TEMANKU...AMAL


Pada suatu hari, Qais bin Ashim meminta nasihat daripada Rasulullah saw. Rasulullah saw berkata, “Wahai Qais, apabila saudara meninggal, pastikan saudara memiliki teman yang dikuburkan bersama tetapi dia hidup. Sekiranya teman saudara itu mulia, dia akan memuliakan saudara. Sebaliknya apabila teman saudara itu keji, dia akan membuat saudara sengsara. Peneman itu akan dihimpunkan bersama saudara dan saudara tidak akan ditanya kecuali perihalnya. Jadikanlah itu baik kerana apabila dia baik, saudara akan merinduinya. Namun apabila ia rosak, saudara akan takut kepadanya. Ketahuilah, dia itu adalah perbuatan saudara.”

Dalam hadis yang lain, menyatakan bahawa amal itu tidak sahaja muncul pada hari akhir, malah ketika manusia masuk ke dalam kubur.

Ketika seorang manusia yang baik dikebumikan, kubur akan berkata,”Selamat dating. Demi Allah, dahulu aku sangat encintaimu ketika engkau sedang berjalan dibelakangku. Apabila engkau memasuki perutku sekarang, bertambah gembiralah aku. Sebentar lagi, kamu akan menyaksikannya.” Maka, satu ruang yang seluas pandangan mata di kubur itu terbuka dan pintu bagi memandang syurga juga dibukakan untuk si mati. Kemudian, muncul seseorang dengan keindahan yang belum pernah siaksikan oleh pandangan mata si mati.

Si mati berkata,”Wahai hamba Allah, belum pernah saya melihat manusia yang lebih indah daripadamu.” Orang itu menjawab,”Saya adalah fikiranmu yang indah yang pernah saudara miliki dan amal-amal baikmu yang pernah saudara lakukan.”

Ketika seorang manusia yang kafir dan ingkar kepada perintah Allah dikebumikan, kubur itu mnyambut dengan ucapan,”Tidak ada ucapan selamat untukmu. Demi Allah, dahulu aku benci kepadamu ketika kau berjalan di atas belakangku. Sekarang selepas kamu masuk ke perutku, bertambah-tambah kemarahanku. Sebentar lagi kamu saksikannya.”

Kubur akan menghimpit si mati yang ingkar sehingga dia hancur berserakan. Kemudian akan dikembalikan kepada bentuk asalnya. Pintu ke neraka akan terbuka untuknya lalu, keluarlah seseorang dari pintu itu dengan kejelikan yang belum pernah disaksikan.

Manusia kafir dan ingkar itu kemudian bertanya,”Siapakah kamu? Aku tidak pernah melihat muka yang lebih buruk daripada muka kamu.” Orang itu menjawab,”Aku adalah amal-amal buruk yang engkau lakukan dan juga fikiranmu yang buruk.”




“Apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat semasa yang kamu kerjakan.” (Ayat 110, surah al-Baqarah)

“orang yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan orang yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (ayat 7 & 8, surah az-Zalzalah)



Jun 08, 2011

10 GOLONGAN DI PADANG MAHSYAR


Ketika berada di rumah Ayub al-Anshari, Muaz bin Jabal yang duduk berhampiran Nabi Muhamad bertanya,”Wahai pesuruh Allah, apakah yang dimaksudkan dengan ayat 18 surah an-Nabak,’Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu dating berpuak-puak ke Padang Mahsyar.’

Rasulullah saw menjawab,”Wahai Muaz, saudara bertanya perihal perkara yang berat.” Beliau memandang jauh sambil berkata, “Umatku akan dibangkitkan menjadi 10 golongan. Allah swt menyusun mereka, ada yang berbentuk babi, ada yang berjalan terbalik dengan kaki di atas dan muka di bawah sambil terseret-seret, ada yang dalam keadaan buta dan berjalan sambil merayap, ada yang tuli dan bisu, ada yang menjulur lidah dan mengeluarkan cairan yang menjijikan, ada yang dalam keadaan tangan dan kakinya terpotong, ada yang kepalanya disalibkan pada tiang-tiang api, ada yang berbau lebih busuk daripada bangkai dan ada yang memakai pakaian ketat tetapi pakaian itu membuat kulitnya terkoyak.

