Oktober 01, 2010

KISAH RUMPUT

Pada suatu pagi, seorang murid bertanya kepada cikgunya yang sedang mengajar. Dia bertanya kan tentang kasih dan sayang secara am.

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaiksebagai orang yang paling kita sayang?? Bagaimana pula kita ingin mengekalkan kasih sayang itu??

Cikgu : Oh...itu mudah saja...kamu nak tahu ker caranya?? Tapi, kamu kena ikut apa yang cikgu suruh. Mungkin kamu temui jawapannya.

Pelajar : Baiklah cikgu. Apa harus saya buat???

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah sekarang juga. kamu berjalanlah di atas rumput padang dan pandang lah rumput yang berada di hadapan kamu. Kamu pilihlah rumput mana yang PALING CANTIK antara rumput2 itu tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Kamu petiklah rumput yang berada di hadapan kamu yang kamu rasakan PALING CANTIK itu dan bawa ke kelas.

Pelajar : Baik cikgu. Saya pergi sekarang. Beberapa minit berlalu, pelajar itu kembali semula ke kelas. Namun tiada stu pun rumput yang di bawa masuk ke kelas.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik ??

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan memandang rumput yang berada di hadapan saya. Saya carilah yang paling cantik. Memang ada yang cantik tapi cikgu suruh saya pilih yang paling cantik kan. Maka saya terus berjalan ke hadapan lagi sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang. Tetapi, bila sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara rumput di belakang saya tadi tapi, cikgu kata tidak boleh menoleh kebelakang lagi. Jadi, tiada lah rumput yang saya petik.


Cikgu : Ya! Itulah jawapannya. Apabila kita dah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita nak cari yang lebih baik darinya. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan lah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Kita sudah tidak boleh mengubahnya. Dan semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita kenal itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. InsyaAllah, hubungan itu pasti berhasil. Dan ingatlah orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik. Walaupun pada mulanya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecuali lah jika kita ditakdirkan tidak ada jodoh dengannya maka kita harus mulakan sekali lagi. Maka, sayangilah orang yang berada di sisi kita dengan tulus dan ikhlas.













p/s : setiap pertemuan dan perpisahan adalah satu aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita. Hanya DIA yang tahu apa hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan yang diaturkan-NYA. Kita sebagai manusia perlu redha dengan setiap apa yang berlaku dan terima dengan hati terbuka serta percaya 100% pada ketentuan Ilahi. Hargailah seseorang itu jika kita dipertemukan dengannya, kerana pasti ada hikmah disebalik pertemuan tersebut =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...