Ditanyakan kepada Ibrahim bin Adham, "Mengapa doa kami tidak dikabulkan Allah swt, padahal Dia telah berfirman, 'Berdoalah pada-Ku, maka Aku akan perkenankan doamu.'
Ibrahim bin Adham menjawab,"Kerana hati kamu semua telah mati dari mencintai Allah."
"Apakah yang dapat mematikannya?"
"Ketahuilah yang dapat mematikan hati kamu semua itu ada lapan perkara. Kamu semua mengetahui hak Allah tetapi tidak melaksanakan hak-Nya. Kamu semua membaca Al-Quran, tetapi hanya pada mulut sahaja tidak pernah kamu semua berusaha mengamalkannya. Kamu semua menyatakan cinta pada Rasulullah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya. Kamu semua takut mati tetapi kamu semua tidak menyediakan diri untuk menghadapinya. Allah swt berfirman,"Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuhmu." Tetapi kamu semua menyokongnya. Kamu semua takut akan api neraka tetapi kamu semua mencampakkan jasad kamu semua di dalamnya. Kamu semua cinta pada syurga, tetapi kamu semua tidak berusaha mendapatkannya. Dan apabila kamu semua berdiri, maka kamu semua melemparkan aib kamu semua di belakang, lalu kamu semua jaja aib orang lain, dengan demikian kamu semua menjadikan Allah murka, maka bagaimana mungkin Dia mengabulkan doa kamu semua?"
ya karipap... mmg kena muhasabah diri~~~~ thanks krn syer~~~~
BalasPadamkena banyak beristighfar..semoga allah pelihara kita dari kemaksiatan..selamat berpuasa..
BalasPadamtetiba teringin nak makan karipap :P
sukmabintara : sama-sama :)
BalasPadamRai : ya betul...bnyk kan istighfar dan zikir..InsyaAllah..hati terpelihara :)
BalasPadamSelamat berpuasa juga...wooo..karipap..karipap..ngee~