Julai 12, 2011

LANGGAR LAGI

Pagi yang mendung....tapi hatiku tidak semendung awan pagi ini...
kaki menuju ke gerai mamu yang berdekatan dengan rumah....
selesai me'napau' roti planta yang baru sahaja menjadi kegemaranku, kaki meneruskan langkah ke jalan raya....

kereta bersesak-sesak pagi itu..
bas yang bersaiz besar agak susah untuk membelok ke kanan kerana di kiri kanan jalan penuh dengan kereta yang berebut parking tepi jalan....
ketika kereta-kereta mula berhenti untuk memberi laluan kepada bas yang membelok...
aku segera bergerak melintas menyusup di antara kereta-kereta mahal...

sebaik sahaja aku melintas dihadapan sebuah Mercedes benz model lama berwarna hijau tua...
tiba-tiba kereta itu bergerak maju ke hadapan, sedangkan kereta dihadapannya masih tidak bergerak langsung...
aku terkejut dan hampir hilang imbangan badan....kepala kereta sudah menyondol tangan kananku...

eh..eh..aku hilang imbangan badan dan hampir menahan kepala kereta tadi dengan tangan...
sikit lagi menyondol paha kanan ku pula....
tangan kanan sudah menahan bahagian hadapan kereta itu untuk mengelakkan diri terjatuh..tapi peliknya kereta itu masih bergerak lagi...

bas di hadapan mula bergerak...
tanpa memikirkan rasa marah..lebih baik cepat-cepat berlalu pergi sebelum kereta lain pula menyondol aku..
aku yang masih dalam keadaan kurang imbangan..berusaha ke seberang jalan...
sampai di seberang jalan...Tuhan sahaja tahu dalam hati berdebar-debar...
"kalau lah kaki aku tadi kena sondol juga, dan terjatuh lalu kereta depan undur ke belakang...bagaimana agaknya nasib ku?"

sampai sekarang...hati masih berdebar....
masih terasa kereta tadi menyondol tangan kanan aku....
Alhamdulillah....Allah masih ada.




kasut&karipap: mungkin pemandu tadi tak sengaja tertekan pedal minyak ketika saya melintas..

2 ulasan:

  1. Allah jaga awk karipap.. Subhanallah~~~~ semalam lak nak kena sengat lipan, tapi dah dibunuh leh member.....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...