Mac 16, 2011

POLIGAMI

Pada suatu hari, sedang aku menunggu bas. Aku didatangi oleh seorang wanita. Wanita itu duduk betul-betul di sebelah ku. Wanita itu kelihatan sangat muram. Aku memandangnya dan cuba tersenyum padanya. Wanita itu membalas senyuman ku akhirnya.

Aku tunduk dan memandang lantai. Tiba-tiba, wanita tadi menegur aku. Aku yang kebetulan kebosanan menunggu bas menyambut salamnya. Wanita itu memperkenalkan diri dengan nama Intan.

Kami berbual ibarat sahabat yg sudah lama kenal. Aku begitu senang dengannya. Dia sangat sopan, bertudung litup, berjubah dan wajahnya bercahaya. Namun, aku merasakan ada sedikit kemuraman pada wajah ayu nya. Seperti ada perkara yg sedang bermain di fikiran.

Wanita itu menceritakan kepada ku yang dia sudah berkahwin. Perkahwinannya baru berusia setahun dan belum dikurniakan cahaya mata lagi. Belum ada rezeki katanya sambil tersenyum. Aku begitu seronok melayannya.

Wanta itu menceritakan tentang perihal suaminya. Dia berkata, suaminya begitu menyayangi dirinya. Suaminya penyayang dan seorang yg sangat bertakwa. Dia dan suami tidak pernah terlepas solat berjemaah di masjid dan sering menghadiri majlis2 ilmu bersama. Kecuali suaminya terpaksa outstation.

Dalam seronok berbual menceritakan perihal suami beliau, tiba2 wanita itu senyap. Dan dia tunduk memandang ke bawah. Aku pelik memandangnya dan aku melihat ada titis2 air mata yang jatuh ke pipi.
Aku senyap. Aku tidak tahu apa yg harus ku katakan. Dalam hatiku berfikir, pasti sesuatu yg terjadi pada suaminya.

Aku mengusap-usap belakang wanita itu untuk menenangkannya. Wanita itu masih tunduk dan berkata, "Aku menyayangi suamiku, dan kerana itu lah aku membenarkannya berkahwin lagi dengan seorang wanita yg solehah. Walau aku cemburu, namun ia lebih baik daripada aku bercerai dengannya. Kerana aku yakin, suamiku seorang yang adil dan aku juga perlu berlaku adil padanya."

Aku terkedu. Walau aku tidak tahu apa sebenarnya yg berlaku dalam hubungan wanita itu dan suaminya, tapi aku yakin, suaminya seorang lelaki yg baik, dan wanita itu juga seorang wanita yg baik serta poligami itu berlaku dengan sebab menurut syariat! Aku mendoakan hubungan wanita itu dan suaminya kekal bersama hingga ke akhirat nanti.





Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

-Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
-Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.   


Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 3 yang bermaksud;
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."



Sumber.(klik)


"Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."

"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." 
(Al-Quran, surah al-Maidah:50)




















kasutkaripap: wanita dan poligami.pasti pahit bukan? namun, perkahwinan bukan hanya untuk dunia semata-mata, tetapi sampai ke akhirat.selagi suami mampu dan berlaku adil, maka telanlah kepahitan sementara kerana ada kebahagian yang abadi sedang menanti.yakinlah bahawa setiap perkara yang dirancang oleh Allah SWT pasti menjanjikan kebaikan pada kita!


1 ulasan:

  1. murninya entri ni~~~~~~~~~ insyAllah....... Allah lebih Mengetahui~~~~~~~~~

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...