Julai 18, 2011

MIMPI !

Semua orang bermimpi...
namun sejauh manakah mimpi itu mempengaruhi kehidupan kita...
ada orang yang bermimpi ngeri dan akan menghantui fikirannya..
contohnya bermimpi terjadi perpisahan..
maka, orang tersebut akan berasa takut dengan mimpi tersebut kerana khuatir akan terjadinya perpisahan itu di alam realiti..

tapi sejauh manakah kebenaran mimpi kita?
tidak semua mimpi dapat ditafsirkan maknanya..
ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang menjadi kenyataan..
orang yang bertakwa, seperti Rasulullah, baginda tidak akan bermimpi melainkan mimpinya menjadi kenyataan..
sedangkan, mimpi orang yang tidak beriman adalah mimpi yang datangnya daripada syaitan !

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.





kasut&karipap : jadi.....jika anda bermimpi buruk, berserahlah kepada Allah. Tidak perlu difikirkan kerana mimpi adalah sesuatu yang ghaib, dan masa depan kita juga bukan kita yang tentukan melainkan qada dan qadar daripada Allah. Berdoalah agar diri kita sentiasa dipelihara daripada bencana dan andai benar mimpi ngeri itu terjadi, yakinlah bahawa pasti ada hikmah disebaliknya dan berserahlah kepada Allah. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...