Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah terlintas persoalan ini...
"seorang wanita mungkin tertanya : bolehkah aku menerima hadiah dari seorang lelaki yang tiada ikatan dengannya?"
dan kadang-kadang perkara hadiah ini menjadi salah satu perkara yang sensitif apabila terjadi dalam hubungan pasangan kerana menimbulkan sifat cemburu....
dalam surah an-Naml ayat 35-36, ia menceritakan tentang kisah pemberian hadiah daripada Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman..
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
Ertinya : "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita".
فَلَمَّا جَاء سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
Ertinya : Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
dan terdapat juga hadis tentang galakkan memberikan hadiah...
وقال (صلى الله علية وسلم) "تهادوا تحابوا
yang bermaksud : Sabda Rasulullah SAW: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.
juga hadis yang mengatakan Rasulullah SAW mengingatkan kita agar tidak meremehkan pemberian hadiah daripada orang lain,
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "يا نساء المسلمات، لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن شاة
yang bermaksud : Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun sekadar kaki kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)
Jadi.....hadiah boleh diterima dan juga boleh ditolak jika terdapat keadaan dimana si pemberi hadiah tersebut mempunyai tujuan tidak baik, contohnya merasuah.
dan kita hendaklah sentiasa membuat pertimbangan sebelum menerima apa-apa hadiah dengan memikirkan apakah lebih banyak kebaikan yang kita perolehi apabila menerima hadiah tersebut atau lebih banyak keburukan..."Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat".
dan kesimpulannya......Hukum Perempuan Terima Barang atau Hadiah Drpd Lelaki hendaklah dibuat berasaskan pertimbangan kebaikan dan keburukan jika barang/hadiah itu diterima dan ditolak.
Contohnya :: lelaki itu memberikan buku-buku agama, mungkin tujuan untuk mendidik,berdakwah tetapi dia tidak mampu untuk menyampaikan secara lisan, maka diberikan buku-buku agama. Manafaatnya boleh mendapat ilmu, maka terimalah hadiah itu.
Jika lelaki itu seorang bujang dan menyukai seorang gadis, mungkin ada hasrat untuk memperisterikan, maka terimalah buku itu kerana mungkin dia mahu bakal isterinya mendalami bidang agama.
AWAS !
Jika lelaki itu ,seorang suami orang , memberi hadiah kepada isteri orang, walaupun buku agama, lebih baik ditolak kerana kemungkinan besar menimbulkan fitnah dan bersangka-sangka kepada banyak pihak.
Jika menerima dari seorang lelaki atau wanita bujang, jangan sekali-kali mengingati si pemberi hadiah itu melebihi kita mengingati DIA. Walaupun pemberi hadiah pernah menyatakan hasrat ingin mengikat tali perkahwinan dengan kita. Kerana keadaan yang bakal terjadi belumpasti. Manusia akan lebih terluka jika dia mencintai dia melebihi DIA, namun kebanyakan daripada kita masih juga inginkan dia melebihi DIA. Kenapa? kerana terlalu mengikut emosi yang tidak ditimbang dengan iman lagi. Hadiah yang diberi cukuplah sebagai menghargai kepada yang memberi. Usahlah dibalas hadiah tersebut, bukan kerana kedekut atau tidak memandang pemberian, namun ditakuti muslim terbabit tersalah tafsir.
Wallahualam.
kasut&karipap: apapun...wanita mahupun lelaki.....kadang-kadang kita ambil ringan tentang hadiah..namun, jika kita tersilap buat pertimbangan pada hadiah yang tidak sepatutnya (rasuah/subahat), mereka yang tidak bertanggungjawab automatik akan jadikan kita 'rakan kongsi' dosanya..jika menerima pemberian berupa makanan, makanlah ramai-ramai...andai berupa barangan peribadi..fikir baik dan buruknya dan andai menolak, tolaklah dengan cara yang baik.
karipap terima hadiah dr siapa??? dpt teddy bear ke?????
BalasPadamayyaaa..ini entri tiada kena mengena ngan karipap mahupun kasut....
BalasPadamjumpa soalan ni kat forum...hehe..