Kisah berlaku ketika satu rombongan guru pelatih membuat lawatan ke tempat bersejarah. Ketika sampai di tempat yang dituju, para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa. Sunyi sepi.
Maka guru-guru pelatih pun mula bergerak untuk melihat sendiri kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.
Dijadikan cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatat dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.
Rombongan guru lain pula ingat semua cikgu sudah berada dalam bas, jadi mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula cemas…menjerit sekuat hati, cuba memanggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Namun, hampa.
Lalu, dia tekad berjalan untuk keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Perempuan itu mula letih dan menangis memanggil ibu ayahnya.

Perempuan itu meninjau-ninjau kawasan tersebut lalu, dia ternampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. Dia mendekati pondok tersebut dan mengetuk pintu. Tidak lama kemudian, keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: "siapa kamu?", Perempuan itu menjawab, yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu jalan pulang.
Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…
Kerana kasihankan perempuan itu, lelaki itu mencadangkan kepada perempuan tadi untuk bermalam sahaja dipondoknya buat sementara sehingga subuh menjelang dan menghantarnya pulang.
Perempuan itu bersetuju dan lelaki tersebut menyuruh dia tidur di atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain sahaja dan mengambil sehelai kain lain digantung sebagai penghadang tempat tidur antara dia dan perempuan itu.
Sepanjang malam itu, lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan hanya membaca buku. Sementara perempuan itu pula menutup seluruh badannya dengan kain selimut menahan menangis kerana takut dan tidak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.
Tiba-tiba lelaki itu menutup buku dan pergi mendekati lilin yang menyala lalu membakar jarinya satu persatu.
Perempuan tadi menjadi bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. begitulah berlanjutan peristiwa itu sepanjang malam dan kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi.
Bila menjelang pagi, lelaki tersebut pun menghantar perempuan tadi ketempat asalnya.

Setelah sampai di rumah, perempuan tadi pun menceritakan apa yang terjadi pada kedua orang tuanya. Bapa kepada perempuan itu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, kerana melihat anaknya yang nampak sakit, pucat lesi dan sangat dalam ketakutan.
Si bapa pun pergi lah ke tempat yang dimaksudkan anaknya itu. Dia menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan melihat jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa..
Kemudian, lelaki tersebut pun menceritakan kisah dua malam lepas dia didatangi seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau kerana telah tersesat di dalam hutan. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.
Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang lepas.

kasut&karipap: andai hati terlintas rasa ingin melakukan perkara yang dilarang cuba rasa panasnya api di dunia. andai panas api dunia pun tidak kamu tahan, cuba bayangkan panasnya api neraka di akhirat kelak ! AllahuAkhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan