Julai 27, 2011

KENAPA PILIH MENGELUH DARIPADA BERSYUKUR ?


Keluhan....
Manusia mudah sangat mengeluh...
perkara yang sekecil-kecilnya pun manusia akan mengeluh...
perkara remeh temeh juga manusia mengeluh...
dan sedarkah kita, setiap keluhan kita kadang-kadang adalah pada perkara yang tidak berfaedah...

kita mengeluh panas...sedangkan angin tersedia...
kita mengeluh lapar, makanan tak sedap, sedangkan perut semakin memboyot....
lihat, kita mengeluh pada perkara yang sangat-sangat remeh...

kita banyak mengeluh pada sekecil-kecil kekurangan, sedangkan kita memiliki selaut kelebihan yang tidak kita sedari...
setiap saat keluhan sentiasa keluar dari bibir kita...MasyaAllah...hinggakan jika ditukar dengan wang ringgit, kita sudah mampu memiliki berjuta-juta wang....

---------------------------------------------------------------------------------------

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. 

Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” 

Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. 

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

 --------------------------------------------------------------------------------------
Ketika kita asyik mengeluh, semua anggota badan kita tidak akan berfungsi dengan betul..
Pancaindera kita tidak dapat mendengar, merasai, melihat setiap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita..
Lantaran, kita begitu sukar untuk mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan apa yang ada..
Kita hamba-Nya, dan kita wajib untuk mengucapkan syukur kepada Khaliqnya..
Namun, begitulah manusia..sering leka..lupa..dan lalai...
Manusia tidak akan puas dengan apa yang dimiliki.....Kecuali manusia-manusia yang bersyukur...








kasutkaripap: kadang-kadang leka juga..namun, penting untuk sentiasa muhasabah diri...penat mendengar keluhan yang bukan-bukan.....



4 ulasan:

  1. semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit..aminn...

    BalasPadam
  2. sedih dgn kawan2 yg "makanan ni tak sedap, makanan ni tawar" ada jugak yg macam ni "depan2 makanan, "mak uit byk nye makanan membazir je" tapi bila makan dia yg habiskan dulu. Tgh makan komplen itu manis itu masin.

    BalasPadam
  3. kadang2..penat dengar org sekeliling mengeluh....benda remeh pun mengeluh...sy pula mengeluh tgk perangai diorg mengeluh..huhu~

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...