Ogos 03, 2011

BERPADA-PADA BERSEDEKAH


Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: 
"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

********************

Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang tidak membuatkan kita ditimpa kesusahan akibat terlalu banyak memberi atau dengan perkataan lain pastikan masih ada sisa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan. 

Malah dalam bersedekah juga utamakanlah orang yang di bawah tanggungan kita terlebih dahulu daripada yang lain. 



kasutkaripap: bulan Ramadhan adalah bulan dimana ramai umat Islam akan bersedekah..lebih dari bulan-bulan lain..tapi, harus di ingat...biarlah berpada-pada dan pasang NIAT betul-betul..ok? *zakat jangan lupa!*



 


3 ulasan:

  1. moral of the story

    (1) lepas sedekah jgn mintak2 pulak - zaman nabi ada jugak org sedekah sampai tinggal beberapa bijik kurma je utk bukak pose..tapi diorg tak mintak2..so ok!
    (2) bila bersedekah utamakan sedara mara.
    (3) Jangan takut akan jatuh miskin bila nak sedekah. Lagi banyak sedekah lagi murah rezeki..

    selamat beramal :)

    BalasPadam
  2. selamat beerpuasa dan selamat beramal...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...