Disember 21, 2011

KISAH SEORANG AIMAN #3

Aiman terkejut dari tidurnya. Pantas, Aiman meletakkan telapak tangannya ke dada. Jantungnya dirasakan berdegup laju. Seperti baharu saja menamatkan larian sejauh 100 meter. 2 minit, 3 minit, jantungnya masih berdegup kencang. 

Aiman menjeling jam yang terletak di sisi tilamnya. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Aiman membatu. Emosi yang baru dialami di dalam mimpi tadi masih terasa. Perjalanan mimpi tadi masih segar dalam kotak fikirannya. Watak, perwatakan mahupun plot mimpi tersebut. 

Ahh. Aiman mengeluh. Aiman mula memikirkan bagaimana keadaannya sebelum tidur tadi. Adakah solat sebelum tidur? Adakah berwuduk sebelum tidur? Adakah membaca surah dari kalam Allah sebelum tidur? 
Sekali lagi keluhan Aiman kedengaran. Tidak. Semuanya tidak dilakukan Aiman. Seingatnya, dia tertidur ketika sedang membaca buku. 

Tiba-tiba Aiman tersentak. Sayup-sayup kedengaran orang sedang mengaji dari masjid berdekatan rumahnya. Aiman beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Tanpa disedari sedikit sebanyak perasaan berburuk sangka pada manusia lain timbul. Ya Allah. Mungkin mimpi tadi adalah gangguan daripada syaitan untuk merosakkan ukhuwah di antara manusia. Tidak! Fikir Aiman. 

Aiman segera bangkit. Menuju ke bilik air dan membersihkan diri untuk bertemu Sang Khalik. Hanya padaNya tempat mengadu dan hanya padaNya tempat berlindung.





2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...