Julai 22, 2011

JAGALAH RAHSIA RUMAHTANGGA

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu. (Hadis Riwayat Ahmad)"



Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.


Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. 

Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. 

Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: 

"Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)



kasut&karipap: berusahalah menjaga aib rumahtangga..walau sekecil manapun, walau kita tertekan dan kononnya bercerita dengan rakan baik, sebaik-baiknya cuba elakkan...Wallahualam.



3 ulasan:

  1. sangatlah berjaga-jaga dengan hal-hal cenggini...

    BalasPadam
  2. yah. berdosa buka aib pasangan. jangan jadi mcm trend now ni. cerita dekat radio. konon takde org nak dgr luahan masalah dia. so, cerita kat situ. berdosa wohh.

    BalasPadam
  3. betull tu...kekadang kita ingat benda tu simple je..contoh kat radio,"eh,bengang ni..laki i tak balas mesej pun, geram!'...
    hah! nampak cam simple kan..tapi klu lama2...leh bawa gaduh klu ada org yg dengar dan pegi laga2kan pasangan..kat radio tu lagi laaa...memaca je dengar...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...