November 11, 2010

SEKODENG!



Syafiq seorang pelajar sekolah menengah yang nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Dia gemar keluar malam walaupun tinggal di asrama. Namun, dia sangat hebat melanggar peraturan sehingga belum pernah lagi ditangkap oleh warden asrama Ini kerana dia seorang yang sangat licik melarikan dirinya di malam hari. Entah apa saja lah yang beliau buat keluar memalam...

Pada suatu malam, Syafiq sendirian di bilik asramanya. Dia bercadang untuk tidak keluar pada malam itu. Sedang dia dalam kebosanan, dia terfikir satu idea yang sangat gila pada pelajar lain....iaitu menceroboh asrama perempuan. Syafiq mula menyusun strategi. Dia harus mencari seorang rakan 'sekodeng'nya. Dia mula menyenaraikan kaki2 skodeng yg terkenal di sekolah beliau. Akhirnya, Syafiq memilih Che Mat. Seorang kaki buli full time yg terkenal di kalangan junior dan part timer seorang kaki sekodeng. Lengkap! Dan serta merta Syafiq terus pergi mencari Che Mat untuk berkolaborasi dengannya dalam projek terbaru beliau.

Maka, pada suatu pagi yang dingin, termeterai la perjanjian antara Syafiq dan Che Mat untuk melaksanakan projek mereka. Malam khamis bersamaan hari rabu telah menjadi saksi perlaksanaan rancangan yg agak tak senonoh mereka dua bersahabat.
Dengan kepakaran masing2 mereka telah berjaya masuk ke dalam asrama perempuan sekolah mereka tepat pada pukul 11 malam. Mereka mendapat info bahawa ada sesetengah pelajar perempuan suka mandi memalam dan cuci baju memalam buta. Maka, info tersebut menjadikan mereka semakin yakin akan kejayaan projek sekodeng mereka.

Malam pertama projek berjalan dengan lancar. Setiap kejadian yg mereka lalui mereka kongsi bersama. Ape yg seronok ntah. Sehingga lah pada suatu malam....malam terakhir Syafiq dan Che Mat kelihatan berkeliaran di kawasan sekolah...

.............................................................................................................................................................

Malam itu seperti biasa, Syafiq dan Che Mat bercadang ingin melaksanakan projek mereka. Berbekalkan lampu suluh mereka mulai menyusup masuk ke kawasan asrama perempuan pada pukul 11.30 malam. Pada masa ini, biasanya sesetengah pelajar ada yg masih nak mandi dan basuh baju tanpa pengetahuan warden yg suruh tutup lampu bilik pukul 11 malam. Syafiq mengarahkan Che Mat utk cepat kerana bimbang ada yang melihat mereka. Dengan pantas, mereka sudah berada di bangunan asrama. Kali ini, mereka mahu menyekodeng pelajar pompuan mandi di tingkat paling atas sekali kerana sudah bosan melihat pelajar2 pompuan di tingkat bawah.

Dalam beberapa minit saja, mereka berdua sudah berada di tingkat atas. Entah ilmu apa mereka guna. Syafiq mula mencari jalan untuk naik ke atas loteng tandas dan mencari ruang2 untuk merangkak masuk. Setelah jalan rahsia ditemui, Che Mat dan Syafiq mula memanjat dan merangkak mencari port yg sesuai. Kedengaran bunyi air yg baru dipasang dari salah satu bilik air menandakan seorg pelajar perempuan baru saja mula mandi.

Kedua sahabat itu mempercepatkan gerakan mereka untuk sampai ke bhgian ats bilik air tersebut. Berbekalkan kebolehan dan kebijaksanaan masing2 mereka berjaya berada betul2 di atas siling bilik air pelajar yg mandi itu. Tanpa membuang masa mereka mula mengintai melalui celah2 papan yang sudah berlubang sana sini. Mata mereka mencari cari tuan punya badan yg mandi memalam buta itu. Beberapa saat mencari mata mereka tertangkap satu jasad yg bg mereka sangat cantik walaupun ianya membelakangi mereka.

Perempuan itu berkulit putih dan berambut panjang paras pinggang. Wanginya juga sangat harum. Mereka terbuai sejenak. Mulut mereka ternganga, menunjukkan betapa mereka kagum dgn ciptaan Tuhan. Sedang mereka asyik memerhatikan perempuan itu, tiba2 perempuan tersebut berpaling dan melihat ke arah Syafiq dan Che Mat sedang mengintai. Mereka berdua menjadi panik dan kaku. Wajah mereka berdua bertukar menjadi pucat dan badan menjadi seram sejuk..kedua mereka tergamam, ingin lari tetapi kaki seperti di kunci..dan malam itu, menjadi malam terakhir mereka melakukan kegiatan sekodeng pelajar pompuan mandi dan serta merta menjadi hari terakhir mereka dua bersahabat berada di sekolah tersebut.

Tiada siapa pun yang tahu mereka pindah ke mana dan apa yg telah terjadi kepada mereka berdua.


...........................................................................................................................................................

Perempuan itu sangat cantik. Kulitnya putih dan rambutnya panjang sehingga paras pinggang. Baunya juga sangat wangi. Membuai sesiapa sahaja yang menghidunya. Perempuan itu menyanyi kecil sambil mandi. Suaranya agak merdu walaupun kedengaran perlahan.

Tiba2 perempuan itu berpaling ke arah Syafiq dan Che Mat yang sedang mengintai. Dengan serta merta, wajah yang cantik telah bertukar menjadi sangat hodoh! Kulit mukanya sudah terburai. Isi2 pipi jatuh ke lantai dan ia menyeringai sehingga menampakkan gigi taringnya.

Ketika itu Syafiq dan Che Mat menjadi kaku. Wajah menjadi pucat lesi dan seluruh badan menjadi seram sejuk.

Kemudian..........mereka sedar.......kedua mereka sudah berbaring di atas katil di rumah masing2 selama 3 bulan.......................................................................................................



P/S: Imaginasi kasut karipap semata-mata. Watak tidak ada kena mengena dgn sesiapa. Jika ada ia hanya lah satu kebetulan.


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...