Jun 09, 2011

TEMANKU...AMAL


Pada suatu hari, Qais bin Ashim meminta nasihat daripada Rasulullah saw. Rasulullah saw berkata, “Wahai Qais, apabila saudara meninggal, pastikan saudara memiliki teman yang dikuburkan bersama tetapi dia hidup. Sekiranya teman saudara itu mulia, dia akan memuliakan saudara. Sebaliknya apabila teman saudara itu keji, dia akan membuat saudara sengsara. Peneman itu akan dihimpunkan bersama saudara dan saudara tidak akan ditanya kecuali perihalnya. Jadikanlah itu baik kerana apabila dia baik, saudara akan merinduinya. Namun apabila ia rosak, saudara akan takut kepadanya. Ketahuilah, dia itu adalah perbuatan saudara.”

Dalam hadis yang lain, menyatakan bahawa amal itu tidak sahaja muncul pada hari akhir, malah ketika manusia masuk ke dalam kubur.

Ketika seorang manusia yang baik dikebumikan, kubur akan berkata,”Selamat dating. Demi Allah, dahulu aku sangat encintaimu ketika engkau sedang berjalan dibelakangku. Apabila engkau memasuki perutku sekarang, bertambah gembiralah aku. Sebentar lagi, kamu akan menyaksikannya.” Maka, satu ruang yang seluas pandangan mata di kubur itu terbuka dan pintu bagi memandang syurga juga dibukakan untuk si mati. Kemudian, muncul seseorang dengan keindahan yang belum pernah siaksikan oleh pandangan mata si mati.

Si mati berkata,”Wahai hamba Allah, belum pernah saya melihat manusia yang lebih indah daripadamu.” Orang itu menjawab,”Saya adalah fikiranmu yang indah yang pernah saudara miliki dan amal-amal baikmu yang pernah saudara lakukan.”

Ketika seorang manusia yang kafir dan ingkar kepada perintah Allah dikebumikan, kubur itu mnyambut dengan ucapan,”Tidak ada ucapan selamat untukmu. Demi Allah, dahulu aku benci kepadamu ketika kau berjalan di atas belakangku. Sekarang selepas kamu masuk ke perutku, bertambah-tambah kemarahanku. Sebentar lagi kamu saksikannya.”

Kubur akan menghimpit si mati yang ingkar sehingga dia hancur berserakan. Kemudian akan dikembalikan kepada bentuk asalnya. Pintu ke neraka akan terbuka untuknya lalu, keluarlah seseorang dari pintu itu dengan kejelikan yang belum pernah disaksikan.

Manusia kafir dan ingkar itu kemudian bertanya,”Siapakah kamu? Aku tidak pernah melihat muka yang lebih buruk daripada muka kamu.” Orang itu menjawab,”Aku adalah amal-amal buruk yang engkau lakukan dan juga fikiranmu yang buruk.”




“Apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat semasa yang kamu kerjakan.” (Ayat 110, surah al-Baqarah)

“orang yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan orang yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (ayat 7 & 8, surah az-Zalzalah)



2 ulasan:

  1. subhanallah~~~~~ karipap... tiap mata yang melihat page yang mgandungi unsur peringatan pada ALLAH, bertambah2 pahala dan saham kamu.. sama2 dpt phala~~~~

    BalasPadam
  2. ya....kalau buat karipap dan kasik org makan pun dpt pahala juga kan.... :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...