Januari 09, 2012
Januari 06, 2012
KISAH SAYA : PERIGI MENCARI TIMBA
Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang
Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.
Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.
Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.
Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.
Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.
Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.
Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).
Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
“BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.
“BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.
Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.
Malah Sirah Nabawiyyah juga telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?
Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)
Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.
Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.
Wallahu’alam.
Wallahu’alam.
Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~
Januari 05, 2012
BAGAIMANA ILMU AGAMA DITARIK ?
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a:
“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Huraian
Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama.
Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’ adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin pupus.
Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama’. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama.
Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.
Januari 03, 2012
SELAMAT SAUDARA BARU KU !
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.
Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.
Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.
kasutkaripap: semoga istiqamah wahai saudara baru ku :)
Langgan:
Catatan (Atom)