………………………………………………………………………………………

Mengapa golongan2 tersebut menjadi sedemikian rupa?

  1. Orang yang berbentuk monyet - para penyebar fitnah yang memecah belahkan masyarakat
  2. Orang yang berbentuk babi - pemakan harta yang haram
  3. Orang yang kepalanya terbalik - adalah pemakan riba
  4. Orang yang buta - penguasa yang zalim
  5. Orang yang buta dan tuli - mereka yang takjub dengan perbuatan sendiri
  6. Orang yang menjulurkan lidah dan mengeluarkan bauan yang menjijikan - para ulama ataupun hakim yang perbuatannya bertentangan dengan perkataannya 
  7. Orang yang dipotong kaki dan tangan - mereka yang menyakiti jiran tetangga
  8. Orang yang disalibkan pada tiang api - para pembisik penguasa bagi memburukkan manusia lain
  9. Orang yang baunya lebih busuk daripada bangkai - mereka yang pekerjaannya hanya mengejar kesenangan jasmani dan tidak menunaikan hak2 Allah dalam hartanya
  10. Orang yang dicekik oleh pakaiannya sendiri - mereka yang sombong dan takbur


Maka, hadis tersebut telah menerangkan kepada kita keadaan manusia pada hari kiamat kelak. Semua benda akan kembali kepada Allah dengan rupa yang sama, namun manusia belum tentu akan kembali kepada Allah dengan rupa manusia juga. Kita mesti tertanya, apakah yang menentukan bentuk kita ketika kembali kepada Tuhan? 


Jawapannya….perkara yang menentukan bentuk kita kelak dan sekarang ini adalah amal atau perbuatan-perbuatan kita. Kita akan dapat tahu siapa diri kita sebenar setelah kita menghembuskan nafas yang terakhir.





kasut&karipap: untuk diri sendiri dan saudara-saudara ku..



Jun 06, 2011

#1 :: SUUL KHATIMAH ATAU HUSNUL KHATIMAH ?


Apa itu suul khatimah? Suul khatimah ialah pengakhiran yang buruk ataupun tidak baik. Dalam Al-Quran, terdapat doa-doa yang boleh dijadikan amalan untuk mengelak daripada suul khatimah ini. 



Ayat 8 surah Ali Imran yang bermaksud “Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”



Satu tanda daripada suul khatimah adalah tergelincirnya hati sesudah seseorang itu mendapat petunjuk. Tanda lain suul khatimah adalah apabila tingkah laku kita seperti orang yang tidak percaya kepada Tuhan atau tidak mengendahkan suruhan-Nya sesudah kita memperoleh kepercayaan dan keyakinan kepada Allah. Selain itu, ada orang yang banyak berbuat baik ketika zaman muda. Tetapi,membuat perkara-perkara yang buruk ketika usia tuanya.


Menurut Rasulullah saw, terdapat tiga orang yang tidak dipedulikan Allah swt dan tidak dibersihkan dosanya pada hari kiamat. Dua daripadanya adalah orang tua yang berzina dan orang miskin yang takbur ataupun bercakap besar. Orang muda yang berzina itu berdosa besar tetapi orang tua yang berzina lebih besar dosanya kerana dia berada pada hujung usianya dimana sudah hampir dengan kematian yang akan membawanya bertemu dengan Allah swt.


Wajarkah kita yang asalnya hadir ke dunia ini dalam keadaan suci, kemudian kembali dalam keadaan kotor dan penuh dosa ? Jawapannya terletak di tangan kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman sendiri.







Rujukan: Indahnya Kematian, Bisri M.Djaelani


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...