Oktober 15, 2010

AKU DAH BERHENTI MEROKOK!

"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan,"
-
Surah al-Baqarah, ayat 195




Agama telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan sendiri dan membahayakan kesihatan.

Tapi..bukan saja merokok, kalau bawa kereta laju di jalan raya juga sama..menempah maut namanya..sedangkan kita bukan main berdisiplin lagi mse nak ambek test JPJ..bila dah kat jalan raya, dpt lesen, nak bawa laju2 pula..jangan bahayakan diri sndri! lagi2 juga bakal memberi celaka pd org2 sekeliling...

Ok...teruskan cerita...
Aku mula merokok seawal umur 15 tahun..ketika itu jiwa meronta-ronta kononnye stress dgn pelbagai masalah yg mencengkam jiwa..minda berfikir, dengan rokok mampu menghilangkan semua stress! Tapi aku salah! Masalah baru pula muncul....Aku menjadi KETAGIH!

Biasalah...zaman sekolah..klu merokok, dianggap LELAKI SEJATI! kononnye la...ada gaya...cess...
tapi..itu pandangan rakan2 se'perokok'...yg lain ada pula memandang dgn muka menyampah...

Rokok smakin menjadi rakan karib ku..nak exam, tido lewat, penyelesaiannya ROKOK! bagi mata 'terang' dan bg cepat 'pikap'...
tapi....................................berkekalan kah kejayaan aku menjawab exam disebalik jantung ku yang sakit..berbaloi kah kejayaan di dunia dengan merosakakan tubuh badan sendiri!...
aahhh...


Tapi...tidak mudah berhenti merokok...
susah nak tinggalkannya...
satu kotak sehari tu sudah biasa...lepas tu..mula la batuk2..dan sebagainya..
aku tak tahan tgk kwn2 hisap rokok berkepul-kepul asapnye..
aku nak join juga! aahh..susah betul nak berhenti merokok...

Kadang2 aku berfikir...menyalahkan kerajaan kerana menjual rokok!
Mereka mengaut keuntungan, sedangkan yg dapat penyakit aku! ...
Kadang2 aku malu juga jadi perokok! Sanggup keluar 3.00 pagi cari rokok sebab ketagih....sanggup beli walau mahal sekali pun...sanggup minta kawan sebatang rokok (entah2 kwn kasi tapi lam ati sumpah serana kita asyik minta dia rokok)..

MALU!!!
MALU MENJADI PEROKOK!

AKU MAHU BERHENTI MEROKOK!
SUNGGUH!
IKHLAS!
bukan untuk sesiapa...tetapi untuk diri sendiri!

aku terkedu tat kala membaca sebuah artikel..penceritaan oleh seorang perokok yang mahu berhenti merokok juga seperti aku. Temannya berkata kpd beliau. Bunyinya begini :

" Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi kau buat kerja yang tidak disukai Allah.Pasti sukar mendapat rahmat-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan keberkahan dalam hidup kita".
Berfikir sejenak...........ada benarnya kata2 rakan kepada si perokok dalam artikel itu...

Akhirnya...aku mula berdoa...memohon Allah 'menutup' pintu hati aku agar tidak merokok lagi!
Setiap kali solat, aku pasti berdoa! Bersungguh-sungguh..disamping usaha aku sendiri untuk cuba mengelak dari merokok..macam2 cara..macam2 ubat..

WALAU TENSEN NYE AKU..
WALAU STRESSNYE AKU..
BAIK AKU AMBIK AIR SMAYANG..

aku tidak mahu menyakiti tubuh badan aku sendiri lagi..amanah yg aku sepatutnya pikul dan jaga! Aku sepatutnya bersyukur dikurniakan anggota yg sempurna..

Wahai jantung..aku berjanji tidak akan sakiti kamu lagi...promise!






















p/s: kasut karipap tak merokok eaa...ini entri dibuat selepas terbaca artikel di satu laman web pasal seorg perokok mahu insap! huhu...mari2 kita sama2 berhenti merokok demi kesejahteraan dunia dan akhirat =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...