Ogos 01, 2011

IBADAH KITA KERANA.....


Pabila ibadah manusia dilakukan untuk duniawi maka, ia seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw dalam hadis dari Abu Hurairah ra yang menceritakan :

Ada orang dalam kumpulan bertanya padanya, “Wahai Tuan, ceritakan kepadaku sebuah hadis yang kamu dengar secara langsung dari Rasulullah!” “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya, orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia dibawa dan ditanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya. Allah swt berfirman padanya, ‘Apakah yang kamu amalkan di dunia ini?’ Dia menjawab, ‘Saya berperang sehingga mati syahid.’ Allah swt menjawab, ‘Kamu berdusta, tetapi kamu berperang supaya orang berkata bahawa kamuberani dan itu telah dikatakannya.’ Lalu, Allah swt memerintahkan agar wajahnya ditarik, kemudian dilemparkan ke dalam api neraka.

‘Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan suka baca Al-Quran dibawa padaNya. Nikmatnya ditanya dan dia mengakuinya. Allah berkata, ‘Apakah yang kamu lakukan di dunia ini?’ Dia menjawab, ‘Saya mempelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran kerana-Mu.’ Allah swt berfirman, ‘Kamu berdusta kerana kamu mempelajari ilmu supaya orang mengatakan bahawa kamu pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran dan semua itu telah diucapkan oleh mereka.’ Allah pun memerintahkan agar dia dicampak ke dalam api neraka.

‘Seterusnya, orang yang diberikan kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai jenis harta akan dibawa dan ditanya akan nikmatnya dan dia mengakuinya. Allah swt berfirman, ‘Apakah yanag kamu lakukan di dunia?’ Dia menjawab, ‘Saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai supaya menginfakkan harta, melainkan saya menginfakkannya kerana-Mu.’ Allah menjawab, ‘Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya kamu dikatakan sebagai orang dermawan dan itu telah dikatakannya.’ Allah lalu memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka.

(Hadis Riwayat Muslim)


Na’udzubillah min dzalik! Begitu lah nasib kita apabila ibadah yang kita lakukan kerana duniawi semata-mata, sedang kan dunia ini hanya sementara! Betapa ruginya waktu, harta mahupun tenaga dari diri kita.


Setiap ajaran agama dari Allah hanya lah bertujuan menguji kita semata-mata. Allah mahu menguji kita sejauh mana cinta kita pada-Nya. Sejauh mana kita kita melakukan amal soleh kerana cintakan-Nya? Atau adakah kita laksanakan ajaran-ajaran Allah kerana terpaksa ? Tepuk dada, tanya lah Iman di dada….


2 ulasan:

  1. pernah terbaca gak artikel ni..kat solusi kot kalau tak silap..tp mmg meginsafkan. Kdg2 mungkin kita tak perasan kita ade perasaan riak kan..smg semua amalam kita diterima oleh-Nya..aminn

    BalasPadam
  2. IdaSahman : hadis ni boleh jumpa kat mana2 :) betul...semoga hati kita terpelihara dari sifat2 riak dgn ibadah..Na'uzubillah.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...