April 09, 2012

KOLOT !

Tidak dinafikan, pada zaman ini masih ada lagi golongan bijak pandai yang masih berfikiran kolot. 
Pelik.  Jika mengikut akal logik kita, manusia yang berpendidikan tinggi, berilmu agama haruslah seorang yang tidak kolot. Namun, apa yang berlaku pada hari ini sebaliknya.

Jika sebiji guli terjatuh dalam segantang beras, adakah kita akan buang segantang beras tersebut ?
Membazir bukan ? Sedangkan guli itu boleh dicari dan dibuang. Maka, beras tadi masih boleh digunakan.

Sama juga dengan satu kawasan yang penduduknya jahil tentang agama. Jika satu atau dua orang telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan bertaubat tetapi masih tinggal di perkampungan tersebut, kita tidak boleh mengatakan bahawa satu dua orang itu jahil ! Jangan hanya kerana kita melihat kulitnya, kita sudah mengatakan isinya busuk.

Ibarat manggis yang berkulit tidak licin tetapi isinya putih melepak !

Mengecewakan bila mendapati manusia-manusia yang berpendidikan tinggi inilah yang sering melontarkan kata-kata tidak masuk akal. Kolot. 

Tidak semua yang berpendidikan tinggi itu berfikiran kolot. Tetapi, sebahagian sahaja. Dan entri ini hanya satu pendapat juga luahan rasa. Tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Jika ada, ia ibarat 'siapa makan cili, dia terasa pedasnya'. Sekian.









p/s: Sudahlah kolot, fitnah lagi. Manusia..Manusia..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...