Mei 10, 2011

TANGKAL BAEK PUNYA !

cara mudah membuat tangkal :

mula2...sediakan kain putih yang di kerat daripada mayat yang baru di tanam. Kemudian, cari sebiji batu sebesar bunga cengkih di sekitar kubur orang yang kuat agama semasa hidupnya. 
Pastikan kubur orang tersebut berbatu nisan sebanyak dua batu dan diukir cantik tulisannya dengan dakwat hitam. Kubur org alim tersebut juga perlu terdapat bunga melur yang ditanam 3 meter ke barat laut dari kubur tersebut. Bila jumpa kubur yg cukup syarat2 begini, kutip lah batu sebesar bunga cengkih yang ada disekitar kubur tersebut. 

INGAT ! masa mengutip batu juga ada syaratnya...hanya boleh kutip ketika bulan mengalami fasa BULAN SABIT...(ketika fasa bulan lain dikira sudah melanggar syarat dan tangkal tidak berkesan).

Selepas jumpa batu yang sesuai..masukkan ke dalam kocek seluar kanan dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jangan sesekali tunduk melihat tanah. Dikhuatiri, kuasa batu tersebut akan hilang jika cuba menundukkan wajah ke tanah. 

Sampai di rumah, keluarkan batu tersebut dari kocek seluar kanan dengan menggunakan tangan kiri. Simpan batu tersebut sementara menunggu malam menjelma di dalam stokin yang korang dah pakai 5 hari berturut-turut.

Tepat pukul 12.59 malam pada malam jumaat keliwon, keluarkan batu tersebut dan gosok dengan kain putih mayat mula2 tadi sambil membaca mantera yang berbunyi begini :

"KITE ONGGAL MAWEN POWAL, SAOU TOUT KO KOUPE CEBER FEMEN"  (333 kali )

setelah selesai, balut batu tersebut dengan kain dan jahit tepi kain tersebut agar batu tidak jatuh. Gunakan benang berwarna hitam yang dibeli dari seorang tukang jahit wanita berumur 30 tahun keatas dan berstatus janda. 

Dah siap jahit..boleh lah simpan tangkal tersebut dalam dompet dan bawalah kemana saja.
INGAT ! SETIAP MALAM JUMAAT KELIWON, ASAP TANGKAL INI DENGAN MENGGUNAKAN PELITA AYAM DAN BUAT DIBAWAH POKOK BETIK YANG DITANAM DISEBELAH KIRI RUMAH ANDA ! 



disclaimer: anda gila jika anda cuba







...................................................................................................................................................................

Abdullah ( Ibnu Mas’ud r.a ) beliau berkata : “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Sesungguhnya jampi - mentera , tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik “ 
~ Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3385 ) , Imam Ahmad rh ( Musnad Al-Mukstirin Minas Sohabah : 3433 ) & Imam Ibnu Majah ( Kitab At-Tib : 3521 ).


BERDOSA BESAR LAH KEATAS KAMU YANG MENGGUNAKAN TANGKAL ! 


BUKANKAH ALLAH SWT TELAH MENETAPKAN PERATURAN2 -NYA BAHAWA , 


وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن  
فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ  
Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".



kasutkaripap: Semoga kita terpelihara daripada perkara2 yang mendatangkan syirik. Apalagi menggunakan dan mempercayai benda lain selain Allah SWT.

2 ulasan:

  1. wah.. pernah amal ke??? hahaha

    BalasPadam
  2. hahahaha..giler ahh klu ada org buat tangkal dgn syarat2 ni...

    tangkal yg disertai dengan latitud dan longitud..keh3

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...