November 23, 2010

Quran, Telekung & Sejadah



Seorang gadis sedang duduk berteleku di atas sejadah. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan membaca surah Yassin.
Kelihatan dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan. Dia tenang. Dia tidak pernah merasakan ketenangan sebegitu sebelum ini.
Dari raut wajahnya, si gadis tampak ayu mengenakan telekung.
Si gadis termenung seketika. Dia teringat dosa-dosa silam yang pernah dia lakukan. Perlahan-lahan kelopak matanya berair. Dia menarik nafas lagi. Kali ini lebih dalam tarikan nafasnya dari sebelumnya.
Dalam hatinya terdapat keyakinan bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kelihatan sedikit senyuman di bibir manisnya.
Si gadis termenung lagi. Dia melihat telekung yg di pakainya setiap hari untuk menunaikan solat. Ia adalah pemberian daripada ibu kepada sahabat baiknya satu ketika dulu. Si gadis mula merasa sayu. Dia mengalihkan pandangan pula pada Al-Quran yg masih dalam pelukannya.
Al-Quran itu juga adalah hadiah khas untuknya dari seseorang yg dia panggil 'umi'. Hatinya makin sayu dan setitik demi setitik air matanya jatuh ke bumi.
Si gadis memikirkan ibu dan ayah kandungnya di kampung. Solat kah mereka seperti aku? Kata hatinya.
Betapa dia merindui keluarganya di kampung namun ada sesuatu yg menyebabkan dia tidak mahu tinggal di situ.
Si gadis tunduk. Dia merenung pula sejadahnya. Dengan tidak semena-mena air matanya semakin berderai deras. Si gadis perlahan lahan menarik sejadah itu dan memeluknya.
Sambil hatinya berkata, "Ibu, sejadah ini anak mu telah guna dari kamu mengajar aku solat dahulu. Dan kini aku masih menggunakannya"...Tangisan si gadis semakin kuat sambil memeluk sejadah yg pernah digunakan oleh ibunya itu..

11 ulasan:

  1. en.kasut.... 5 Star UNTUK cerpen ni~~~~ heheheeeh

    BalasPadam
  2. mekaseh3...boleh lawan salju balqis kamu tak? hehehe....tp yg ni Si gadis tidak bernama..takde idea nk letak nama ape..hoho

    BalasPadam
  3. letakla nama jamilah~~~~ heheeeheh.. batru klasik..... hehehe

    BalasPadam
  4. karya ni mmg bole lwn salju cinta ni... hahahaahhaha

    BalasPadam
  5. jamilah?? hahahaha..pastu nak panggil ape? jamil? mila? kekekeke

    BalasPadam
  6. ngat nak jual idea ni kat kamu..masuk dlm salju cinta..tapi takpe la..sy pon nak lawan salju cinta kmu..kekekekeke

    BalasPadam
  7. panggil Mila~~~ best~~~ ya.. buat la panjang2... hehehehee

    BalasPadam
  8. alahai~~~ bagi je la idea kat saya en.karipap.... hahaaah..... ooo.. ok.. kita lwn~~~ hehe

    BalasPadam
  9. adehhh...baik!! tapi sy dah xde idea dah nk buat cerpen..hahaha

    BalasPadam
  10. heheheehe..... awk.... buat cerpen berkisarkan wanita bomoh dan akhirnya bertemu putik-putik cinta dgn ustaz~~~~~

    latar tempat: di sebuah perkampungan orang asli.

    latar masa: zaman era 80-an.

    watak: ustaz, mak rapik, jamilah, mat bedal, si lebai malang, tok sampit, jiran dan nek jun.

    Kisahnya bermula gan Mak Rapik yang ketandusan iman, akhirnya memilih jalan hidup dengan mengamalkan aktiviti perubatan dan perbomohan sebagai kerjaya. Setelah usia semakin meningkat, rasa keboringan tlampau sgt. Akhirnya, target nak hidup berpasangan mulai meresap kedalam sanubarinya.

    dalam perjalanan balik dr membeli karipap, Mak rapik tersepak tunggul kayu kat tepi jalan " adus, sakitnya... Allah...Allah..." pada masa tu, Ustaz Muda melalui jalan yang sama, katanya "eh, pandai sebut nama tuhan, nape x sebut nama jin? dah selama ni asyik seru nama jin je.."

    Mak Rapik memandang ustaz muda dengan seribu tanda tanya. Disaat itu, terpaut hati Si Mak Rapik kepada ustaz muda.~~~~~~~~~~

    HEHEHEHEHEHEHE...... BUAT!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  11. hahahhha..kmu la buat!
    cite jenis2 rapik nie sy tak reti sngt! kekekekeke

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...