Julai 06, 2011

JOM..SUJUD SYUKUR


Salam..

Alhamdulillah..Hari ini kita semua bernafas lagi.
Kita mampu menikmati lagi makanan yang sedap, menghirup udara segar, bersama dengan keluarga tersayang dan macam-macam lagi.

Cuba kira, sudah berapa lama kita hidup di atas muka bumi ini.
Berapa kali kita mengucapkan syukur pada Allah swt sepanjang kita hidup ?

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : " Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras 

Dan telah dijanjikan Allah swt dalam surah Luqman ayat 12 :

" …. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha kaya, lagi maha terpuji "
  
Jadi, semasa 'jalan-jalan blog' tadi, saya singgah di blog seorang ustazah..
Beliau berkongsi cara-cara sujud syukur mengikut Imam Syafie. Jom kita amalkan sujud syukur ini.

1. Berniat

2. Sujud seperti sujud dlm solat fardhu (sekali sahaja)

3. Bacaan ketika sujud sama seperti bacaan ketika sujud biasa juga. Selepas itu berdoalah kepada Allah mohon dan kemukakanlah permohonan dan hajat.
Selepas itu memberi salam.





kasut&karipap: Alhamdulillah.....andai ada yang mendapat manfaat daripada entri-entri dari blog ini. :D




2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...