Tepat 12.00 tengah hari..awan mula berarak mendung..
Telefon bimbit berbunyi riang menandakan masa makan tengah hari sudah tiba..
kaki melangkah ke kawasan tempat letak kereta..
dan manik-manik cair mula turun setitis demi setitis..
hati mengucapkan Alhamdulillah...
Syukur..titisan2 air itu menandakan kasih sayang Sang Pencipta pada ciptaan-Nya...
menyejukkan alam yg sedikit panas beberapa hari lalu...
Kereta yang ditumpang meluncur laju....
menuju ke destinasi yang dituju......
----------------------------------------------
Ketika sedang menjamah makanan...
masuk seorang lelaki yang berumur sekitar 30-an ke atas....
di belakang lelaki itu, 4 orang kanak2 yang berumur sekitar 3-7 tahun mengekori beliau sambil berlari-lari anak..
di wajah kanak2 tersebut, terpancar riak wajah yang begitu teruja sebaik sahaja masuk ke dalam restoran..
4 orang kanak2 lelaki itu gelak riang..dan berkata-kata sesuatu dengan lelaki 30-an itu...
seketika duduk, seorang pelayan restoran datang....
kanak2 tersebut berebut mengambil menu minuman yang ada di atas meja...
dengan pantas sambil bergelak tawa, mereka pun memesan minuman kegemaran masing2...
2 minit kemudian...
keempat-empat kanak2 tersebut sudah pun bersedia untuk mengisi perut masing2...
dari raut wajah dan tingkah laku mereka...
membuatkan hati penulis menjadi sayu...
terbit suatu rasa dari lubuk jiwa penulis saat dan ketika itu....
yang hanya mampu dirasa oleh hati dan tidak dapat di luahkan dengan kata2...
Hati memuji tentang kebaikan lelaki 30-an itu kerana telah memuliakan anak yatim...
dan..antara cara2 untuk mencuci hati adalah dengan mengingati atau berkawan dengan anak2 yatim dengan tujuan menginsafi diri...
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
(Bukhari)
|
subhanallah~~~~~
BalasPadamterasa nak buat macam lelaki tu buat...
BalasPadam