Disember 02, 2010

HIDAYAH

gambar sekadar hiasan


Si gadis merenung skrin komputer di atas mejanya. Dia sedang melayari laman web sosial yg popular di zaman ini untuk mengikuti perkembangan rakan2 lamanya. Si gadis mencari seseorang yg pernah dikenalinya dulu. Dia mula menaip dan melarikan cursor ke nama yg dicari. Dengan satu klik, profil rakannya itu terpapar.

Si gadis membaca dan meneliti setiap apa yg terpapar di skrin komputer tersebut. Sesekali si gadis tersenyum membaca status, sesekali si gadis berasa kagum melihat foto2 yg di'upload' tuan punya profil.. Dia tersenyum lagi, dia teringat ketika mula2 mengenali rakannya itu.

Setahun lepas...
Si gadis berkenalan dengan K (bukan nama sebenar). K merupakan rakan kepada rakan sekolah rendahnya. Perkenalan dgn K merupakan satu perkara biasa kerana di tempat baru pasti si gadis akan bertemu dgn rakan baru. K dikenalinya semasa mengikuti satu persatuan kepimpinan. K baik orangnya. Dia sangat peramah dan banyak cakap seperti si gadis. Seperti gadis2 lain, K juga suka berfesyen. Pakaian selalu 'up to date', ketat, make-up dan sebagainya.

Selepas hampir 3 tahun menemui K di laman web sosial...
Si gadis terpegun. Melihat penampilan K selepas beberapa tahun tidak bertemu. Walaupun hanya melalui alam maya (laman web) si gadis percaya, K sudah berubah. K sangat cantik bertudung litup dan berjubah. Dari setiap aktiviti yg di sertainya, foto2 dan cara K mengekspresikan dirinya begitu berbeza sekali dr mula2 mengenali K. Si gadis sangat terharu sehingga menitiskan air matanya. Si gadis tersenyum sambil air mata terus mengalir. Tidak putus2 mengucapkan Alhamdulillah...Syukur pada Yang Maha Agung..Yang Maha Pengasih..Allah SWT...Ada sesuatu di benak fikiran si gadis..Namun jauh di sudut hatinya, si gadis sangat2 bersyukur dan yakin kerana dia juga di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk bertaubat dan menerima petunjuk dariNya.



Allah berfirman,

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)




3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...